Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI DAMAI, JALAN 17/13, SEKSYEN 17,

46400 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

TARIKH : 2 FEBRUARI 2018

HARI : JUMAAT

MASA : 8.00 – 10.00 PAGI

TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER,


SK.SRI DAMAI.

ANJURAN :
PROGRAM PERJUMPAAN
IBU BAPA DAN PENETAPAN TARGET TAHUN ENAM 2018

UNIT BIMBINGAN SK SRI DAMAI

SK SRI DAMAI 1
PROGRAM PERJUMPAAN
IBU BAPA DAN PENETAPAN TARGET TAHUN ENAM 2018

KERTAS KERJA
MAJLIS PEMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU
TAHUN ENAM 2018

1.0 PENGENALAN

Majlis pemuafakatan ini dianjurkan untuk memberi pendedahan dan motivasi kepada murid Tahun 6
khususnya untuk meningkatkan prestasi akademik masing-masing dengan meletakkan suatu target
bagi setiap matapelajaran peperiksaan awam (UPSR 2018) yang akan diduduki pada tahun ini. Dalam
erti kata lain, semasa program ini nanti, ibu bapa atau penjaga bersama-sama murid Tahun 6 berupaya
merencanakan target atau matlamat murid. Pada masa yang sama pihak sekolah secara tidak langsung
dapat menentukan target setiap matapelajaran utama di sekolah.

Justeru itu, melalui pemuafakatan diantara pihak sekolah, ibu bapa atau penjaga bersama-sama murid
Tahun Enam secara tidak langsung dapat memantapkan institusi kekeluargaan ke arah kecemerlangan
dalam aspek akademik khasnya.

2.0 RASIONAL

 Permuafakatan antara guru dan ibu bapa akan dapat memberi peluang kepada penyelesaian
masalah pembelajaran murid.
 Menunjukkan kepekaan ibu bapa terhadap bidang akademik dan sahsiah anak-anak.
 Ibu bapa sedar akan tanggungjawab mereka serta memberi sokongan penuh kepada program
sekolah.
 Kerjasama antara ibu bapa dan guru diperlukan untuk meningkatkan kecemerlangan akademik.

3.0 OBJEKTIF

 Meningkatkan peratus MTM keseluruhan UPSR SK Sri Damai.


 Menambah bilangan murid cemerlang yang mendapat 6A dan 3p di dalam UPSR bagi tahun
2018.
 Mendapat kerjasama sepenuhnya daripada ibubapa untuk memantau pembelajaran anak-anak
semasa berada di rumah.
 Memastikan hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah sentiasa berterusan dan harmonis.
SK SRI DAMAI 2
PROGRAM PERJUMPAAN
IBU BAPA DAN PENETAPAN TARGET TAHUN ENAM 2018

 Memastikan penyaluran maklumat kepada ibu bapa berhubung dengan prestasi murid Tahun
6 berjalan lancar.
 Meningkatkan kemenjadian murid melalui permuafakatan ibu bapa dan guru.

4.0 SASARAN

Ibu bapa dan semua murid Tahun Enam.

5.0 PELAKSANAAN PROGRAM


Tarikh : 2 Februari 2018(Jumaat)
Masa : 8.30 - 10.00 pagi
Tempat : Makmal Komputer SK. Sri Damai

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi :
En. Mashisham bin Mohamed (Guru Besar)
Naib Pengerusi :
En. Mohd Nazam bin Noordin (PK Pentadbiran)
Pn. Fazilawati binti Abu Bakar (PK Hal Ehwal Murid)
Pn. U. Gohilah a/p Uthirapupathy (PK Kokurikulum)
Pn. Zauyah binti Zainol (Penyelaras PKI)
Penyelaras : En. Mohammad Hashim Ko bin Abdullah
Setiausaha : Pn. Zaliha binti Ahmad
Bendahari : Pn. Chua Siew Yoon
AJK : Cik Syuhada binti Mohamad (Guru Bimbingan Dan Kaunseling)
Pn. Norlida Bt. Kamaruddin
En. Mohd. Hiszua B. Paslan
En. Padzli B. Ismail
6.0 TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa & murid Tahun 6


8.15 pagi: Ucapan Pengerusi Majlis
8.30 pagi : -Nyanyian Lagu Negaraku
-Bacaan Doa.
-Ucapan Perasmian oleh Guru Besar
- Penerangan tentang UPSR dan PPSR oleh Penolong Kanan Pentadbiran
-Pebentangan Program Kecemerlangan UPSR 2018 oleh Penyelaras Program
Kecemerlangan Sekolah.
- Perjumpaan Ibu Bapa dengan Guru Tahun 6 dan Penetapan Target
- Menandatangani Surat Akur Janji / Penetapan Target

SK SRI DAMAI 3
PROGRAM PERJUMPAAN
IBU BAPA DAN PENETAPAN TARGET TAHUN ENAM 2018

10.00 pagi : Majlis Bersurai / Jamuan Ringan

7.0 PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH


1 Makanan Ibu bapa, guru dan murid

60 orang × RM 5 RM 300.00
2. Fail prestasi murid

JUMLAH KESELURUHAN RM 300.00

8.0 PENUTUP

Diharapkan program seperti ini dapat memberi impak yang berkesan kepada pencapaian murid Tahun
6 SK Sri Damai dalam mencapai target yang diingini dan mencapai sasaran sekolah selaras dengan
misi dan visi ingin menjadikan SK Sri Damai cemerlang menjelang tahun 2018.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

........................................................ .....................................................
(MOHD.HASHIM KO B.ABDULLAH) (EN. MASHISHAM B. MOHAMED)
PENYELARAS PROGRAM KECEMERLANGAN SEKOLAH GURU BESAR
SK. SRI DAMAI SK. SRI DAMAI

SK SRI DAMAI 4

Anda mungkin juga menyukai