Anda di halaman 1dari 16

KERTAS KERJA

PENUBUHAN

MADRASAH TAHFIZ
AR-RAUDHAH
TENOM SABAH
Ar-Raudhah
1. PENGENALAN

Madrasah Tahfiz Ar-Raudhah ini dibina berasaskan kepada kewajipan menuntut ilmu,
dimana ilmu adalah penting agar setiap ibadah yang dilakukan memenuhi matlamat yang
sempurna. Dengan mengambil kira dasar keperluan dan kehendak masyarakat Islam di sekitar
daerah Tenom serta kesedaran terhadap pentingnya golongan Hafiz Al-Quran.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan


Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan
ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik
kepada orang ramai."

Madrasah Tahfiz Ar-Raudhah juga bertujuan untuk berkhidmat kepada agama dan bangsa.
Sumbangan dalam bentuk khidmat masyarakat juga dititikberatkan bagi menanam sifat
bersederhana dan saling tolong menolong. Tidak bertujuan untuk menjaga kepentingan mana-
mana individu atau organisasi. Bukan bertujuan untuk berniaga yang mengaut keuntungan
semata-mata. Kerana hasil keuntungan dari perniagaan akan digunakan untuk menampung
perbelanjaan dan pengurusan madrasah ini sendiri. Ia mampu dimasuki oleh segenap lapisan
rakyat sama ada yang kaya atau pun yang miskin.

1.1 Visi
Melahirkan generasi yang bertaqwa dan memuliakan Al-Quran

1.2 Misi
Mendidik dan melatih pelajar dalam bidang Tahfiz Al-Quran

2. MAKLUMAT MADRASAH
Nama Premis : MADRASAH TAHFIZ AR-RAUDHAH
Alamat Fizikal : TAMAN SRI MANTAILANG
Alamat Surat : PETI SURAT 401,
89908 TENOM, SABAH.

2
Ar-Raudhah
Nombor Telefon : 011 - 1332 1233 (Mudir)
019 - 880 9806 (Pengerusi)
Jenis Bangunan : Ubahsuai kekal dari sebuah rumah 2 tingkat
BIlangan Bilik
- Bilik Kuliah : 1 Buah (Tingkat Bawah)
- Bilik Tidur : 3 Buah (Tingkat Atas)
- Bilik Mudir : 1 Buah (Tingkat Atas)
- Bilik Mandi : 2 Buah (Tingkat Atas & Bawah)
- Pejabat : 1 Buah (Tingkat Bawah)
- Ruang Tamu : 2 Buah (Tingkat Bawah)
- Dapur : 1 Buah (Tingkat Bawah)

3. LOGO

4. PENGERTIAN LOGO

Madrasah : Tempat belajar terutamanya tentang hal-hal agama Islam; sekolah


Tahfiz : Menghafal Al-Quran
Ar-Raudhah : Taman
Tenom : Merujuk kepada lokasi madrasah ini ditubuhkan
Ar-Raudhah dalam tulisan jawi : Melambangkan taman (tempat) ilmu dan amal
Bentuk menara masjid : Melambangkan madrasah sebagai tempat untuk menyebarkan syiar Islam
Warna Hijau : Ketenangan, Perpaduan
Warna Hitam : Ketabahan, Kekuatan

3
Ar-Raudhah
5. SOKONGAN DAN PENGIKTIRAFAN

Sebagai salah satu institusi pendidikan swasta yang menawarkan perkhidmatan pendidikan
dan penghafalan Al-Quran, Madrasah Tahfiz Ar-Raudhah terus berusaha untuk mendapatkan
sokongan dan pengiktirafan daripada pihak-pihak seperti:

Penaung : Mufti Kerajaan Negeri Sabah


Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)
Penasihat : Tn. Hj. Imam Zainal Amat (Imam Daerah Tenom)
Tn. Kassim Hj. Yunus (Penolong Pegawai Daerah Tenom)
Mendapat sokongan : Ahli Parlimen P181 Tenom
Ahli Dewan Undangan Negeri
Baitulmal Negeri Sabah
Pusat Zakat Sabah
Pejabat Bomba dan Penyelamat Daerah
Kementerian Kesihatan Daerah

6. MATLAMAT PENUBUHAN

Madrasah Tahfiz Ar-Raudhah ini diwujudkan atas kesedaran bahawa kurangnya golongan
para hafiz di negeri ini, di samping berperanan menyampaikan ilmu-ilmu agama dan dakwah
Islamiah kepada masyarakat melalui pengajian yang ditawarkan. Kewujudan Madrasah Tahfiz Ar-
Raudhah ini bertepatan dengan masanya kerana terdapat hanya beberapa buah Madrasah tahfiz
sahaja di seluruh negara dengan bilangan yang terhad.


Matlamat penubuhan adalah seperti berikut:-
Membentuk insan yang mencintai kalam Ilahi, menghafaz, memahami dan mengamalkannya
serta menyebarkannya kepada orang lain.
Mengamalkan sunnah Nabi dan beramal dengannya.
Mewujudkan sebuah keluarga muslim yang sebenar, di mana anak–anak kasih dan hormatkan
kedua ibu bapa.
Memastikan generasi muda hidup dengan berilmu, beriman, beramal, berpenghayatan dan
berjiwa berakhlak mulia.
Melahirkan para Hufaz (Hafiz dan Hafizah) dan Ulama’ yang bertaqwa, berketerampilan, diiktiraf
selaras dengan keperluan ummah dan negara.

4
Ar-Raudhah
7. LEMBAGA TERTINGI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MADRASAH
TAHFIZ AR-RAUDHAH TENOM

CARTA ORGANISASI INDUK MADRASAH TAHFIZ AR-RAUDHAH


TENOM SABAH

PENAUNG

PENASIHAT 1 JHEAINS PENASIHAT 2


YB DATUK RAIME UNGGI
ADO KASIM HJ. YUNUS
AHLI PARLIMEN P181 TENOM

PENGERUSI
UST. TN. HJ. HASSIN TAAT

TIMBALAN PENGERUSI 1 TIMBALAN PENGERUSI 2


TN. HJ. SINUALI HJ. IBRAHIM TN. IMAM HJ. JAINAL AMAT

MUDIR
UST. AZIM KAMSAN

SETIAUSAHA
EN. KAMARUDIN SALLEH

TIMBALAN SETIAUSAHA
EN. YUSRI SAIRI

BENDAHARI
EN. AIZU AZIZ

NASYID / QASIDAH FIQAH / AKHLAK TAUHID TASMEK / HAFALAN


ZAHARUL ZAIDI UST. AWANG ISHAK UST. RAUF ABD. WAHAB UST. SADAM ABD RAHIM

AHLI JAWATANKUASA

HAL EHWAL MURID KESELAMATAN / DISIPLIN PENGANGKUTAN KEBAJIKAN


EN. ISMAIL ALIASGAR ASP AHMAD RAZALI SHAARI EN. ROSLAN RIBUT EN. ASRI ASNAN

PENERANGAN PEMBANGUNAN MASAKAN


UST. ESAK KOROH EN. JASNI AHMAD PN. MAS NADIAH ABDULLAH

5
Ar-Raudhah
8. SUKATAN PELAJARAN

Pengajian di Madrasah Tahfiz Ar-Raudhah ini dijangka akan mengambil masa minimum 3
tahun berdasarkan kepada kemampuan pelajar. Setelah tamat pengajian, satu peperiksaan akhir
(Syahadah) akan diadakan. Matlamat kursus Tahfiz Al-Quran ialah untuk membolehkan seseorang
itu menghafal keseluruhan Al-Quran dan mampu untuk mengingati isi kandungannya. Proses
penghafalan keseluruhan Al-Quran biasanya mengambil masa selama tiga atau empat tahun
(bergantung kepada keupayaan pelajar). Proses penghafalan ini terbahagi kepada tiga bahagian:

Hafalan Baru
Hafalan baru adalah halaman-halaman yang baru di hafal oleh pelajar. Penghafalan baru ini
mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Waktu penghafalan adalah selepas solat
Maghrib sehinggalah pukul 9.30 malam. Guru akan menyemak pelajaran baru ini pada keesokan
hari selepas Subuh.

Juzu’ Baru
Hafalan yang baru mudah terlupa jika ianya tidak diperkukuhkan. Untuk memantapkan hafalan-
hafalan yang baru, setiap hari pelajar akan mengulangi Juzu' yang baru di hafal sehingga lebih
kurang 2 minggu. Proses ini mengambil masa 1½ jam setiap hari.

Juzu’ Lama
Bagi mengekalkan hafalan yang lama, setiap hari pelajar akan mengulangi juzu'-juzu' yang telah
mereka hafalkan mengikut turutan Juzu’. Proses ini mengambil masa 3 jam setengah setiap hari. 

Madrasah Tahfiz Ar-Raudhah memperkenalkan sistem pengajian seperti berikut:

a. Sistem Talaqqi
Pengajaran dan pembelajaran dijalankan mengikut kaedah talaqqi; pelajar menzahirkan hafalan
melalui bacaan.

b. Sistem Tahsin
Pengajaran dan pembelajaran yang menekankan mutu bacaan
(I) Makhrajul Huruf
(II) Ma’rifatul Wukuf
(III) Kelancaran Bacaan
(IV)Tarannum (Lagu)

6
Ar-Raudhah
c. Sistem Musafahah
Pengajaran dan pembelajaran adalah dijalankan secara berpusat. Setiap pelajar menzahirkan
hafalan melalui bacaan dihadapan guru secara bergilir-gilir

d. Kelas Bimbingan Fardu Ain


(I) Tauhid
(II) Tajwid
(III) Feqah
(IV)Akhlak
(V) Jawi
(VI)Seni Khat
(VII)Bahasa Arab

7
Ar-Raudhah
9. JADUAL PEMBELAJARAN

JADUAL WAKTU PEMBELAJARAN HARIAN

HARI /
ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT
MASA

4.30 AM ~
SOLAT SUNAT TAHAJJUD / SOLAT SUBUH / BACAAN YASSIN, TAHLIL DAN DOA
6.00 AM

6.30 AM ~
NAZEERA
7.30 AM

7.30 AM ~
SARAPAN PAGI / PERHIMPUNAN PAGI / SOLAT SUNAT DHUHA / SELAWAT NABI
8.30 AM

8.30 AM ~
ULANG KAJI / HAFAZAN AL-QURAN
10.30 AM

10.30 AM ~ BACAAN
REHAT
12.00 PM SURAH AL-
KAHF /
12.00 PM ~ PERSIAPAN /
MAKAN TENGAHARI / SOLAT ZOHOR / TAKLIM FADHAIL AMAL
1.30 PM SOLAT
JUMAAT /
1.30 PM ~ MAKAN
ULANG KAJI / HAFAZAN AL-QURAN
2.30 PM TENGAHARI

LATIHAN
2.30 PM ~ TAUHID / FIQH / SIRAH
BAHASA ARAB MEMBACA &
3.30 PM AKHLAK HADITH NABAWIAH
TULISAN JAWI

3.30 PM ~
SOLAT ASAR / BACAAN AL-MATHURAT
4.30 PM

4.30 PM ~
RIADAH /
6.00 PM

6.00 PM ~
SOLAT MAGHRIB / MENGHAFAZ AL-QURAN
7.30 PM

7.30 PM ~
SOLAT ISYAK / ULANG KAJI / HAFAZAN AL-QURAN
9.00 PM

9.00 PM ~
MAKAN MALAM / BACAAN SURAH AL-MULK & AS-SAJJADAH
9.30 PM

9.30 PM ~
PERSIAPAN UNTUK TIDUR / TIDUR
4.00 AM

8
Ar-Raudhah

JADUAL WAKTU HUJUNG MINGGU / PELEPASAN

SABTU AHAD
HARI /
MASA 1 2 3 1
4.30 AM ~ SOLAT SUNAT TAHAJJUD / SOLAT SUBUH /
SEPERTI (A)
6.00 AM BACAAN YASSIN, TAHLIL DAN DOA (A)

6.30 AM ~
NAZEERA (B) SEPERTI (B)
7.30 AM

7.30 AM ~
8.30 AM
SARAPAN PAGI / SOLAT SUNAT DHUHA (C) K SEPERTI (C)

E
DAFTAR KELUAR
P
U
K L K
H A H
O N
I U I
8.30 AM ~ G
4.30 PM D T D
M K A M
I N
A E A
N
T P T
G
U
L
A
4.30 PM ~ SOLAT ASAR / DAFTAR N DAFTAR SOLAT ASAR /
6.00 PM RIADAH MASUK MASUK RIADAH
G
6.00 PM ~ SOLAT MAGHRIB / MENGHAFAZ SOLAT MAGHRIB / MENGHAFAZ
7.30 PM AL-QURAN
A AL-QURAN
N
7.30 PM ~ SOLAT ISYAK /ULANG KAJI / SOLAT ISYAK / ULANG KAJI /
9.00 PM HAFAZAN AL-QURAN HAFAZAN AL-QURAN

9.00 PM ~
MAKAN MALAM MAKAN MALAM
9.30 PM

9.30 PM ~ PERSIAPAN UNTUK TIDUR / PERSIAPAN UNTUK TIDUR /


4.00 AM TIDUR TIDUR

NOTA :
KEADAAN 1 : PELAJAR TIDAK DIBENARKAN KELUAR MADRASAH PADA HARI INI.
KEADAAN 2 : PELAJAR DIBENARKAN KELUAR MADRASAH PADA MASA YANG DITETAPKAN.
KEADAAN 3 : PELAJAR DIBENARKAN KELUAR MADRASAH DAN BERMALAM DI RUMAH.

9
Ar-Raudhah
10. PENGAMBILAN PELAJAR

Bagi memastikan pelajar yang menyertai Madrasah Tahfiz Ar-Raudhah dapat mencapai
matlamat, visi dan misi seperti yang telah dinyatakan, pengambilan pelajar adalah tertakluk
kepada kriteria seperti berikut:
(I) Islam
(II) Warganegara Malaysia
(III) Lelaki
(IV)Waras
(V) Sihat tubuh badan
(VI)Boleh membaca Al-Quran
(VII)Mengamalkan jatidiri Muslim
(VIII)Memiliki rekod disiplin yang baik
(IX)Mendapat keizinan dari ibubapa / penjaga
(X) Berumur antara 8 hingga 14 tahun (semasa ditemuduga)
(XI)Sanggup berjauhan dengan keluarga dan mampu berdikari
(XII)Meminati dan memiliki kesungguhan yang mendalam terhadap Al-Quran
(XIII)Bersikap terbuka dan berfikiran positif untuk mempelajari ilmu agama / duniawi

Pada masa ini, bilangan pelajar adalah seramai 25 orang. Bilangan ini adalah berdasarkan
kepada kemudahan asrama dan jumlah perbelanjaan pengurusan bulanan madrasah. Setiap
pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan kepada aktiviti yang dijalankan.
Pembahagian kumpulan pelajar adalah dibawah kuasa Mudir dan Guru yang bertanggungjawab.
Setiap pelajar akan bertanggungjawab terhadap kumpulan yang telah diberikan kepada mereka.
Pengambilan pelajar adalah melalui kaedah pengiklanan tawaran kemasukkan ke
Madrasah, mengedarkan borang permohonan bagi yang berminat seterusnya sesi temuduga
setelah permohonan doproses oleh ahli jawatan kuasa madrasah.

11. SAHSIAH PELAJAR

11.1 PERATURAN PELAJAR


10.1.1 PAKAIAN RASMI
Jubah
Serban
Ridak
Capal

10
Ar-Raudhah
11.1.2 RAMBUT / MISAI / JANGGUT
Tidak dibenarkan menyimpan rambut panjang
Pelajar akan dicukur rambut setiap dua (2) bulan sekali
Tidak dibenarkan menyimpan misai
Digalakkan menyimpan janggut
11.1.3 KEPERLUAN ASAS
Pelajar diwajibkan menyediakan sendiri keperluan asas seperti peralatan mandi, tidur
dan pakaian
11.1.4 KETEPATAN MASA
Semua pelajar mesti mematuhi masa yang telah ditetapkan
Waktu bangun ialah pada jam 4 pagi
Waktu tidur ialah pada jam 10 malam
Semua pelajar digalakkan menggunakan masa terluang untuk membuat ulangkaji
sendiri
11.1.5 AKTIVITI HARIAN
Semua pelajar menguruskan sendiri masa untuk persiapan diri
Semua pelajar menghafaz Al-Quran selepas solat sunat tahajjud, selepas solat
maghrib dan isyak
Solat sunat Dhuha secara berjemaah
Bacaan surah Al-Mulk dan As-Sajjadah dengan pimpinan guru sebelum tidur
Bacaan surah Al-Kahf pada pagi Jumaat besertakan selawat keatas Nabi
Para pelajar diwajibkan tidur pada jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi
Riadah petang dijalankan secara berkumpulan
Aktiviti memanah sebagai riadah petang wajib diawasi oleh jurulatih

11.2 DISIPLIN PELAJAR


Penerapan disiplin amatlah diutamakan dan semua pelajar wajib mematuhi peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak madrasah

11.3 KESALAHAN / DENDA PELAJAR


Kesalahan Pertama : Nasihat
Kesalahan Kedua : Amaran Pertama
Kesalahan Ketiga : Amaran Kedua / Makluman Ibubapa/Penjaga
Kesalahan Keempat : Amaran Terakhir / Makluman Ibubapa/Penjaga
Kesalahan Kelima : Ditamatkan Pengajian / Makluman Ibubapa/Penjaga

11
Ar-Raudhah
12. TENAGA PENGAJAR

Bagi memastikan pelajar dapat menuntut ilmu dunia dan akhirat, guru yang dicadangkan
ialah mereka yang berwarganegara Malaysia dan telah tamat pengajian dari mana-mana pusat
tahfiz sama ada dari dalam atau pun luar negara. Guru yang memiliki sijil atau diploma atau yang
setaraf dalam pengajian Islam adalah diberi keutamaan.

a. Sumbangan dan Ganjaran


Tenaga pengajar yang berkhidmat di Madrasah Tahfiz Ar-Raudhah adalah secara sukarela
dan atas dasar pengorbanan demi agama bagi mengembangkan lagi ajaran-ajaran dalam Al-
Quran. Imbuhan akan diberikan antara RM500 hingga RM800 (berdasarkan kepada kemampuan
Pihak Pengurusan Madrasah Tahfiz Ar-Raudhah)

b. Kemudahan Asas
Kemudahan asas untuk guru disediakan oleh pihak Madrasah Tahfiz Ar-Raudhah. Bilik
tidur, tandas dan bilik mandi adalah di dalam bangunan madrasah ini sendiri. Makan dan minum
turut disediakan bergantung kepada peruntukan semasa madrasah.

13. LANJUTAN PENGAJIAN

Pelajar yang telah tamat atau sedang menjalankan pengajian di madrasah ini
akan berpeluang untuk mendapat:
Sijil Syahadah
Peluang melanjutkan pengajian ke International University Of AsmaulHusna,
Kuantan Pahang
Berpeluang untuk menduduki peperiksaan awam SPM / STPM (calon
persendirian)
Sekiranya tidak berjaya, pelajar masih berpeluang untuk mendapatkan
pendidikan didalam bidang kemahiran atas pilihan sendiri

12
Ar-Raudhah
14. KEWANGAN
14.1 Sumber Kewangan
Sumber kewangan Madrasah Tahfiz Ar-Raudhah adalah dalam bentuk wang
tunai dan juga berupa barangan kekal atau yang boleh lupus hasil dari sumber-
sumber seperti berikut:
Sumbangan / derma tetap / Tabungan derma / sumbangan yang
diletakkan di tempat yang sesuai
Derma / sumbangan dari badan kebajikan / organisasi / jabatan /
kementerian
Zakat dan Wakaf
Yuran Bulanan
Perniagaan sampingan

14.2 Yuran Bulanan


Pihak pengurusan Madrasah Tahfiz Ar-Raudhah hanya mengenakan yuran
bulanan sebanyak RM150 kepada ibubapa yang berkemampuan. Yuran ini adalah
bagi menampung segala kos perbelanjaan operasi madrasah ini. Pihak madrasah
tidak mewajibkan yuran kepada pelajar yatim dan miskin

14.3 Kos Perbelanjaan Wajib


Kos perbelanjaan bulanan bagi madrasah ini adalah seperti berikut
Sewa Bangunan : RM700
Bil Air : RM600
Bil Elektrik : RM350
Makan/minum : RM10 (bagi setiap pelajar)
RM10 X 25 Orang X 30 Hari = RM7500
Jumlah keseluruhan : RM9150

13
Ar-Raudhah
14.4 AKAUN BANK

Madrasah
Nama Akaun : MADRASAH TAHFIZ AR-RAUDHAH TENOM
Nama Bank : BANK SIMPANAN NASIONAL
Nombor Akaun : 12116 - 41 - 00009161 - 4

15. PENUTUP

Penubuhan madrasah ini merupakan satu tuntutan agama dan ianya amat penting kepada
masyarakat islam di daerah Tenom supaya dapat disebarkan dan difahami agar ianya terus
bertapak dibumi Allah ini. Hasrat murni untuk menyempurnakan Madrasah Tahfiz Ar-Raudhah
Tenom tentunya akan mudah terlaksana jika ada hasrat dan niat serta kesungguhan dalam
menunaikan kewajipan kepada agama. Hanya kesyukuran kepada Allah swt  dan terima kasih
yang tidak terhingga dapat diucapkan

14
Ar-Raudhah

Disediakan oleh Disemak oleh

Yusri Sairi Ust. Azim Kamsan


Timbalan Setiausaha Mudir
Madrasah Tahfiz Ar-Raudhah Madrasah Tahfiz Ar-Raudhah

Diperiksa oleh Disahkan oleh

Ust. Tn. Hj. Hassin Taat YB Datuk Raime Unggi


Pengerusi Penasihat
Madrasah Tahfiz Ar-Raudhah Madrasah Tahfiz Ar-Raudhah

15
Ar-Raudhah
Lampiran

16

Anda mungkin juga menyukai