Anda di halaman 1dari 5

SMK TAMAN SERI RAMPAi

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2020


TEKS UCAPAN PENGETUA

Terima kasih saudari pengacara majlis,


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jajaran Mengkudu Bersama Bidara,


Di celah angsana dari Jawa,
Ucapan ini pembuka bicara,
Di alam maya wajah bersua,

Yang Berbahagia En. Dimyati b. Jaafar, Yang Dipertua PIBG SMK Taman Seri Rampai,
Yang berusaha, Barisan guru-guru Penolong Kanan,
Guru-Guru Kanan, Guru_guru,
Yang diraikan para penerima anugerah dan sijil,
Ibu bapa serta

Hadirin dan hadirat warga maya , yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat kita bersua pada hari ini bagi

memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang mencapai tahap pencapaian yang cemerlang

pada SPM 2020. Majlis Anugerah Kecemerlangan ini buat julung kali dilaksanakan secara

maya. Majlis disusun atur untuk menghargai kejayaan yang diperoleh anak-anak generasi

pewaris masa depan negara kita.

Sidang hadirin maya yang dimuliakan,

Sepanjang tahun 2020, ketika seluruh dunia memerangi penularan Covid-19, calon

peperiksaan SPM 2020 juga bergelut dengan pelbagai cabaran yang tanpa diduga seperti

penutupan sekolah, kaedah pembelajaran dalam talian, penangguhan tarikh peperiksaan serta

pelbagai SOP persekolahan dan peperiksaan SPM dalam keadaan norma baharu. Namun, ini

1
tidak menjadi penghalang kepada anak-anak untuk fokus membuat persediaan dan

memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM. Syabas dan tahniah diucapkan. Usaha dan

komitmen yang sangat tinggi daripada anak-anak, barisan guru serta ibu bapa merupakan

faktor utama kepada kejayaan anak-anak dalam peperiksaan SPM 2020.

Para hadirin yang dihormati,

Sejak lebih setahun yang lalu, proses pengajaran dan pembelajaran konvensional telah

banyak berubah kepada pembelajaran secara dalam talian yang telah menjadi kebiasaan

baharu dalam sistem pendidikan negara kita. Pendidikan digital menjadi alternatif utama

semasa PdPR untuk memastikan murid kekal menerima pendidikan walaupun guru dan murid

berada di kediaman masing-masing.

Dalam suasana norma baharu, penyampaian maklumat secara maya telah digunakan

secara meluas khususnya oleh warga pendidik. Hari ini pelantar pembelajaran digital

mendominasi kaedah pembelajaran sebagai sokongan pembelajaran sedia ada. Sejak 15 Jun

2020, KPM telah mengumumkan platform baru pembelajaran digital untuk warga guru dan

murid iaitu Digital Educational Learning Initiative Malaysia atau DELIMA. Platform ini memberi

ruang dan peluang untuk para guru berusaha memperkasa diri dalam membangunkan bahan

pengajaran dan pembelajaran secara digital. Guru-guru kini mengorak langkah menguasai

pelbagai aplikasi digital pendidikan untuk kegunaan pembelajaran norma baharu bagi

memastikan tiada murid yang tercicir dalam pelajaran. Terima kasih dan syabas , cikgu atas

usaha dan kerja keras cikgu mempelajari pelbagai perkara baharu bagi memastikan PdPR

berkualiti dapat diteruskan demi kemenjadian anak-anak SMKTSR khususnya dalam

pencapaian peperiksaan SPM.

2
Dalam situasi mencabar norma baharu juga, pihak sekolah tetap berusaha mengadakan

pelbagai program dan membantu setiap murid mendapat pendidikan yang sewajarnya. Setiap

panitia dan unit telah mengembleng tenaga menyediakan pelbagai inisiatif dan program yang

bersesuaian dengan norma baharu seperti pengedaran modul, sesi motivasi, kelas pecutan

SPM serta bengkel dan teknik menjawab SPM yang dilaksanakan secara atas talian. Secara

umumnya ia telah memberikan impak yang positif dalam merealisasikan kejayaan anak-anak

yang dibuktikan dengan kenaikan peratus lulus dan pengecilan gred purata bagi beberapa

mata pelajaran SPM 2020.

Hadirin dan hadirat sekelian,

Pada tahun 2021 ini, SMKTSR telah terpilih dalam Program Tranformasi Sekolah 2025 (TS25).

Pelbagai strategi telah dirangka untuk mencapai 3 matlamat TS25 iaitu

(i) memantapkan kepimpinan sekolah,

(ii) memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti

pembelajaran dan pengajaran

(iii) mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi

kejayaan murid.

In Shaa Allah, ia dapat direalisasikan dengan kerjasama padu semua ahli Keluarga SMKTSR

serta refleksi dan penambahbaikan berterusan.

3
Kejayaan yang dikecapi tidak akan datang dengan sendiri tanpa sokongan dan dorongan

erat daripada semua pihak terutamanya dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Kami amat

bertuah kerana PIBG sentiasa membantu sekolah dalam merealisasikan visi dan misi sekolah.

Pelbagai program telah dirangka dan dijalankan untuk merealisasikan kejayaan anak-anak ini.

PIBG juga mengambil banyak inisiatif dengan mencari dana, sumbangan serta memberikan

motivasi dengan Program Ziarah Cakna serta membuat kunjungan ke rumah murid untuk

menghantar modul. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Dimyati, YDP

PIBG dan barisan AJKnya yang sentiasa komited dan cakna terhadap pembangunan

pendidikan, kebajikan murid dan kecemerlangan sekolah.

Akhir kata, sekali lagi sekalung tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah

cemerlang yang hebat, serta jawatan kuasa program kerana berjaya menganjurkan majlis

anugerah kecemerlangan pada tahun ini. Semoga anak-anak penerima anugerah akan terus

cemerlang dalam arus pendidikan tinggi selepas ini. Terima kasih kepada para guru hebat

yang sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mendidik anak-anak SMK Taman Seri

Rampai. Terima kasih kepada ibu bapa hebat yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama.

Saya sangat berharap kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para penerima anugerah ini akan

menjadi pemangkin untuk meningkatkan kualiti pencapaian dalam apa juga bidang yang

diceburi pada masa hadapan.

Orang bijak jadi harapan,

Harapan dijulang setinggi awan,

Syabas dan tahniah sekalung ucapan,

Menara gading jadi impian.

Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Disediakan Oleh,

AJK Teks Ucapan Pengetua:


4
Cik Siti Zawiyah Bt Mohd Ali.

Anda mungkin juga menyukai