Anda di halaman 1dari 1

KATA-KATA ALUAN

YDP PIBG
SMK PUSAT BDR PUCHONG 1

Salam hormat kepada Pengetua, guru-guru, kakitangan, warga SMKPBP1, pihak


pengurusan kantin, sekuriti, pekerja kebersihan, ibu bapa serta penjaga pelajar semua.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas buat Naib YDP PIBG
serta barisan AJK PIBG serta para guru dan pelajar yang banyak membantu memudahkan
perjalanan persekolahan tahun 2020. Tanpa kerjasama erat dan sokongan padu anda, tidak
mungkin kita akan mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pembelajaran serta pengurusan
harian sekolah.

Mesyuarat Agung PIBG merupakan program tahunan yang memberi ruang dan
peluang kepada ibu bapa untuk Bersama pihak sekolah merangka perjalanan pendidikan
anak-anak. Tanpa sokongan padu daripada ibu bapa, tidak mungkin pihak sekolah berjaya
melahirkan modal insan berminda kelas pertama.

Perjalanan persatuan ini adalah didokong sepenuhnya oleh ahli PIBG. AJK yang
dilantik adalah sebagai pelaksana dan perantara antara pihak sekolah dengan semua ahli
PIBG. Sumbangan dari segi kepakaran, kebolehan dan kelebihan yang dimiliki oleh setiap ahli
amat dialu-alukan bagi menjayakan program yang dirancang. Saya amat berharap agar ibu
bapa yang hadir dapat menyumbang buah fikiran dan bantuan fizikal kerana itulah aset yang
paling berharga bagi persatuan ini. Setiap kita mempunyai peranan masing-masing yang
harus dipikul tanpa berbelah bahagi selaras dengan dasar yang diperkenalkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Walaupun PIBG beroperasi atas dasar sukarela, namun
konsep permuafakatan akan membolehkan kita melaksanakan apa-apa sahaja yang terbaik
untuk kecemerlangan anak-anak kita terutama pada musim pandemik ini.

Hadirin sekalian,
Tahniah kepada pihak sekolah atas setiap kecemerlangan yang diperoleh sama ada
dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Setinggi-tinggi terima kasih kepada para guru
atas usaha gigih tanpa jemu dalam mencurahkan ilmu demi melahirkan generasi terbilang
sebagai pemangkin ke arah kejayaan masa depan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-
18 ini. Semoga AJK PIBG sesi 2021/2022 yang akan dilantik dapat meneruskan tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin. Para ibu bapa diseru untuk tampil dan
menyalurkan idea bernas mahupun tenaga untuk digembleng sebagai inspirasi kepada PIBG
supaya sentiasa proaktif dalam tindakan demi kecemerlangan SMK Pusat Bandar Puchong 1.

Kami memohon maaf kepada semua sekiranya terdapat kelemahan yang kami
tonjolkan sepanjang kami menerajui jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021. Kami hanya
berusaha yang termampu dan mendoakan agar barisan PIBG yang akan datang dapat
membina dan menjulang tinggi semangat pelajar dan negara. Kami juga mendoakan kepada
semua warga pendidik dan pelajar serta ibu bapa agar sentiasa sihat dan ceria selalu.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Kanan
Pendidikan, Senator Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin yang sudi membuat lawatan ke
sekolah kami sempena peperiksaan SPM yang lalu, juga buat pihak PDRM dan PPD Petaling
Perdana kerana memberi sokongan padu kepada sekolah sepanjang tempoh 2020. Sekian,
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai