Anda di halaman 1dari 12

TEKS UCAPAN

PN. NOR HAIDA BINTI HAMDAN


PENGETUA SMK PADANG
TEMBAK

SEMPENA MAJLIS ORIENTASI


MURID TINGKATAN SATU 2019
SMK PADANG TEMBAK

28 DISEMBER 2018
DI DEWAN SEMARAK BUDI
SMK PADANG TEMBAK, KUALA
LUMPUR
Bismillahhirrahmaanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang dihormati saudari pengerusi majlis,

Yang Dihormati, Encik Napri bin Sahlan,


Yang Dipertua PIBG SMK Padang Tembak.

Encik Amiruddin bin Sahudi,


Penceramah Sarana Ibu Bapa Peringkat
Kebangsaan.

Yang Berusaha, Pn. Noraliza binti Abidin,


Penolong Kanan Pentadbiran dan
Kurikulum.

Yang Dihormati, Tn Haji Azmiran bin Alias


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Pn. Noraidah binti Musanif,
Penolong Kanan Kokurikulum.

Pn. Paridah binti Yaacob,


Penolong Kanan Petang,

Barisan AJK PIBG SMK Padang Tembak,

Guru-guru kanan, guru-guru, para ibu


bapa serta anak-anak murid yang dikasihi
sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi
kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha
Berkuasa Allah SWT kerana dengan limpah
kurniaNya dapat kita berkumpul dalam
dewan yang indah ini bagi melaksanakan
satu lagi agenda iaitu Majlis Orientasi
Murid Tingkatan Satu 2019 SMK Padang
Tembak.

Terima kasih tidak terhingga


diucapkan kepada semua ibu bapa kerana
dapat meluangkan masa dan tenaga untuk
hadir ke majlis ini bersama dengan anak-
anak dengan harapan anak-anak dapat
menyesuaikan diri dengan suasana alam
persekolahan yang baru.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Seluruh warga kerja sekolah ini dan


juga saya ingin mengucapkan setinggi-
tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada
murid-murid baru tingkatan satu seramai
334 orang yang telah diterima masuk ke
SMK Padang Tembak berdasarkan
keputusan UPSR 2018. Selamat datang ke
SMK Padang Tembak dan sekaligus
menjadi warga sekolah ini untuk tempoh 3
hingga 5 tahun yang akan datang.
Diharapkan anak-anak yang diterima
masuk ke sekolah ini akan meneruskan
kecemerlangan mereka di peringkat
menengah rendah dan juga menengah
atas.

Di sini saya ingin berkongsi dengan


tuan dan puan sekalian aspirasi kami
sebagai para pendidik di sekolah ini. Kami
mempunyai matlamat agar sekolah ini
dapat mencapai sasaran yang telah
ditetapkan sama ada dalam bidang
akademik, hal ehwal pelajar murid dan
kokurikulum sejajar dengan moto SMKPT
Beriman, Berilmu, Berwawasan. Pihak
sekolah sentiasa berusaha untuk
menjadikan SMK Padang Tembak sebagai
sebuah sekolah yang cemerlang, gemilang
dan terbilang dalam segala aspek.

Pada tahun 2018, pelbagai


rombakan program kurikulum telah
dilaksanakan. Antaranya Tuisyen Bestari
Cemerlang yang diberikan secara percuma
kepada semua murid PT3 dan SPM. Tiada
seorang pun yang akan tertinggal dalam
program transformasi ini. Di samping itu
juga, terdapat juga program lain yang
melibatkan murid-murid tingkatan 1, 2
dan 4. Semua program yang disusun ini
adalah untuk mencapai KPI 100% lulus
dalam semua matapelajaran serta GPS
yang baik dan bilangan murid yang
meningkat potensi diri dalam PT3 dan
SPM 2018 yang cemerlang.

Pada 13 Disember 2018 yang lepas,


keputusan PT3 2018 telah diumumkan
dimana murid tingkatan 3 sekolah ini telah
menyumbang pencapaian yang cemerlang
dengan GPS 2017 3.61 ke GPS 2018 3.50.
Dalam tiga tahun berturut-turut bermula
dari tahun 2016 sehingga tahun 2018.
PT3

BIL TAHUN GPS +/-


1 2016 3.52 -
2 2017 3.61 +0.09
3 2018 3.50 -0.11

Ini menunjukkan perkembangan potensi


murid PT3 adalah sangat membanggakan.

Manakala perbandingan GPS bagi


keputusan SPM untuk tiga tahun berturut-
turut bermula dari tahun 2015 sehingga
2017.

SPM

BIL TAHUN GPS +/-


1 2015 5.89 -
2 2016 5.80 -0.09
3 2017 5.29 -0.51

Saya juga ingin berkongsikan secara


sepintas lalu pencapaian tertinggi
kokurikulum SMK Padang Tembak. Badan
Beruniform Silat berjaya meraih tempat
pertama peringkat negeri dan tempat ke-5
peringkat kebangsaan bagi acara tempur
tangan kosong. Pasukan Sofbol sekolah
berjaya meraih Johan bagi Kejohanan
Sofbol Luar Musim B16 (Perempuan)
MSSWPKL. Manakala naib johan B16
(Lelaki) MSSWPKL yang berlangsung pada
20 Oktober sehingga 1 November 2018
bertempat di SMK Raja Abdullah. Pada 8
Disember 2018, bersempena Malam
Apresiasi Pejabat Kesihatan Titiwangsa,
Unit Kokurikulum SMK Padang Tembak
berjaya mencapai Pingat Emas Lompat Tali
Peringkat Kebangsaan 2018.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati


sekalian,

Saya sangat mengharapkan agar ibu


bapa bersama-sama pihak sekolah untuk
sentiasa memastikan anak-anak hadir ke
sekolah agar anak-anak tidak tercicir
dalam pembelajaran. Kerjasama tuan dan
puan diharapkan agar dapat memastikan
dan membenarkan penglibatan anak-anak
dalam aktiviti sukan dan kokurikulum
sebagaimana yang dirancang oleh pihak
sekolah. Saya berharap agar ibu bapa juga
dapat berkongsi idea dengan pihak SMK
Padang Tembak dan bekerjasama sebagai
PIBG/KSIB supaya harapan kita untuk
melahirkan anak-anak yang memenuhi
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan
berjaya dicapai.

Akhir kata, besarlah harapan saya


agar kita sama-sama dapat memacu
kecemerlangan dan melakar sejarah
dengan meraih kecemerlangan sepanjang
tahun ini. Semoga semua warga SMK
Padang Tembak dapat bersama-sama
berganding bahu dan berpenat lelah
dalam mengejar harapan, usaha dan cita-
cita sekolah. Selamat maju jaya saya
ucapkan kepada anak-anak dan para
pendidik SMK Padang Tembak. Mohon
maaf jika terdapat sebarang kekurangan
dalam majlis ini. Saya sudahi dengan
ucapan wabillahi taufi wal hidayah,
wassalamualaikum wbt dan salam
sejahtera.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai