Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PRASEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN WIRA KALI KEDUA 2014


TARIKH

: 23 JULAI 2014

MASA

: 12.50 TENGAH HARI

TEMPAT

: BILIK MESYUARAT SAIDATINA FATIMAH

KEHADIRAN :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

DATIN HJH NOORAZIZA BT SABARUDIN


PN NOORZURAINI BT AWANG
PN NORZIHAN BT ABD GHAFFAR
PN ROHATI BT ABD RANI
CIK NURUL IZZAH BINTI KHALIL
PN HASLIDA BT MOHAMED
PN ZALMAWATI BT MUSA
PN MAZLINA BT MOHD JAMAL

TIDAK HADIR BERSEBAB:


1. PN YUSNI BT ABDUL KARIM
AGENDA MESYUARAT :
1. UCAPAN ALUAN GURU BESAR
1.1
Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.
1.2
Guru Besar mengharapkan semua guru dan PPM memberikan
komitmen yang tinggi dalam tugasan memandangkan tahun 2015
bakal menjadi tahun yang sibuk.
1.3
Guru Besar juga mengucapkan selamat datasng dan selamat bertugas
kepada Puan Rohati bt Abd Rani selaku guru kelas Pra Intan yang baru
bagi menggantikan arwah Puan Jaysafina bt abd Bakir.
1.4
Guru Besar juga mengharapkan Puan Rohati dapat menjalankan tugas
dengan lebih baik.
2. MEMBENTANGKAN MINIT MESYUARAT.
Setiausaha Prasekolah 2014 membentangkan Minit Mesyuarat Kali
Pertama yang diadakan pada 7 Januari 2014 yang lalu.

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT.


3.1
Pencadang : Pn Haslida bt Mohamed
Penyokong : Pn Zalmawati bt Musa

4. PERKARA BERBANGKIT
4.1
Wang PCG telah digunakan sebanyak RM438 untuk membina reban
burung puyuh bagi tujuan Program Prasekolah Terbilang yang disertai
oleh kelas Pra NIlam.
4.2
Keutamaan wang PCG akan diberikan kepad aPra Nilam. Salah satu
perancangan adalah untuk membina pagar di hadapan kelas Pra Nilam
dan Pra Zamrud.
4.3
Semua guru dan PPM telah sebulat suara bersetuju dengan cadangan
tersebut.
5. PENETAPAN TARIKH PENILAIAN DAPUR EMAS
5.1
Mesyuarat menetapkan Guru Penolong Kanan Kokurikulum sekolahsekolah Zon 2 untuk menjadi panel penilai bagi Program Dapur Emas.
5.2
Mesyuarat bersama Penolong Kanan Kokurikulum sebagai panel penilai
akan diadakan pada 3 September 2014. PK Ko SK Wira, Pn Norhayati bt
Rasul akan dilantik sebagai Ketua Hakim Penilai. GPK Ko sekolah yang
akan menjadi penilai adalah seperti berikut :
5.2.1
5.2.2
5.2.3
5.2.4
5.2.5
5.2.6
5.2.7
5.2.8
5.2.9
5.3

5.4

SK
SK
SK
SK
SK
SK
SK
SK
SK

Wira
Pandan
Pengkalan Tentera
Panching Timur
Panching Utara
Panching Selatan
LKTP Lepar Hilir 1
LKTP Lepar Hilir 2
LKTP Lepar Hilir 3

Cadangan tarikh penilaian Dapur Emas pula akan berlangsung bermula


15 September 26 September 2014. Setiausaha Zon akan membuat
surat makluman kepada semua sekolah Zon 2.
Penyerahan markah boleh dilakukan pada 30 September 2014.

6. JAWATANKUASA PROGRAM DAERAH


6.1
SK Wira terlibat terlibat dengan Program Daerah bagi jawatankuasa
banner bagi Pertandingan Futsal serta bahagian borang dan
pendaftaran dan juruacara majlis bagi Program Bijak Prasekolah.
6.2
Pn Norzihan diminta mendapatkan format yang betul untuk boring
pendaftaran sementara Pn Rohati diminta untuk menyediakan borang
untuk pendaftaran pertandingan.
6.3
Tarikh-tarikh program daerah adalah seperti berikut :
TARIKH
11 SEPTEMBER
2014
21 SEPTEMBER
2014

PROGRAM
FUTSAL
BIJAK PRA

TINDAKAN
PN NORZIHAN &
PN ZALMAWATI
GURU KELAS
MURID TERLIBAT

PENGADIL
ENCIK ZAINAL
B DAUD

28 OGOS 2014

BOLA JARING

PN
NOORZURAINI,
CIK NURUL
IZZAH, PN
HASLIDA & PN
MAZLINA

7. JAMUAN HARI RAYA PRASEKOLAH ZON 2


7.1
Jamuan Hari Raya Prasekolah Zon 2 telah ditetapkan pada tarikh 6
Ogos 2014.
7.2
Jamuan akan diadakan di SK Lepar Hilir 1.
7.3
SK Wira telah ditugaskan untuk menyediakan menu ayam masak
merah.
7.4
Mesyuarat menetapkan setiap guru dan PPM menyumbang RM20 bagi
tujuan tersebut.
8. PROGRAM RASEKOLAH TERBILANG
8.1
Guru Besar memohon guru-guru dan PPM sama-sama bekerjasama
untuk menyediakan
segala dokumen yang diperlukan seperti dalam kriteria.
8.2
Guru Besar juga meminta kelas yang bertanding untuk memantapkan
sistem fail dalam
kelas tersebut.
8.3
Cadangan untuk membuat label pandu arah ke kelas prasekolah
menggunakan tanda
tapak kaki dan juga papan tanda yang dibuat sendiri.
8.4
Guru Besar juga memintan guru menyediakan Pelan Taktikal dan Pelan
Operasi bagi
aktiviti kokurikulum yang melibatkan prasekolah.
8.5
Bagi bahagian Inovasi untuk Prasekolah Terbilang akan diwujudkan
reban burung puyuh
sementara Dapur Emas boleh dijadikan program tambahan. Kertas
kerja perlu disediakan bagi keduadua program tersebut.
9. KRITERIA PEMILIHAN MURID PRASEKOLAH BAGI SESI 2015
9.1
Murid-murid akan dipilih berdasarkan kriteria dan kelayakan yang akan
diambil kira.
9.2
Keutamaan akan diberikan kepada murid berumur 6 tahun.
9.3
Bagi murid 5 tahun pemilihan akan dibuat mengikut kriteria
pemarkahan.
10.
10.1

PENCAPAIAN MURID SEHINGGA JULAI 2014


Sehingga Julai 2014, masih terdapat murid berusia 6 tahun yang
belum menguasai
kemahiran membaca.
10.2 Guru Besar meminta guru-guru bekerja lebih keras bagi memastikan
murid-murid dapat
membaca dengan lancar.

10.3 Guru Besar juga meminta semua guru prsekolah menyediakan laporan
bertulis bagi
setiap murid yang akan memasuki Tahun 1 berkaitan pencapaian
mereka dan akan diserahkan kepada penyelaras Tahun 1.
10.4 Mesyuarat akan datang perlu berfokus kepada pencapaian murid dan
laporan setiap
kelas.
10.5 Keputusan mesyuarat telah menetapkan tarikh-tarikh berikut untuk
mesyuaratmesyuarat seterusnya :
10.5.126 Ogos 2014 Mesyuarat Pemilihan Pra
10.5.21 Oktober 2014 Mesyuarat Pencapaian Murid
10.5.36 November 2014 Mesyuarat Pencapaian / MACP.
11 HAL-HAL LAIN
11.1
Puan Noorzuraini berharap semua guru dan PPM sama-sama
menjalankan tugas dengan
baik seperti yang telah ditetapkan.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.25 petang.
Disediakan oleh,
..
NURUL IZZAH BINTI KHALIL
Setiausaha
Jawatankuasa Prasekolah 2014
SK Wira

Disahkan oleh.
..
DATIN HJH NOORAZIZA BT SABARUDIN
Pengerusi
Jawatankuasa Prasekolah 2014
SK Wira

Disemak oleh,
..
NOORZURAINI BT AWANG
Penyelaras
Jawatankuasa Prasekolah 2014
SK Wira

Anda mungkin juga menyukai