Anda di halaman 1dari 50

UNDANG - UNDANG DAN PERATURAN

SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AIR TAWAR


FELDA AIR TAWAR 2,
81920 KOTA TINGGI
JOHOR DARUL TAKZIM
NO. TELEFON: 07-8931980
0

FAX: 07-8933313

KATA-KATA ALUAN
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya mencoret sepatah dua kata
dalam buku disiplin sekolah ini.
Sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan yang diwujudkan untuk memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Ini
adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. Pembinaan dan
pembentukan disiplin adalah satu proses yang berterusan.
Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Air Tawar telah digubal khas bagi memastikan matlamat ini
tercapai. Ia sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang merupakan
tatacara bagi menentukan supaya peraturan dan undang-undang dipatuhi. Dengan adanya peraturan ini,
diharapkan sekolah dapat melahirkan murid-murid yang berfikiran dan bersikap positif, bersemangat,
aktif dan bertenaga, pro-aktif serta mempunyai iltizam yang tinggi dan mampu bersaing dalam era
globalisasi yang kian mencabar.
Buku peraturan sekolah ini diterbitkan semua setelah semakan dibuat dan penambahan kepada Buku
Peraturan Disiplin Dan Tindakan Sekolah yang sedia ada. Buku ini digunapakai mulai bulan Januari
tahun 2015 dengan harapan setiap pelajar akan memahami dan mematuhinya. Dari masa ke semasa,
undang-undang kecil juga akan dibentuk dan dikuatkuasakan.
Kerjasama daripada Lembaga Disiplin, guru-guru, pelajar PIBG, pihak polis dan semua agensi lain
dalam usaha meningkatkan tahap disiplin pelajar sangat diperlukan dan diucapkan berbanyak terima
kasih. Seorang pengetua sahaja tidak dapat menangani masalah disiplin dengan berkesan, meskipun
mempunyai kuasa menentukan keputusan disiplin yang dikira sesuai dan adil demi mengekalkan
disiplin keseluruhannya di sekolah ini (Education Ordinance 1957 dan LN 61/59).
Marilah kita sama-sama berdoa dan berharap agar kerjasama semua pihak ini dapat melahirkan pelajarpelajar yang diimpikan oleh masyarakat dan negara.
Wassalam.
Pengetua,
SMK Air Tawar
Kota Tinggi,
Johor

PROFIL MURID

NAMA

: ____________________________________________________

NO KP / SIJIL LAHIR:___________________________________________
NO PENDAFTARAN SEKOLAH : ________________________________
NAMA IBU BAPA/ PENJAGA : __________________________________
ALAMAT : ____________________________________________________
______________________________________________________________
NO TELEFON :

(R) : __________________________
(HP) : __________________________

TAHUN

TINGKATAN

NAMA GURU
TINGKATAN

Catatan : Buku peraturan ini hendaklah dibawa pada setiap hari persekolahan.
Meninggalkannya/ menghilangkannya / merosakkanya dan menconteng buku
peraturan ini adalah menjadi satu kesalahan.
2

ISI KANDUNGAN
Kata-kata Aluan
Profil Murid
Ikrar Pelajar
Isi Kandungan
Punca Kuasa
Latar Belakang Sekolah
Profil Sekolah
Pelan Sekolah
Lencana Sekolah
Bendera Sekolah
Lagu Sekolah
Cogankata Sekolah
Motto Sekolah
Misi Sekolah
Visi Sekolah
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Lagu Negaraku
Rukunegara
Lagu Bangsa Johor
Disiplin
A Definisi Disiplin
B Matlamat Disiplin
C Prinsip-prinsip Asas Disiplin
Etika Pelajar
ATanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri
B Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga
C Tanggungjawab pelajar terhadap rakan
D Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah
E Tanggungjawab pelajar terhadap masyarakat
F Tanggungjawab pelajar terhadap agama
G Tanggungjawab pelajar terhadap negara
Penguatkuasa Peraturan
Kuasa Menghukum
PANDUAN PERATURAN SEKOLAH
Bab 1: Tujuan Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Sekolah
Bab 2: Kehadiran
Bab 3: Perwatakan
Bab 4: Kebersihan, Keceriaan dan Keharmonian
- Bilik Darjah
- Sekolah
3

- Kantin
- Pusat sumber
- Surau
- Tandas
Bab 5: Kawasan Larangan
Bab 6: Keselamatan
- Keselamatan Diri pelajar
- Keselamatan Milik sendiri/ sekolah
- Keselamatan jalan raya
Bab 7: Budi Pekerti dan Tingkah Laku
Bab 8: Ketua Murid dan Pengawas
Bab 9: Waktu Sembahyang
Bab 10: Waktu Rehat
Bab 11: Latihan Kebakaran dan Kecemasan
Bab 12: Bayaran Yuran Tambahan
Bab 13: Kategori Kesalahan
- Berat
- Sederhana
- Ringan
- Kekemasan Diri
- Tingkahlaku Tidak Mementingkan Masa
- Tingkahlaku Kurang Sopan Dan Biadap
- Tingkahlaku Musnah
- Tingkahlaku Tidak Jujur / Menipu
- Ponteng
Tindakan-Tindakan
Tidak Hadir Ke Sekolah
Lampiran Hukuman Kerana Melakukan atau Melibatkan Diri Dalam Salah Laku
- Kesalahan melakukan kerosakan, kekacauan dan kenakalan
- Kesalahan melakukan kelucahan
- Kesalahan menyinggung sentimen
- Kesalahan menyebabkan kecederaan
- Kesalahan mencuri
- Kesalahan peras ugut
- Kesalahan menjadi ahli kongsi gelap
Rujukan Surat Pekeliling Ikhtisas
Mesej Perundangan
Kata-Kata Kehakiman
Akuan Pelajar
Pengakuan Ibu/Bapa/Penjaga
4

PUNCA KUASA
BUKU PERATURAN SEKOLAH DILAKSANAKAN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9 / 1975
Disiplin di Sekolah
Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-Murid
Para 4.
Peraturan-peraturan Sekolah, ( School Rules) yang Bertulis untuk MuridMurid : Tindakan oleh tiap-tiap Sekolah Lampiran C
Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah
masing-masing secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi
maksud yang jelas dan tiap-tiap murid mestilah mengetahuinya. Satu salinan
peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan
juga di papan kenyataan sekolah. Guru-guru Besar dan Pengetua hendaklah selalu
menarik perhatian murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah
digubal itu. Pengawas-pengawas Sekolah/ketua-ketua murid ( School Prefects)
mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka. Tindakan
Pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari guru-guru dan Guru Besar. Mereka
juga hendaklah memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu
pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatatertib.
4.1 : ........Guru-guru Besar dan Pengetua-pengetua hendaklah meneliti
semula dan membaharui peraturan-peraturan sekolah mereka dan untuk panduan
mereka itu satu senarai satu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan
mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam lampiran C. Guru Besar boleh
juga menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu
mengikut keadaan sekolah masing-masing
Para 6.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti
dan perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi
tugas mereka untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara
tingkah laku yang baik dan yang buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat
bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk
membuat sesuatu keputusan yang baik.

LATAR BELAKANG SEKOLAH


5

PROFIL SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Air Tawar ditubuhkan pada tahun
1974. Pada masa itu ia merupakan cawangan Sekolah Menengah Kebangsaan
Tun Habab, Kota Tinggi yang bertempat di Felda Air Tawar 1. Sekolah ini
ditadbir oleh seorang Penyelia.
Pada tahun 1976, cawangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab
bertukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Air Tawar. Ia mula
menggunakan lambang sekolah sendiri. Pada tahun ini sekolah mula ditadbir
oleh seorang Pengetua. Pada tahun ini juga pelajar-pelajar mula mengambil
peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran buat pertama kalinya di sekolah ini.
Pelajar yang lulus dan mampu telah dihantar ke Sekolah Menengah
Laksamana dan Sekolah Menengah Tun Habab untuk melanjutkan pelajaran
di tingkatan 4 dan 5.
Pada tahun 1978, Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan yang
bertempat di Felda Air Tawar 1 telah dipindahkan lokasinya ke Felda Air
Tawar 2 sehinggalah sekarang. Pada awalnya ia dibina di atas sebuah tapak
13.5 ekar dan hanya mempunyai 2 bangunan, sebuah bengkel dan sebuah
kantin sahaja. Pada tahun 1983, ia dikenali sebagai SM Air Tawar sahaja
kerana telah mempunyai pelajar-pelajar Tingkatan 4. Pada masa inilah
bermulanya sidang pagi dan petang. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
pertama di sekolah ini adalah pada tahun 1984.
Sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh Yang Amat Berhormat Dato
Seri Dr. Mahathir Bin Mohammad, Perdana Menteri Malaysia pada 29 Jun
1985 bersamaan dengan 10 Syawal 1405 Hijrah. Sehingga 2006 seramai 10
orang pengetua dan 2 orang pemangku pengetua telah bertugas mentadbir
sekolah ini iaitu:
1.
2.
3.
4.
5.

En. Abdullah Bin Hj Nasir


En. Ismail Bim Johari
En. Samsi Bin Nasir
En. Ahmad Bin Mohd Nor (Pemangku)
En. Zainal Bin Nong
6

(1976)
(1978)
(1982)
(1985)
(1986)

6. Tn. Hj Yusuf Bin Ab. Rahman


7. Tn, Hj Ishak Bin Isnin (Pemangku)
8. Tn. Hj Abd. Karim Bin Harun
9. Tn. Hj Wan Ismail Bin Wan Ahmad
10. Tn. Hj Marsono Bin Legino
11. Tn. Hj Abd. Kadir Bin Basiran
12. Tn. Hj Ramlan Bin Abdul Rawi
13. En. Zakaria Bin Abd. Jalil
PELAN SEKOLAH

(1989)
(1991)
(1992)
(1995)
(1999)
(2004)
(2006)
(2012)
LAGU SEKOLAH
SMK AIR TAWAR
Sekolah Menengah Air Tawar Johor
Kau menjadi lambang kemegahan
Ku genggam janji harumkan namamu
Ku tekad terus menimba ilmu
Sekolah menengah yang sangat ku cinta
Di Kota Tinggi yang bersejarah
Segala harapan serta impian
Pasti akan kami tunaikan

LENCANA SEKOLAH

Hidup berilmu cogan kata kita


Berbudi bahasa amalan kita
Marilah kita pertahankan
Hingga zaman berzaman
Sekolah menengah yang sangat ku cinta
Ku tetap kenang dikau sentiasa
Ku genggam janji harumkan namamu
Ku pasti hidup perlu berilmu

BENDERA SEKOLAH

Lagu Ciptaan : Ibrahim bin Taigo

COGAN KATA
HIDUP BERILMU
7

MOTTO SEKOLAH
SMK AIR TAWAR SMArT
MISI SEKOLAH
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan
potensi individu bagi memenuhi aspirasi Negara
VISI SEKOLAH
COGANKATA SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik
Negara Sejahtera
IKRAR PELAJAR
Bahawasanya kami, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Air
Tawar berikrar dengan sepenuh hati akan menumpukan segala tenaga dan
usaha kami ke arah kecemerlangan kami dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah, menghormati guru-guru dan kakitangan sekolah, kedua
ibu bapa kami, rakan-rakan kami, dan LAGU
mematuhi
undang-undang
BANGSA
JOHORdan
peraturan sekolah sepanjang masa.
Allah peliharakan Sultan
Anugerahkannya segala
kehormatan
Sihat dan ria kekal dan
makmur
Luaskan kuasa menaungkan
LAGU NEGARAKU
kami
Rakyat dipimpini berzaman
Negaraku
lagi
Tanah tumpahnya darahku
Dengan bersatu hati Allah
berkati Johor
8
Allah selamatkan sultan

Rakyat hidup bersatu dan maju


Rahmat bahgia tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta

RUKUNEGARA
Maka kami, rakyat Malaysia
Berikrar akan menumpukan
Seluruh tenaga dan usaha kami
Untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan di atas prinsip-prinsip berikut :
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluruhan Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
dan mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan Negara.
DISIPLIN
A. DEFINISI DISIPLIN

Mengikut Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar


Pelajaran, Disiplin ialah kesanggupan seseorang individu untuk :- Menghormati dan mematuhi Undang-Undang
- Bekerja Mengikut Tatatertib
- Menghormati Hak Individu
- Mengamalkan Tingkah Laku Yang Baik
- Saling Menghormati
- Saling Menolong
- Membaiki Keadaan Menerusi Usaha Membina
- Berkhidmat Untuk Masyarakat
B. MATLAMAT DISIPLIN
Disiplin akan menjadikan seorang pelajar itu sebahai manusia yang dapat
memimpin diri sendiri dalam hidupnya di masa hadapan. Disiplin diri bagi
setiap individu adalah mustahak dalam usaha mewujudkan satu masyarakat
Malaysia yang bertatasusila, bersatupadu, demokratik, adil, liberal dan
progresif. Disiplin diri juga akan melahirkan individu-individu yang kreatif
serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke
arah kemajuan.
C. PRINSIP-PRINSIP DISIPLIN
Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasar
berikut :

keadilan dan layanan sama rata


pertimbangan minat dan keperluan pelajar
kebebasan tertakluk kepada undang-undang
amalan menghormati seseorang individu
perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan berharmonis
perpaduan masyarakat dan Negara

ETIKA PELAJAR
A. Tanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri
10

B. Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga


C. Tanggungjawab pelajar terhadap rakan
D. Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah
E. Tanggungjawab pelajar terhadap masyarakat
F. Tanggungjawab pelajar terhadap agama
G. Tanggungjawab pelajar terhadap negara
A. Tanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri
1. Menjaga kebersihan diri termasuklah kebersihan fizikal dan mental.
2. Bersopan santun, jujur dan amanah.
3. Menghargai masa dan menepati masa
4. Berjimat cermat
5. Bersifat sederhana dan tidak sombong
6. Sabar dan bertolak ansur
7. Menghormati hak asasi orang lain
8. Berani dan cekal hati
9. Bersikap dedikasi
10.
Bersifat berdikari
11.
Bersifat rajin dan berusaha
B. Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga
1. Menghormati orang-orang tua dan ibu bapa
2. Memupuk hubungan yang baik di antara keluarga
3. Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadikannya
seorang yang bermoral
4. Menjaga nama baik sekolah
C. Tanggungjawab pelajar terhadap rakan
1. Menghormati rakan
2. Tolong menolong antara rakan
D.Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah
1. Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan sekolah
2. Menghormati guru-guru
3. Belajar dengan bersungguh-sungguh
11

4. Menaikkan imej sekolah


5. Memupuk nilai-nilai moral yang tinggi
6. Bekerjasama di antara satu sama lain
7. Menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan di sekolah
E. Tanggungjawab pelajar terhadap Masyarakat
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Tolong menolong dan bekerjasama


Menghormati orang-orang yang lebih tua
Boleh bertolak ansur
Menghormati agama, pantang larang dan adat resam suku bangsa
lain
Bersifat sederhana dan tidak sombong
Rasa kesefahaman dan sabar
Melibatkan diri terhadap kerja-kerja kebajikan
Bersifat kasihan terhadap sesama manusia dan bukan manusia

F. Tanggungjawab pelajar terhadap agama


1. Taat kepada perintah Allah (Tuhan)
2. Mempertahankan kesucian agama
3. Mengamalkan ajaran dalam kehidupan sehari-hari
G.Tanggungjawab pelajar terhadap Negara
1.
2.
3.
4.
5.

Bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan Negara


Mematuhi undang-undang
Mengamalkan konsep Rukunegara
Menjaga kemudahan-kemudahan awam
Menjaga dan menaikkan imej negara

PENGUATKUASA PERATURAN
Guru-guru dan pengawas diberi kuasa untuk menguatkuasakan peraturanperaturan sekolah.
12

KUASA MENGHUKUM
Pengetua, Guru Penolong Kanan, Penyelia Petang, Guru Disiplin dan guruguru yang diberi kuasa oleh pengetua.
PANDUAN PERATURAN SEKOLAH
GARIS PANDUAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
UNTUK MURID-MURID
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1975
Bab 1
1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
Bab 2
2.1
2.1.1
2.1.2

TUJUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURANPERATURAN SEKOLAH


Untuk mewujudkan suasana persekolahan yang harmoni dan
tenteram yang boleh memberangsangkan pengajaran dan
pembelajaran.
Untuk mendisiplinkan pelajar-pelajar dengan membiasakan
diri mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan.
Untuk mewujudkan budaya sekolah yang sihat, harmoni dan
cemerlang
Untuk memupuk semangat cinta akan sekolah dan Negara
serta berusaha meningkatkan imej dan prestasi sekolah
dalam pelbagai aspek.
Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang beretika, bersopan
santun dan sentiasa menghormati diri sendiri, rakan-rakan,
guru-guru dan orang yang lebih tua.
Untuk menjamin keselamatan, keadilan dan keselesaan
kepada semua pihak.
KEHADIRAN
LOCENG SEKOLAH
Loceng pertama akan dibunyikan pada jam 7.15 pagi.
Semua pelajar bersedia menyayikan Lagu Negaraku, Lagu
Sekolah dan Bacaan Doa.
Loceng akhir dibunyikan pada jam 2.20 petang. Semua
pelajar beratur di luar kelas dan bersedia untuk balik keluar.
13

2.2
2.2.2
2.2.3

PERHIMPUNAN (SPI Bil.4184)


Mingguan setiap hari Ahad (7.15 - 8.10 pagi)
Semua pelajar hendaklah berada dalam keadaan senyap dan
membuat catatan maklumat penting dalam buku catatan khas

2.3
2.3.1

WAKTU HADIR
Pelajar hendaklah berada di sekolah sebelum loceng pertama
dibunyikan pada jam 7.15 pagi.
Pelajar yang datang awal dikehendaki ke kantin sekolah
dan tidak dibenarkan masuk ke dalam kelas kecuali pelajar
bertugas dan pengawas sekolah.
Waktu pembelajaran:- Ahad hingga Khamis (7.30 pagi-2.20 petang) .
Kehadiran untuk latihan sukan/permainan dan aktiviti
persatun/kelab adalah diwajibkan. Pelajar-pelajar mesti hadir
tepat pada waktu yang ditetapkan. Mereka yang tidak hadir
mesti menyerahkan surat doktor atau surat keterangan daripada
ibu bapa/penjaga kepada guru sukan/pemainan atau
persatuan/kelab.

2.3.2
2.3.3
2.3.4

2.4
2.4.1

2.4.2
2.4.3
2.4.4
2.5
2.5.1

PONTENG SEKOLAH/KELAS/PERHIMPUNAN
Ponteng sekolah bererti datang ke sekolah dan meninggalkan
sekolah tanpa kebenaran daripada pihak sekolah atau tidak
hadir ke sekolah tanpa surat daripada ibu bapa/penjaga atau
surat doktor
Ponteng kelas bererti datang ke sekolah dan keluar kelas tanpa
kebenaran guru mata pelajaran/ketua tingkatan.
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah
pada waktu persekolahan tanpa kebenaran Pengetua/Penolong
Kanan.
Setiap pelajar wajib hadir di perhimpunan sekolah.
PELAJAR SAKIT ATAU KECEMASAN
Pelajar-pelajar yang sakit dinasihatkan tidak hadir ke sekolah.
Mereka perlu menyerahkan surat doktor atau surat keterangan
daripada ibu bapa/penjaga kepada guru tingkatan pada
keesokan harinya atau apabila hadir ke sekolah semula.
14

2.5.2

2.6
2.6.1
2.6.2

2.6.3
2.6.4

2.6.5
2.6.6

2.6.7

2.6.8

Pelajar-pelajar yang sakit di sekolah dibenarkan balik hanya


dengan kebenaran Pengetua/Penolong Kanan/Penolong Kanan
(HEM)/Guru Bertugas.
Dalam kes-kes kecemasan, ibu bapa/penjaga akan dihubungi.
Jika ibu bapa tidak dapat dihubungi, pelajar berkenaan akan
dibawa ke Hospital Daerah Kota Tinggi (HDKT).
KELUAR DARI KELAS
Pelajar yang hendak keluar dari kelas atas alasan yang
munasabah mesti memakai PAS KELUAR yang disimpan
oleh guru.
Hanya SEORANG pelajar dibenarkan keluar pada satu masa
dengan menggunakan pas keluar. Pas ini mesti dipulangkan
semula kepada guru sebaik sahaja pelajar masuk semula ke
kelas.
Kebenaran keluar dari kelas hanya boleh diberi oleh guru yang
masuk ke kelas itu.
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan pergi ke tandas pada waktu
PERTAMA, waktu SEBELUM/SELEPAS rehat dan waktu
TERAKHIR kecuali mereka yang benar-benar dalam
kecemasan.
Pelajar-pelajar dilarang keluar dari kelas semasa pertukaran
waktu/guru.
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada di mana-mana bilik
kecuali mendapat KEBENARAN BERTULIS daripada guru
yang mengajar. Pelajar yang mempunyai tugas khas dan tidak
berada di dalam kelas semasa waktu pelajaran mesti
mendapatkan surat kebenaran yang ditandatangani oleh guru
yang memberi tugas.
Pelajar-pelajar yang berikut dikecualikan daripada
membawa PAS KELUAR apabila keluar kelas :a) Ketua/Penolong Ketua Pengawas
b) Pengawas Ketua Bahagian
c) Ketua Pengawas Pusat Sumber
Semua urusan keluar dari kelas mesti dicatat di dalam
BORANG KAWALAN BILIK DARJAH PK03 yang
disimpan oleh Ketua/Penolong Ketua Kelas.
15

2.6.9

2.6.10
2.6.11

Pelajar-pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran yang


diajar dalam kelas mesti duduk bersama-sama pelajar lain
di dalam kelas itu. Mereka boleh membuat kerja sendiri dan
senyap.
Pelajar-pelajar dilarang meminjam buku dari pelajar di kelas
lain.
Sewaktu meninggalkan kelas untuk pergi atau balik dari
makmal
sains/bengkel/bilik
seni/perpustakaan/PJK/
Pendidikan Moral/Agama dan lain-lain, semua pelajar
mesti bergerak serentak dalam satu barisan dua orang
dengan pantas dan senyap menghala tempat yang dituju.
Ketua/Penolong Ketua Kelas mesti memastikan suis lampu
dan kipas ditutup sebelum keluar dari bilik darjah/bilik
khas.

Bab 3
3.1
3.1.1

PERWATAKAN
PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
Semua pelajar kecuali pengawas sekolah, diwajibkan
memakai pakaian seragam sekolah yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Pelajaran semasa berada di kawasan
sekolah. Pakaian sekolah mesti dipakai untuk semua
upacara sekolah dan juga aktiviti di luar sekolah kecuali
dengan kebenaran khas daripada pengetua. Apabila pelajar
memakai pakaian seragam mereka tidak boleh
menanggalkan lencana sekolah dan tag nama atau
memakai kasut selain kasut kanvas putih. (Pek ikhtisas
3/1983).

3.1.2

Lelaki (SPI Bil.7/75 dan SPI Bi1.8/85)


a) Pelajar lelaki mestilah memakai kemeja putih
lengan pendek, berkolar dan bertali leher dan seluar
panjang berwarna hijau kehitam-hitaman (dark olive)
b) Seluar mestilah bukan berbentuk jeans dan bell bottom.
Lebar kaki seluar adalah antara 15 cm hingga 18 cm
mengikut kesesuaian. Penambahan pesak dibahagian
bawah kaki seluar adalah tidak dibenarkan. Labuh seluar
tidak melebihi buku lali.
16

c)

Pelajar lelaki mestilah sentiasa memasuki baju mereka ke


dalam. Butang baju hendaklah sentiasa dikancing.

3.1.3

Perempuan (SPI Bil. 3/75 dan SPI Bil.8/85)


a) Baju kurung biasa (tanpa leher cekak musang) berwarna
putih dan kain berwarna biru firuz. Baju kurung
mestilah dikancing/dibutang. Lengan baju kurung tidak
boleh dilipat. Kain sarung hendaklah berada di bawah
buku lali. Pelajar-pelajar yang memakai baju kurung
mesti memakai baju dalam melapisi coli. Baju kurung
dan kain sarung jenis licin/satin tidak dibenarkan.
b) Pelajar-pelajar Islam boleh memakai mini telekung
berbentuk tiga segi dua sama dan tepinya tanpa
biku/renda/berwarna atau berfesyen.

3.2
3.2.1

LENCANA
Hanya lencana kain sahaja yang boleh digunakan. Lencana
mesti dijahit di sebelah kiri baju kurung atau mini telekung.
Lencana sekolah dan tanda
nama mestilah dipakai
sepanjang masa ketika berpakaian sekolah.

3.2.2
3.3
3.3.1
3.3.2
3.3.3
3.4
3.4.1

TAG NAMA
Tag nama mesti sentiasa dipakai semasa berada di sekolah
dan semasa mewakili sekolah dalam aktiviti-aktiviti rasmi di
luar sekolah.
Nama mestilah mengikut nama yang ditulis dalam Kad
Pengenalan. Nama samaran/ timangan tidak dibenarkan.
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menukar warna tag yang
telah ditetapkan bagi tingkatan masing-masing.
PAKAIAN
JASMANI/LATIHAN
SUKAN/DAN
KOKURIKULUM
(SPI Bil.8/83 dan Pindaan SPI. 8/85)
Haya kemejaT sekolah dan seluar panjang/track
bottom biru tua atau hitam yang dibenarkan dipakai pada
waktu Pendidikan Jasmani dan kegiatan kokurikulum dan
pada
waktu
latihan
permainan/rumah
17

3.4.2
3.4.3

sukan/olahraga/pertandingan di luar waktu sekolah


termasuk hari Sabtu dan hari cuti.
Kemeja T-kelab/persatuan/badan beruniform hanya boleh
dipakai
pada masa menjalankan
aktiviti
kelab/persatuan/badan beruniform.
Pakaian semasa menghadiri kelas tambahan hendaklah
berkolar bagi lelaki dan berlengan panjang bagi perempuan
dan mempunyai logo sekolah. Seluar jenis jeans tidak
dibenarkan sama sekali. Pelajar juga hendaklah berkasut.

3.5
3.5.1

BAJU BIASA
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa baju biasa ke
sekolah. Baju luar yang di bawa tanpa kebenaran akan
dirampas.

3.6
3.6.1

KASUT
Kasut kanvas berwarna putih bertapak getah. Permukaan
kasut mesti berwarna putih.
Tali kasut berwarna putih, diikat dengan cara biasa dan tidak
boleh diikat ke belakang.
Kasut jenis boot yang meliputi buku lali tidak dibenarkan.
Kasut fesyen 'kung fu/ ballet' tidak dibenarkan sama sekali
pada hari Sabtu dan masa cuti kecuali dengan kebenaran
pihak sekolah.
Selipar/capal/terompah
tidak
dibenarkan
dipakai
termasuk pada hari Sabtu dan masa cuti kecuali dengan
kebenaran pihak sekolah.
'Sport shoes' hanya dibenarkan semasa menghadiri aktiviti
permainan/kelab pada hari Sabtu. 'Sport shoes' tidak
dibenarkan pada waktu persekolahan.
Kasut tidak boleh diconteng.

3.6.2
3.6.3
3.6.4
3.6.5
3.6.6
3.6.7
3.7
3.7.1
3.7.2

STOKIN
Stokin berwarna putih tanpa fesyen atau berbelang-belang.
Stokin mesti sampai ke atas buku tali. Stokin pendek tidak
dibenarkan.

3.8

RAMBUT (SPI bil. 2/76)


18

3.8.1
3.8.2
3.8.3
3.8.4
3.8.5
3.8.6
3.8.7
3.8.8
3.8.9
3.8.10

3.8.11
3.8.12
3.9
3.9.1

Lelaki :
Rambut hendaklah sentiasa pendek, kemas, bersih dan
disisir rapi.
Rambut bahagian belakang lelaki tidak boleh mencecah
kolar baju dan bahagian hadapan tidak menutup dahi.
Rambut di sebelah tepi tidak menutup kedua-dua telinga atau
sebahagian daripadanya.
Jambang dan 'side burns' tidak boleh melebihi garisan
tengah telinga.
Pelajar-pelajar beragama Sikh boleh berambut panjang jika
mereka memakai serban.
Pelajar-pelajar tidak boleh menyimpan misai atau janggut.
Perempuan :
Rambut panjang yang menyentuh kolar mesti diikat satu
dan kemas dengan riben atau getah yang berwarna hitam
atau putih sahaja.
Rambut pendek mesti disikat kemas dan panjangnya tidak
boleh mencecah bahu.
Rambut bahagian hadapan tidak boleh menutup kening.
Klip dan 'hairband' mesti berwarna hitam dan bersaiz
kecil.
Lelaki Dan Perempuan :
Rambut tidak boleh diwarnakan dan di inaikan.
Potongan rambut tidak boleh mengikut fesyen.

3.9.2

TALI PINGGANG
Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang mesti
berwarna hijau dan kepalanya tidak berhias. Lebar tali
pinggang dan kepala tali pinggang tidak melebihi 3cm. Tali
pinggang juga tidak mempunyai lapisan logam atau
seumpamanya di mana-mana bahagian.
Tali pinggang yang berfesyen tidak dibenarkan.

3.10
3.10.1

KUKU
Semua pelajar mesti berkuku pendek dan bersih.
19

3.10.2

Kuku panjang, kuku bercat dan kuku berinai tidak


dibenarkan.

3.11
3.11.1

CERMIN MATA
Cermin hitam tidak dibenarkan kecuali atas nasihat pakar
mata.

3.12
3.12.1

PERSOLEKAN
Sebarang alat solek tidak dibenarkan. Celak, inai dan gincu
juga dilarang.

3.13
3.13.1
3.13.2

JAM TANGAN
Jam tangan berwarna-warni tidak dibenarkan.
Jam tangan bersaiz besar (melebihi 5 cm) tidak dibenarkan.

3.14
3.14.1

BARANG KEMAS
Memakai barang-barang kemas, kecuali subang tidak
dibenarkan. Barang kemas/perhiasan yang dipakai sama
ada palsu atau tulen akan dirampas. Barang kemas yang
dirampas hanya boleh dituntut oleh ibu bapa/penjaga
sahaja pada masa-masa tertentu.
Pelajar-pelajar yang memakai barang kemas/tali untuk
tujuan keagamaan mesti menunjukkan surat danpada ibu
bapa/penjaga dan dapatkan surat kebenaran daripada
pengetua.

3.14.2

3.15
3 15.1

TOPI/KETAYAP
Segala jenis ketayap/topi adalah dilarang digunakan dalam
sekolah.

3.16
3.16.1

TELEFON BIMBIT
Pelajar dilarang membawa telefon bimbit. Telefon bimbit
yang dirampas hanya boleh dituntut oleh ibu bapa/penjaga
sahaja pada masa-masa yang tertentu.

Bab 4
4.1

KEBERSIHAN, KECERIAAN DAN KEHARMONIAN


BILIK DARJAH
20

4.1.1
4.1.2
4.1.3
4.1.4
4.1.5
4.1.6
4.1.7
4.1.8
4.1.9
4.1.10
4.1.11

4.1.12

4.1.13
4.1.14
4.1.15
4.1.16

Kebersihan dan keceriaan bilik darjah hendaklah dijaga


setiap masa.
Jadual bertugas mesti disediakan untuk tujuan tersebut.
Lantai kelas perlu disapu sekurang-kurangnya sekali setiap
hari sebelum pelajaran waktu pertama.
Cermin tingkap hendaklah sentiasa bersih.
Semua meja dan kerusi hendaklah disusun dengan lurus
pada setiap masa.
Papan putih/hitam hendaklah sentiasa dibersihkan
terutamanya selepas tamat sesuatu mata pelajaran.
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menulis, melukis atau
menconteng di papan putih/hitam dan dinding bilik darjah
serta di atas meja dan kerusi.
Setiap kelas mesti tertulis tarikh dan hari pada penjuru di
sebelah kanan papan putih/hitam.
Pelajar-pelajar dilarang menggunakan pen marker tanpa
kebenaran.
Pemadam papan putih/hitam tidak boleh dibersihkan di
dinding bangunan.
Almari kelas hendaklah sentiasa kemas dan teratur.
Bahagian atas dan bawah tidak boleh diletakkan sebarang
benda yang tidak berguna. Pelajar-pelajar adalah dilarang
meninggalkan buku teks atau buku latihan di dalam almari
kelas.
Papan kenyataan mestilah dihiaskan dengan bahan bacaan
yang berfaedah. Semua maklumat mengenai pelajar dan
kelas mestilah dilekatkan pada papan kenyataan di depan
bilik darjah.
Pelan kedudukan pelajar hendaklah dilekatkan di atas meja
guru.
Pelajar digalakkan menghias kelas supaya mewujudkan
suasana yang akan membantu pengajaran dan pembelajaran.
Bakul sampah hendaklah dikosongkan pada waktu pagi dan
sebelum balik.
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan sampah,
buku atau benda lain di laci meja selepas waktu sekolah.

21

4.1.17
4.1.18
4.1.19
4.1.20

4.2
4.2.1
4.2.2
4.2.3
4.2.4
4.2.5
4.2
4.2.6
4.2.7
4.2.8

Semua kerosakan perabot seperti kerusi, meja, almari, papan


kenyataan, papan hitam/putih, kipas, suis dan lain-lain
hendaklah dilaporkan di pejabat.
Lampu dan kipas hendaklah dipadamkan jika tidak
digunakan dan juga sebelum meninggalkan kelas.
Pelajar-pelajar hendaklah menanamkan rasa cinta dan kasih
terhadap kelas masing-masing.
Pada masa rehat, sesiapa pun tidak dibenarkan berada di
dalam bilik darjah kecuali dengan arahan guru. Mereka yang
bertugas membersihkan kelas mesti keluar setelah tugasan
selesai.
SEKOLAH
Kebersihan dan keceriaan sekolah hendaklah dijaga setiap
masa oleh semua pelajar.
Pelajar-pelajar hendaklah menjaga harta benda sekolah.
Harta benda sekolah tidak boleh dibawa pulang atau
diconteng atau dirosakkan.
Pembuangan sampah di merata-rata tempat tidak
dibenarkan. Sampah sarap haruslah dibuang ke dalam tong
sampah.
Semua pelajar mestilah menjalankan tugas membersihkan
kawasan angkat di dalam kelas masing-masing mengikut
jadual yang disediakan.
Ahli persatuan/kelab hendaklah selalu memaparkan
maklumat di papan kenyataan. Poster-poster dan maklumat
yang ketinggalan masa mestilah diganti dengan yang baru.
KANTIN
Makanan boleh dibeli dari kantin sekolah pada waktu
pagi sebelum loceng pertama, waktu rehat dan waktu
lepas sekolah sahaja.
Pelajar hendaklah beratur ketika membeli makanan.
Pelajar hanya dibenarkan makan / minum di kantin
sekolah. Makanan dan minuman tidak boleh dibawa ke
tempat lain. Selepas makan di kantin, semua pinggan
mangkuk mestilah diletakkan di dalam baldi/besen yang
disediakan. Sisa makanan dan pembungkus / pembalut
mestilah dibuang ke dalam tong sampah.
22

4.2.9

4.2.10
4.2.11
4.2.12
4.2.13
4.2.14
4.2.15

Pelajar hendaklah menggunakan meja dan bangku /


kerusi kantin dengan baik. Makan dan minum dengan
tertib dan bersopan. Letakkan pinggan berisi makanan di
atas meja ketika makan. Pelajar ditegah makan dan
minum sambil berjalan.
Pinggan, piring, sudu, gelas, botol-botol dan alat-alat
kepunyaan kantin tidak boleh dirosakkan atau dibawa
keluar dari kawasan kantin.
Tutup paip air setelah digunakan. Elakkan pembaziran air.
Jangan membuang sisa makanan atau pembungkus
makanan / minuman ke dalam sinki. Gunakan tong
sampah.
Jangan mengotorkan atau mengoyakkan kain / plastik atas
meja di kantin.
Pelajar dilarang masuk ke dalam ruang makan guru, dapur,
kaunter jualan atau berada di bahagian belakang kantin.
Dilarang membuat bising di kawasan kantin,
mengganggu pelajar lain dan meludah. Jangan berkeliaran
di kawasan kantin tanpa sebab.

4.3
4.3.1

PUSAT SUMBER
Pelajar-pelajar yang menggunakan Pusat Sumber
Sekolah mestilah mematuhi segala peraturan yang
ditetapkan oleh pihak Pusat Sumber.

4.4
4.4.1

SURAU
Surau hendaklah digunakan untuk tujuan sembahyang dan
kelas amali solat sahaja.
Semua peralatan di dalam surau hendaklah dijaga dengan
baik.
Dilarang membuat bising, tidur atau bermain di dalam surau.
Pelajar dilarang daripada menggunakan surau sebagai bilik
untuk menyalin pakaian PJK.

4.4.2
4.4.3
4.4.4
4.5
4.5.1

TANDAS
Pelajar-pelajar mestilah bertanggungjawab menjaga
kebersihan tandas. Tandas mestilah dipam setelah
23

4.5.2

4.5.3
4.5.4
4.5.5
4.5.6

4.5.7
4.5.8

Bab 5
5.1

5.2
5.3
5.4

digunakan. Tuala-tuala wanita mestilah dibuang ke dalam


tong sampah yang disediakan.
Pelajar-pelajar mestilah beratur dan senyap semasa
perhimpunan, berpindah ke kelas lain/bilik khas, ke
padang, gelanggang permainan dan menaiki / menuruni
tangga.
Pelajar-pelajar hendaklah berjalan di sebelah kiri semasa
menaiki/menuruni tangga.
Pelajar-pelajar dikehendaki beratur untuk mendapat layanan
di kantin atau di koperasi atau di pejabat.
Pelajar-pelajar mestilah beratur berdua-dua di koridor
sementara menunggu guru sebelum masuk ke kelas pada
waktu pertama dan selepas rehat.
Pelajar-pelajar yang ingin menggunakan telefon
mestilah mendapat kebenaran daripada pihak pejabat.
Kebenaran hanya diberikan kepada mereka yang ada sebab
yang munasabah. Masa untuk setiap bahagian panggilan
dihadkan 3 minit sahaja.
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menggunakan telefon awam
di luar kawasan sekolah pada waktu persekolahan.
Semua kes salah laku atau jenayah mestilah dilaporkan
kepada pihak sekolah dengan segera.

KAWASAN LARANGAN
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik guru,
pejabat sekolah, Surau, pusat sumber, bilik-bilik khas,
bilik pekerja, kantin (bilik penyediaan makanan), dan
bilik makan serta tandas staf sekolah.
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berkumpul di tempat letak
kereta, motorsikal atau basikal.
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada berhampiran
dengan bilik darjah dan bilik-bilik khas di mana pelajaran
atau peperiksaan dijalankan.
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan
belakang surau, Bilik MPV, belakang Dewan, belakang
24

5.5
5.6
5.7
Bab 6
6.1
6.1.1
6.1.2
6.1.3
6.1.4
6.1.5
6.1.6

6.1.7
6.1.8
6.1.9

Blok A, B, C, D, E, F, G, H, I dan J semasa rehat kecuali


mereka yang bertugas.
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada dalam kelas
samasa rehat kecuali mereka yang bertugas.
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meletak motorsikal atau
basikal di kaki lima mana-mana bangunan.
Pelajar-pelajar ditegah menunggang motorsikal / berbasikal
di kaki lima bangunan.
KESELAMATAN
KESELAMATAN DIRI PELAJAR
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengeluarkan dan
menggunakan alat-alat sukan tanpa kebenaran guru.
Sebarang kerosakan alat sukan hendaklah dilaporkan dengan
segera kepada guru berkenaan.
Pelajar tidak dibenarkan menggunakan alat-alat sukan
(terutamanya lembing, cakera dan peluru) tanpa
pengawasan guru atau jurulatih.
Semua pelajar mesti memastikan bahawa cuaca / musim
tidak merbahayakan diri mereka sewaktu melaksanakan
sebarang aktiviti.
Pelajar yang sakit atau mengalami sakit kronik mesti
memberitahu guru untuk dikecualikan daripada mengikut
aktiviti luar kelas.
Semua pelajar mesti balik ke rumah secepat mungkin
selepas tamat pelajaran atau aktiviti sekolah. Mereka tidak
dibenarkan berada di kelas sama ada bersendirian, berdua-dua atau beramai-ramai tanpa kebenaran guru.
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada di tempat yang sunyi
dan terpencil.
Pelajar dilarang tinggal di dalam bilik kelas dengan
tingkap dan pintu tertutup walaupun berada seorang diri
di dalamnya.
Semua pelajar mesti mematuhi arahan guru ketika
menjalankan aktiviti dalam makmal Sains dan bengkel
Kemahiran Hidup untuk mengelakkan kemalangan daripada
berlaku.
25

6.1.10
6.1.11
6.1.12

6.2
6.2.1

6.2.2
6.2.3
6.2.4

6.2.5

6.2.6
6.2.7

6.2.8

Pelajar-pelajar dilarang berlari atau bergurau di koridor luar


bilik darjah terutamanya di tingkat dua atau tiga.
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan duduk di atas tangga atau
dinding penghadang / laluan di koridor tingkat dua dan tiga.
Pelawat/ orang luar yang ingin berjumpa dengan pelajar atau
membawa pelajar balik mesti mendapatkan kebenaran
daripada pengetua terlebih dahulu.
KESELAMATAN HAK MILIK SENDIRI/SEKOLAH
Setiap pelajar adalah
bertanggungjawab
menjaga
keselamatan hak milik sendiri.
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
Semua buku teks pinjaman mesti dijaga dengan baik dan
dibawa balik setiap hari.
Nama peminjam, tingkatan dan tahun buku dipinjam mestilah
ditulis di ruangan yang disediakan.
Buku teks mesti dibalut dengan pembalut kertas atau
pembalut plastik. Buku yang dirosakkan, diconteng atau
hilang hendaklah diganti mengikut nilai buku oleh pelajar
berkenaan.
Pelajar yang tidak menggantikan atau tidak membayar
harga buku yang dirosakkan atau dihilangkan tidak akan
diberikan pinjaman buku teks pada tahun berikutnya.
Keputusan peperiksaan atau sijil berhenti sekolah akan
turut ditahan.
Sekiranya pelajar menjumpai buku SPBT, sila serahkan
segera kepada Guru SPBT atau mana-mana guru untuk
tindakan.
Dilarang meminjamkan atau menjual buku SPBT
kepada sesiapa juga. Pelajar juga dilarang meninggalkan
buku teks di dalam laci / meja sekolah. Jika berbuat
demikian buku teks akan dirampas.
Semua buku teks pinjaman mesti dipulangkan apabila
berhenti sekolah, berpindah sekolah atau pada akhir tahun.
Bahan / Peralatan / Kemudahan Lain
26

6.2.9

6.2.10

6.2.11
6.2.12
6.2.13
6.2.14
6.2.15
6.2.16

6.2.17
6.2.18

6.3
6.3.1
6.3.2

Pelajar-pelajar tidak dibenarkan manbawa radio,


Walkman, game watch', pita kaset/ pita video / cakera
padat. alat-alat muzik, kamera dan barang-barang yang
berharga ke sekolah tanpa kebenaran pengetua.
Semua peralatan atau kemudahan sekolah hendaklah
dijaga dengan baik dan digunakan dengan cara yang
selamat dan betul. Harta sekolah tidak boleh dibawa
pulang diconteng atau dirosakkan.
Perabot dan peralatan sekolah tidak boleh diubah atau
dibawa ke mana-mana tanpa kebenaran.
Pelajar yang memecahkan cermin tingkap sekolah mestilah
menggantikannya mengikut nilai harga semasa.
Basikal, motorsikal dan topi keledar mestilah dikunci dan
diletakkan di tempat yang dikhaskan.
Semua buku termasuk buku komik dan majalah yang
dianggap tidak sesuai untuk pelajar akan dirampas
sekiranya dibawa ke sekolah.
Semua alat-alat solek, gelang, anting-anting dan barang
kemas tidak dibenarkan dibawa ke sekolah dan akan
dirampas.
Pelajar-pelajar dinasihatkan jangan membawa wang yang
berlebihan ke sekolah. Mereka juga dinasihatkan jangan
meninggalkan wang di dalam beg sekolah. Bawa wang
bersama-sama atau menyerahkan wang kepada guru untuk
disimpan.
Semua kecurian atau kehilangan wang hendaklah dilaporkan
kepada guru bertugas dengan segera.
Pemeriksaan mengejut (spot check) akan dijalankan dari
semasa ke semasa untuk mencegah pelajar-pelajar
daripada membawa barang-barang larangan.
KESELAMATAN JALAN RAYA
Pengguna motorsikal atau kenderaan berenjin yang lain
mestilah mematuhi undang-undang Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) dan lalulintas.
Pelajar-pelajar yang menunggang basikal / motorsikal ke
sekolah hendaklah berhenti dan turun di pintu pagar,
menyorong basikal / motorsikal ke tempat yang dikhaskan.
27

6.3.3
6.3.4
6.3.5
6.3.6
6.3.7
6.3.8
6.3.9

6.3.10
6.3.11
6.3.12
Bab 7
7.1

7.2
7.3
7.4
7.5

Sewaktu balik, pelajar-pelajar juga dikehendaki menyorong


basikal / motorsikal ke pintu pagar sebelum menaikinya.
Pelajar-pelajar mesti mendapatkan kebenaran membawa
motorsikal ke sekolah.
Topi keledar mesti sentiasa dipakai semasa menunggang
motorsikal.
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menunggang basikal /
motorsikal di kawasan sekolah (termasuk padang sekolah)
Jangan bersaing ketika menunggang basikal / motorsikal dan
sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas.
Jangan menunggang motorsikal tanpa lesen memandu, cukai
jalan raya dan insurans yang sah.
Pastikan bahawa keadaan basikal / motorsikal adalah
selamat dan baik untuk digunakan.
Basikal hendaklah lengkap dengan brek, loceng, lampu
pembias cahaya (reflector) belakang, tayar berbunga. Pihak
sekolah tidak bertanggungjawab atas kehilangan basikal
/motorsikal atau sebarang aksesorinya.
Jangan berebut-rebut ketika menaiki atau menuruni bas /
van. Beratur semasa menaiki atau menuruni bas / van.
Jangan berdiri di atas tangga bas dan turun melalui pintu
kecemasan kecuali pada waktu kecemasan.
Pastikan anda melintas jalan raya dengan cermat.
BUDI PEKERTI DAN TINGKAH LAKU
Setiap pelajar mestilah mematuhi undang-undang sekolah
pada setip masa. Bekerjasama dengan pihak sekolah dan
pengawas melaporkan kepada pihak sekolah sebarang kes
salah laku dan pelanggaran undang-undang sekolah.
Pelajar-pelajar hendaklah melaporkan dengan segera sesuatu
kemalangan yang berlaku ke atas diri dan rakan-rakan di
kawasan sekolah kepada guru / pentadbir.
Pelajar-pelajar mesti menunjukkan sikap yang baik dan
wajar sebagai seorang pelajar.
Pelajar-pelajar mesti bersopan santun dan bertata-tertib
dalam percakapan dan kelakuan mereka.
Pelajar-pelajar mesti menghormati ibu / bapa / penjaga,
guru-guru, kakitangan sekolah, pengawas dan pelajar-pelajar
28

7.6
7.7

7.8
7.9

7.10

7.11

7.12
7.13
7.14
7.15

yang lain. Tingkah laku yang bersopan mesti ditunjukkan


sepanjang masa.
Pelajar hendaklah menunjukkan sikap hormat semasa
berurusan dengan kakitangan pejabat. Dilarang membuat
bising dan berlegar-legar di dalam atau di luar pejabat.
Pelajar-pelajar hendaklah menghormati pelawat dan ibu
bapa yang datang ke sekolah dan memberi bantuan
rnenunjuk arah mereka ke pejabat sekolah sebelum
membuat sebarang urusan.
Pelajar-pelajar mesti menanam sikap sayang akan sekolah dan
menjaga kebersihan serta keceriaan sekolah.
Pelajar-pelajar mesti menunjukkan semangat sayang akan
agama, bangsa, keluarga, sekolah dan negara seta menjaga
nama baik sekolah dan menaikkan imej sekolah dan negara.
Mereka mesti menghormati lambang-lambang negara, lagu
'Negaraku' , lagu 'Negeri Johor', lagu sekolah dan
mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara serta mematuhi
undang-undang negara.
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menggunakan alamat sekolah
bagi urusan surat-menyurat peribadi. Pihak sekolah berhak
membuka dan meneliti kandungan surat yang dialamatkan ke
sekolah. Mana-mana surat boleh ditahan sekiranya didapati isi
kandungannya berunsur negatif atau keterlaluan dan pelajar
terbabit boleh disoal-siasat.
Pelajar-pelajar mesti menanam sikap bertolak ansur dan
bercampur gaul dengan baik. Pergaduhan sesama sendiri di
dalam atau di luar sekolah adalah satu kesalahan yang boleh
diambil tindakan keras.
Pelajar-pelajar digalakkan melibatkan diri dalam kerja
kebajikan.
Pelajar-pelajar mesti sentiasa bersedia dan tidak bising
dalam kelas.
Kerja rumah yang diberikan mestilah diselesaikan pada
waktu yang ditetapkan oleh guru. Pelajar-pelajar yang ingkar
tanpa sebab yang munasabah akan disiasat dan didenda.
Dalam
perhinpunan
mingguan,
pelajar-pelajar
dikehendaki berbaris lurus mengikut kelas masing29

7.16

BAB 8
8.1

8.2

8.3
8.4

8.5
8.5.1
8.5.2
8.5.3
8.5.4
8.5.5
8.5.6

masing. Mereka mesti senyap dan menumpukan sepenuh


perhatian kepada ucapan yang disampaikan.
Segala aduan ketidakpuasan hati terhadap sekolah mesti
dibuat kepada pihak sekolah terlebih dahulu. Pelajarpelajar tidak dibenarkan menulis atau membuat sebarang
kenyataan kepada pihak akhbar, radio, televisyen,
jabatan atau kementerian.
KETUA MURID DAN PENGAWAS
Perlantikan dan pemilihan pengawas-pengawas akan dibuat
oleh Pengetua
dengan kerjasama guru-guru.Badan
Pengawas mestilah mengandungi seorang guru Penasihat,
Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Pengawas-pengawas
Tingkatan Atas.
Seorang pengawas biasanya akan memegang jawatannya
berterusan tetapi Pengetua dan guru-guru boleh
menyingkirkan seseorang itu dari Badan Pengawas sekiranya
perlu.
Pengetua ada kuasa membuat pindaan dalam perlembagaan
itu.
Sifat-sifat kelayakan
untuk dilantik sebagai seorang
pengawas, seorang pelajar hendaklah mempunyai perangai
dan kelakuan yang elok di samping prestasi akademik yang
baik dan mengambil bahagian yang cergas dalam kegiatan
sekolah.
Lain-lain kelayakan :
Bertanggungjawab dengan sepenuhnya
Berwibawa dan bekerjasama
Rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan
Jujur dan berakal
Menepati masa
Tugas-tugas pengawas:
(a) Mereka hendaklah menolong Jawatankuasa tatatertib
sekolah untuk mengekalkan suasana yang baik semasa
perhimpunan semasa belajar, semasa rehat dan setiap masa
dan menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi.
30

(b) Mereka hendaklah mengawasi semua harta benda


sekolah terutama sekali di perpustakaan, makmal sains, bilik
Pendidikan Jasmani, bilik alat pandang dengar dan bilik
Ekonomi Rumahtangga supaya tidak dirosakkan. Mereka
mesti juga menolong pihak sekolah menjaga kebersihan
kelas dan sekolah.
(c) Pengawas-pengawas mestilah menjalankan tugas-tugas
mereka semasa perhimpunan sekolah, masa bersurai sekolah
dan upacara sekolah. Ketua pengawas akan menyediakan
giliran tugas Pengawas. Pengawas-pengawas yang berulang
kali kurang bertanggungjawab akan diberi amaran.
(d) Semasa menjalankan tugas, pengawas-pengawas patut
bersikap tegas tetapi bersopan santun dengan pelajar-pelajar.
Mereka tidak boleh berkelakuan kasar. Mereka hendaklah
menjaga keharmonian pelajar. Sekiranya ada pelajar
melanggar peraturan, dia hendaklah diberi dua amaran. Pada
amaran ketiga, pelajar itu mesti dilaporkan kepada guru
Lembaga Disiplin.

BAB 9

WAKTU SEMBAHYANG

Waktu sembahyang zohor secara berjemaah adalah pada jam 1.45 petang
iaitu sebelum pulang kecuali hari Rabu iaitu 2.20 petang sebelum aktiviti kokurikulum.
BAB 10

WAKTU REHAT

Waktu rehat bagi pelajar tingkatan 1,2, dan 3 ialah pada jam 10.10 pagi
sehingga 10.30 pagi, manakala bagi pelajar 4, dan 5 ialah pada jam 10.50
pagi sehingga 11.10 pagi.
BAB 11
11.1

LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN


Apabila loceng isyarat dibunyikan, pelajar-pelajar mesti
berbaris di luar kelas dan turun melalui tangga yang
ditetapkan (tangga yang paling dekat).
31

11.2
11.3

11.4
11.5
11.6

Pelajar-pelajar mestilah bergerak secara senyap, tidak


terburu-buru atau berlari dan tanpa cuba berlumba-lumba
antara satu sama lain.
Di tempat berkumpul itu, guru-guru tingkatan hendaklah
berada bersama barisan pelajar-pelajarnya. Dengan
menggunakan daftar kedatangan pastikan setiap pelajar di
dalam kelasnya berada di situ.
Guru tingkatan hendaklah melaporkan dengan serta-merta
kepada Pengetua jika ada sesiapa yang diketahui tidak ada di
situ dan hendaklah mencari pelajar itu dengan segera.
Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu
semula untuk mengambil barang-barang seperti buku, baju
dan lain-lain.
Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah
semasa loceng isyarat berbunyi hendaklah mereka pergi
terus ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan. Mereka
dikehendaki melaporkan diri kepada guru tingkatan dan
berada bersama-sama rakan-rakan setingkatannya.

BAB 12 BAYARAN TAMBAHAN


Bayaran tambahan adalah berdasarkan oleh pakej yang dipilih oleh sekolah.
KATEGORI KESALAHAN DAN PENYELARASAN HUKUMAN
Bab 13
13.1

13.1.1

KATEGORI KESALAHAN
KESALAHAN YANG BERAT
Perkara-perkara berikut adalah salah laku berat yang boleh
dikenakan hukuman rotan dipunggung dengan dilapik
pakaian dengan menggunakan rotan ringan (maksima 3
kali sebatan) dan boleh membawa kepada hukuman
pembuangan atau penggantungan sementara pada pelajar
terbabitMelakukan mana-mana kesalahan sederhana melebihi tiga
kali.
32

13.1.2
13.1.3
13.1.4
13.1.5
13.1.6
13.1.7
13.1.8
13.1.9
13.1.10
13.1.11
13.1.12
13.1.13
13.1.14
13.1.15
13.1.16
13.1.17
13.1.18
13.1.19
13.1.20
13.1.21
13.1.22
13.1.23
13.1.24

Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau


mengedar bahan tembakau.
Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar, bahan
tembakau.
Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar
minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan /
mengkhayalkan.
Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan.
Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau
mencederakan guru / pengawas / murid.
Biadab terhadap guru / pengawas / murid.
Bersikap bongkak.
Memeras ugut guru / pengawas / murid.
Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.
Melakukan buli (pelancoan), penderaan atau paksaan
terhadap murid lain.
Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh
kawasan larangan.
Melakukan perjudian atau membabitkan diri di dalam
pertaruhan.
Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan
rencana, majalah atau pita rakaman dan multimedia
terlarang.
Membabitkan diri dalam kumpulan / pertubuhan haram.
Mencabul kehormatan guru / murid.
Melakukan zina, liwat hubungan luar tabii.
Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.
Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak
bermoral.
Mengintai murid / guru lelaki / perempuan.
Menulis atau mengeluarkan kenyataaan akhbar yang
mencemarkan.
Merosakkan atau membinasakan harta benda guru, pelajar
atau sekolah.
Membawa atau menggunakan bahan letupan.
Menulis perkataan / melukis gambar lucah atau melakukan
perbuatan lucah.
33

13.1.25
13.1.26
13.1.27
13.1.28
13.1.29
13.1.30
13.1.31
13.1.32
13.1.33
13.1.34
13.1.35
13.1.36
13.1.37
13.1.38
13.1.39
13.1.40
13.1.41
13.2

Mengedar, memiliki, membawa, melukis atau mempamerkan


bahan lucah.
Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan
haram atau merusuh.
Menyalahgunakan alat permainan elektronik atau bahan-bahan multimedia.
Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan
kecederaan atau menganggu pengajaran dan pembelajaran,
peperiksaan atau ujian.
Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan
yang bertentangan dengan masyarakat Malaysia.
Menganjur atau membabitkan diri dalam acara
kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, Jabatan
Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut)
selama
30 hari atau berkala (tidak berturut-turut)
selama 60 hari / selama satu (1) tahun sesi persekolahan.
Mengganggu / menjejaskan kuasa Pengetua atau guru yang
menjalankan tugas.
Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa
kebenaran.
Melakukan hubungan yang dicurigai.
Mengambil bahagian dalam aktiviti pilihan raya atau politik.
Berkhalwat.
Menimbulkan perkara sensitif yang melibatkan agama atau
kaum lain dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan
perpecahan kaum.
Melawan pihak-pihak berkuasa atau membantah hukuman
guru.
Melanggar
peraturan-peraturan
tatatertib
atau
menangkisnya yang menurut budi bicara pengetua sebagai
pelanggaran yang berat.
Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam
kategori ini.
KESALAHAN SEDERHANA
34

13.2.1
13.2.2
13.2.3
13.2.4
13.2.5
13.2.6
13.2.7
13.2.8
13.2.9
13.2.10
13.3
13.3.1
13.3.2
13.3.3
13.3.4
13.3.5
13.3.6
13.3.7
13.3.8
13.3.9
13.3.10
13.3.11
13.3.12
13.3.13

Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga (3)


kali.
Menyalahgunakan / menggunakan peralatan / sumber
bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran.
Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian /
peperiksaan.
Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
Tidak menghormati lagu-lagu / bendera sekolah, negeri dan
kebangsaan.
Fesyen rambut keterlaluan seperti punk / skin head atau
berwarna.
Menconteng pada harta benda sekolah.
Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik
telinga dan memakai subang lebih daripada satu pada satu
cuping telinga
Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
KESALAHAN RINGAN
Menyimpan misai, janggut atau jambang.
Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu.
Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang
dilarang.
Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan
bilik darjah dan sekolah tanpa kebenaran.
Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.
Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu
rehat) tanpa kebenaran.
Menyimpan atau menggunakan alat permainan atau alat
elektronik kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.
Memasuki tanpa kebenaran atau tidak mematuhi peraturan
makmal / bengkel / bilik khas.
Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek
kecuali jam tangan.
Memasuki bilik khas tanpa kebenaran.
Makan atau minum di bilik darjah.
Melakukan pembaziran air atau elektrik.
Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap.
35

13.3.14
13.3.15
13.3.16
13.3.17
13.3.18
13.3.19
13.3.20
13.4
331
332
333
334
335

Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak


membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi
perhatian dan lain- lain).
Lewat sekolah dan bergerak ke perhimpunan / bengkel /
makmal.
Membuat bising dalam bilik darjah sehingga menganggu
kelas lain.
Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan
sekolah
Berjalan-jalan tanpa kebenaran.
Tidak membuat gerak-kerja yang ditugaskan.
Menganggu guru.
KEKEMASAN DIRI
Berambut panjang / fesyen rambut keterlaluan dan
bertentangan dengan peraturan sekolah.
Berkuku panjang.
Bermisai dan berjanggut.
Memakai pakaian tidak mengikut peraturan sekolah.
Memakai barang-barang perhiasan yang dilarang ke
sekolah.

13.5

TINGKAHLAKU TIDAK MEMENTINGKAN MASA


441 Berkeliaran di kawasan sekolah.
442 Datang lewat ke sekolah.
443 Lewat ke perhimpunan.
444 Makan di kantin di luar masa rehat.

13.5

TINGKAHLAKU KURANG SOPAN DAN BIADAB


551 Berkelakuan kasar terhadap guru.
552 Berkelakuan kasar terhadap pengawas.
553 Berkelakuan kasar terhadap murid.
554 Berbahasa kesat.
555 Menyimpan rokok.
556 Menghisap rokok.
557 Mengganggu pengajaran dan pembelajaran.
558 Tidak menghormati guru.
559 Tidak menghormati pengawas.
36

13.7

TINGKAHLAKU MUSNAH
661 Merosakkan harta benda sekolah.
662 Merosakkan harta benda pengetua / guru besar dan
guru-guru.
663 Merosakkan harta benda kantin sekolah
664 Merosakkan harta benda murid

13.8

TINGKAHLAKU TIDAK JUJUR / MENIPU


711 Menipu yang melibatkan wang.
722 Menipu yang melibatkan kepercayaan.

13.9

PONTENG
811 Ponteng kelas.
822 Ponteng sekolah.
883 Ponteng perhimpunan.
884 Ponteng kegiatan luar bilik darjah/ko-kurikulum.
885 Ponteng ujian.
886 Ponteng peperiksaan.
887 Ponteng untuk 'private study'.

TINDAKAN-TINDAKAN
01 Nasihat / Kaunseling.
02 Amaran.
03 Rotan satu kali.
04 Rotan dua kali.
05 Rotan tiga kali.
06 Rotan melebihi tiga kali.
07 Digantung persekolahan.
08 Ditukarkan ke sekolah lain.
09 Dibuang sekolah.
10 Laporkan kepada polis
Jika tindakan yang dikenakan di sekolah tuan / puan tidak dinyatakan
dalam senarai di atas, sila berikan kod baru dan keterangan kod berkenaan.
Perihal tindakan sekolah bagi pelbagai kesalahan / kelakuan boleh dirujuk
dalam bahagian Lampiran.
Kes 882: PONTENG SEKOLAH
37

KP (BS) 8548/12/(17)
Tidak Hadir Ke Sekolah
- Tiga (3) hari berturut-turut tanpa sebab atau sepuluh hari (10) hari
secara terkumpul - AMARAN PERTAMA- Sepuluh (10) hari berturut-turut tanpa sebab atau dua puluh (20) hari
secara terkumpul-AMARAN KEDUA.
- Tujuh belas (17) hari berturut-turut tanpa sebab atau empat puluh (40)
hari secara terkumpul - AMARAN KETIGA.
- Tiga puluh (30) hari berturut-turut tanpa sebab atau enam puluh hari
(60) secara terkumpul - DIBUANG SEKOLAH.
- Kelakuan dalam Sijil Berhenti Sekolah dicatat Tidak Memuaskan /
Sederhana.

LAMPIRAN
HUKUMAN
KERANA
MELAKUKAN
MELIBATKAN DIRI DALAM SALAH LAKU

ATAU

- KESALAHAN MELAKUKAN KEROSAKAN, KEKACAUAN DAN


KENAKALAN
Jika disabitkan kesalahan, anda boleh dihukum tiga (3) bulan
penjara, atau denda, atau kedua-duanya sekali.
(Seksyen 425 & 426 Kanun Keseksaan)
- KESALAHAN MELAKUKAN KELUCAHAN
Melakukan perbuatan lucah atau menyanyi lagu lucah di tempat awam.
Jika disabitkan kesalahan, anda boleh dihukum tiga (3) bulan penjara, atau
denda, atau kedua-duanya sekali.
(Seksyen 294 Kanun Keseksaan)
- KESALAHAN MENYINGGUNG SENTIMEN
Mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung sentimen keagamaan
seseorang.
Jika disabitkan kesalahan, anda boleh dihukum penjara sehingga satu (1)
tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.
(Seksyen 298 Kanun Keseksaan)
38

- KESALAHAN MENYEBABKAN KECEDERAAN


Menyebabkan kecederaan badan ke atas seseorang (Bergantung kepada
keseluruhan kecederaan)
Jika disabitkan kesalahan, anda boleh dihukum:
(i) Penjara sehingga satu (1) tahun, atau denda sehingga RM 2,000.00
atau kedua-duanya
sekali. (Seksyen 323 Kanun Keseksaan).
(ii) Penjara sehingga tiga(3) tahun, atau sebatan atau mana-mana
dua dari hukuman tersebut. (Seksyen 324 Kanun Keseksaan).
(iii) Penjara sehingga tujuh (7) tahun dan derita. (Seksyen 325 Kanun
Keseksaan).
(iv) Penjara sehingga sepuluh (10) tahun dan denda, atau sebatan.
(Seksyen 326 Kanun Keseksaan).
(v) Penjara sehingga dua puluh (20) tahun dan denda, atau
sebatan.
(Seksyen 327 Kanun Keseksaan).
- KESALAHAN MENCURI
Melakukan kesalahan mencuri
Jika disabitkan kesalahan, anda boleh dihukum penjara sehingga tujuh (7)
tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali. Dan bagi kesalahan
berikutnya, pesalah boleh dihukum penjara wajib (mandatori),
denda dan sebatan sebagai hukuman tambahan.
(Seksyen 378 & 379 Kanun Keseksaan).
- KESALAHAN PERAS UGUT
Melakukan kesalahan peras ugut
Jika disabitkan kesalahan, anda boleh dihukum penjara sehingga tiga (3)
tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali. (Seksyen 383 & 384
Kanun Keseksaan).
- KESALAHAN MENJADI AHLI KONGSI GELAP (TRIAD SOCIETY)
Melakukan kesalahan menjadi ahli kongsi gelap
Jika disabitkan kesalahan, anda boleh dikenakan tindakan,
diletakkan di bawah pengawasan polis sehingga tempoh lima (5)
tahun. (Seksyen 15, Akta Mencegah Jenayah 1959)
Bagi semua kesalahan disebutkan itu, anda juga boleh dikenakan
tindakan di bawah AKTA MAHKAMAH JUVANA 1947, yang
39

membolehkan mahkamah membuat perintah tahanan dan anda boleh


10. Garis Panduan
Bayaran 12, Akta
dimasukkan ke sekolah Pemulihan
Akhlak.Pakej
(Seksyen
Tambahan :
Mahkamah Juvana)
- SPI Bil. 13/2007

11. Larangan Membawa Telefon Bimbit :


- SPI Bil. 1/2006
12. Potongan Rambut Murid :
- SPI Bil. 2/1976
13. Hukuman ke Atas Murid Menghisap
Rokok :
- SPI Bil. 4/1997
14. Peraturan Tatatertib :
- SPI Bil. 8/1968
Rujukan Surat Pekeliling Ikhtisas
- SPI Bil. 6/1968
- SPI Bil. 11/1972
1. Pakaian Seragam :
- SPI Bil. 9/1975
- SPI Bil. 12/1978
- SPI Bil. 14/1976
15. Penyalahgunaan Dadah :
- SPI Bil. 3/1983
- SPI Bil. 7/1975
- SPI Bil. 8/1985
- SPI Bil. 3/1992
16. Kempen Anti Merokok :
- SPI Bil. 6/1993
- SPI Bil. 1/1983
- SPI Bil. 2/1993
- SPI Bil. 9/1975
17. Mengenakan Hukuman Biasa :
- SPI Bil. 8/1983
2. Kesihatan Murid :
- SPI Bil. 2/1982
18. Perhimpunan Sekolah :
- SPI Bil. 6/1998
- SPI Bil. 4/1984
3. Perhimpunan Sekolah :
19. Langkah-langkah Keberkesanan
- SPI Bil. 4/1984
Disiplin Sekolah :
- SPI Bil. 7/1986
4. Keselamatan :
- SPI Bil. 8/1988
- SPI Bil. 8/1999
- SPI Bil. 7/2000
5. Kesihatan :
- SPI Bil. 4/1989
- SPI Bil. 1/1996
40

6. Ponteng :
- SPI Bil. 6/1995
7. Sekolah Selamat :
- SPI Bil. 4/2002
8. Kuasa Merotan :
- SPI Bil. 7/2003
9. Disiplin/Peraturan Sekolah :
- SPI Bil. 9/1975

MESEJ PERUNDANGAN
- Vandalisme dan Gengsterisme adalah salah laku yang merosakkan diri dan
masa depan anda dan negara.
- Adalah tidak berbaloi melakukan kejahatan dan jenayah.
(Crime Does Not Pay Pepatah Inggeris)
KATA-KATA KEHAKIMAN
Saya mesti akui bahawa saya mengalami sedikit kesukaran dalam
menentukan hukuman yang patut dikenakan ke atas tertuduh ketiga.
Tertuduh ketiga berumur 18 tahun semasa melakukan kesalahan.
Dengan itu, beliau secara khususnya, adalah seorang juvana mengikut
takrifan Akta Juvana.
Walau bagaimanapun, Akta Mahkamah Juvana sendiri,
memperuntukkan bahawa seseorang juvana boleh dibicarakan di
Mahkamah Tinggi, kerana sesuatu kesalahan, sama ada secara individu,
atau bersama-sama orang lain, dan boleh dihukum dengan hukuman
pemenjaraan jika didapati bersalah
oleh Yang Arif.
Hakim Sinnadurai dalam kes pendakwaan lawan Nizaruddin bin Ahmad
dan dua yang lain (1993) lihat S.S 3 dan 402. CLJ 543 di halaman 549 F.

41

AKUAN PELAJAR
Tarikh ..
Saya ...
dari tingkatan
.... Sebagai seorang pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Air Tawar, Kota Tinggi, Johor dengan ini mengaku telah
membaca, memahami dan menyetujui isi kandungan BUKU
PERATURAN DISIPLIN DAN TINDAKAN SEKOLAH selama saya
belajar di sekolah ini. Saya sanggup menerima sebarang hukuman yang
berkaitan jika saya melanggar mana-mana peraturan yang ada.
Persetujuan ini dibuat atas kerelaan saya sendiri tanpa desakan atau
paksaan mana-mana pihak.
....
(
)

No. Kad Pengenalan: ..

PENGAKUAN IBU BAPA / PENJAGA


Bahawasanya saya ibu bapa / penjaga
murid yang bernama ..............................................
yang belajar di SMK ............................ telah membaca
dan memahami segala peraturan sekolah ini. Saya sedia bekerjasama dengan
42

pihak sekolah untuk menentukan supaya anak jagaan saya mematuhi


peraturan-peraturan tersebut.
...............................................
(
)

No. Kad Pengenalan: ..

.
TANDA TANGAN PENGETUA

43

44

45

46

47

48

49

Anda mungkin juga menyukai