Anda di halaman 1dari 6

 

TEKS UCAPAN PENGETUA


Bersempena dengan
PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE -14
SMK PUTRAJAYA PRESINT 18 (1),
SESI 2021/2022
 

Oleh:
Yang Berusaha
PUAN NOOR AKMAR BINTI MAT JAIS @ MAT JAIH
PENGETUA SMKPP 18(1)

18 JUN 2021 (SABTU)

8.30-11.30 PAGI

AUDITORIUM KDN, BLOK D8,

KOMPLEKS D, PUTRAJAYA

CADANGAN SALUTASI
1
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt dan selamat pagi.

Terima kasih kepada Puan Pengacara Majlis.

Yang Berbahagia Encik Budi Mawardi bin Nasrom


Yang DiPertua PIBG SMKPP 18(1)

Yang Dihormati Insp Nik Mohamad Rozi Nik Mar,


IPD Putrajaya

Yang Dihormati Puan Rohana Binti Mohamed


Yang Dihormati Puan Nariza Binti Nayan,
Yang Dihormati Encik Mahidin Bin Awang Itam,
Pegawai -pegawai dari JPWPP merangkap Pegawai Angkat Sekolah

Yang Berusaha Puan Sharifah Zukhaireen Shahabudin binti Syed Zulflida


Penolong Kanan Pentadbiran,

Encik Mohamad bin Abd Satar ,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Encik Mohd Zaid bin Ismail, Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Zaimie binti Zainal Abidin


Penolong Kanan Pendidikan Khas Integrasi,
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru, serta para ibu bapa dan
penjaga yang hadir pada pagi ini.

KATA PEMBUKA
 

2
1.  Terlebih dahulu, saya memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak
terhingga kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya
kita dapat berkumpul Auditorium KDN, Blok D8, Kompleks D, Putrajaya
untuk menjayakan majlis yang penuh ukhwah yakni majlis

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-14


SMK PUTRAJAYA PRESINT 18 (1)
Sesi 2021/2022

 
2. Dikesempatan ini, saya ingin mengalu-alukan kehadiran dan
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
warga PLB, Ahli Jawatankuasa PIBG, komuniti setempat, khasnya para
ibu bapa dan para pelajar yang menghadiri majlis ini. Umpama peribahasa
yang berbunyi, “Kuat lilit kerana simpulnya” yakni kekuatan persatuan
terletak pada anggota-anggotanya yang bersatu padu.

OBJEKTIF

3. Untuk makluman semua, antara objektif Mesyuarat Agung PIBG ini


bertujuan mewujudkan hubungan akrab antara pihak sekolah dengan
pihak ibu bapa dan penjaga dalam memastikan prestasi sekolah terus
cemerlang baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Peranan
sekolah pada era ini semakin mencabar. Sekolah bukan sahaja merupakan
sebuah institusi menimba ilmu pengetahuan dan mencapai kecemerlangan
dalam bidang akademik mahupun kokurikulum, bahkan merupakan tempat
untuk menyemai dan menyuburkan nilai-nilai sahsiah diri yang terpuji.

SPM PLB 2021

3
4. Dalam pada itu, SMK Putrajaya Presint 18(1) mengalas visi menjadi
sekolah yang dapat menjana pencapaian GPS 4.35 dalam Sijil Pendidikan
Malaysia melalui misi untuk meningkatkan profesionalisme guru serta
mempelbagaikan kaedah PdPR agar murid terus dapat belajar walaupun
bukan secara bersemuka. Hal ini selaras dengan hasrat JPWPP, iaitu PLB
sebagai sekolah Digital Learning di Putrajaya.

5. Jesteru itu, tugas dan cabaran masa depan memerlukan kita bersama-
sama untuk terus bekerja keras dan lebih strategik supaya kecemerlangan
sekolah amnya dan kecemerlangan pelajaran anak-anak PLB khususnya
dapat dicapai.

KURIKULUM
6. Untuk makluman semua, keputusan SPM bagi tahun 2021 menunjukkan
peningkatan berbanding tahun sebelumnya walaupun kita dilanda
pandemik Covid-19 selama 2 tahun. Jesteru itu, saya percaya dan yakin
akan kemampuan anak-anak SPM tahun ini dan juga komitmen para guru
yang tidak jemu mendidik anak-anak PLB untuk terus melakar kejayaan
dalam akademik.

GRED SPM SPM SPM SASARA


SPM
PURATA 2018 2019 2020 N
2021
SEKOLAH 2021

GPS 4.06 4.50 4.75 4.35

HEM
7. Dari aspek kehadiran murid pula, pihak sekolah amat menitik beratkan
4
kehadiran anak-anak PLB ke sekolah, jika tahun sebelum ini anak-anak
PLB belajar dalam norma baharu (PdPR), namun kini alhamdulillah
pembelajaran secara bersemuka dapat dilaksanakan dengan menekankan
tahap SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KPM. Seiring dengan itu, pada
tahun ini, PLB mengorak langkah dalam penggunaan teknologi QR code
bagi mengambil kehadiran murid ke sekolah atau sebarang aktiviti
berkaitan sekolah.

KOKURIKULUM
8. Begitu juga dalam Kokurikulum, jika sebelum ini sekolah kita telah
mencapai kehadiran 100% murid hadir dalam aktiviti Kokurikulum kerana
kita sempat melaksanakan perjumpaan awal dan sempat dilakukan secara
bersemuka. Selain itu, pelbagai kejayaan yang dicapai oleh anak-anak PLB
yang menyertai pertandingan Kokurikulum sama ada di peringkat negeri,
kebangsaan mahupun antarabangsa.

SARANA PIBG
9. Suka untuk saya mengingatkan kembali berkaitan dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan program Sarana Sekolah dan
Sarana Ibu Bapa. Program ini merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi
meningkatkan penglibatan ibu bapa dan penjaga serta komuniti dengan
sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta.

10. Untuk makluman semua, pihak PIBG banyak membantu pihak sekolah
sepanjang 2021. Antaranya ialah Program Motivasi Murid SPM serta
pihak PIBG turut membantu menghulurkan bantuan kepada keluarga yang
terjejas akibat pandemik. Pihak sekolah sangat bebesar hati atas usaha
PIBG yang sentiasa cakna dengan hal semasa. Terima kasih saya
ucapkan.

5
HARAPAN
10. Oleh itu, saya berharap pihak ibu bapa, AJK yang dilantik pada kali
ini agar terus bersama-sama membantu pihak sekolah tidak kira dari aspek
kewangan, idea, tenaga dan sebagainya dalam usaha bersma-sama kita
memberi sokongan dan mengembleng tenaga untuk melahirkan modal
insan bertaraf dunia. Saya percaya kita mampu mencapai prestasi yang
lebih cemerlang dalam semua aspek.

11. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
yang dapat hadir dalam majlis mesyuarat PIBG kali ini.
Jutaan terima kasih kepada AJK pelaksana pada hari ini yang telah
bertungkus lumus menjayakan majlis kita pada pagi ini. Semoga SMK
Putrajaya Presint 18(1) akan terus mengukir kejayaan demi kejayaan.

Sekian,  wabillahi taufiq walhidayah, Assalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai