Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPANDATUK HAJI HAJIJI HAJI NOOR,MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN

SEMPENA MERAIKAN MAJLISPERPISAHAN PUAN P.S. WONG,PENGURUS BESAR, LPPB,DI SHANGRI-


LAS TANJUNG ARU RESORTPADA 2HB MEI 2008 (JUMAAT)JAM 7.15 MALAMAssalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera;Terima kasih, Pengacara Majlis;Datuk-
Datuk/Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian;Saya bersyukur kepada Allah
s.w.t kerana dengan limpah dan kurniaNya saya dapatmenghadirkan diri di dalam majlis yang
sungguh bermakna pada malam ini. Didalam mana-mana ucapan perpisahan, suasana puji memuji
adalah sesuatu yang lazim. Dalam majlis JasaMu Di Kenang ini, saya ingin merakamkan ucapan
terima kasih khusus kepada Puan P.SWong yang akan bersara didalam beberapa hari lagi diatas jasa
dan khidmat bakti yangdicurahkan sepanjang berada didalam Perkhidmatan Awam.Tentu sekali di
dalam perkhidmatan yang begitu panjang ada jasa-jasa besar yang telahdicurahkan yang menjadi
tinta emas didalam sejarah perkembangan LPPB.Manusia secara nalurinya akan merasa bahagia dan
berbangga apabila mengenang kembalidetik-detik pengorbanan yang pernah disumbangkan. Di
dalam mengimbau kembali peranan danpenglibatannya itu dia akan terasa sebuah kepuasan pada
dirinya yang tidak ada tolakbandingnya. Ini lebih-lebih lagi benar apabila mengingatkan kerja-kerja
yang dilakukannya ituada kaitan dengan niat yang tulus ikhlas untuk kepentingan organisasi, negeri
dan negaranya.Dia bukan hanya beroleh kepuasan hati yang penuh,hasil dari keberanian, ketekunan
dan keikhlasan, malah mampu menjadikan detik kenang-kenangan yang paling manis sepanjang
hayatnya.Sebagai Menteri yang bertanggungjawab kepada LPPB, saya merasa bangga kerana
beliautelah menjalankan tugas dengan amanah dan penuh dedikasi.Datuk/Datin/Tuan-tuan dan
Puan-puan sekalian,Sesungguhnya didalam tempoh perkhidmatanya, Puan P.S Wong telah melalui
ranjaupengalaman suka dan duka. Tuhan telah memberi beliau peluang untuk menjawat jawatan
yangtinggi sebagai hadiah kepada ketekunan dan keikhlasannya menjalankan tugas. Sesiapapunakan
mendapat peluang yang setimpal kepada apa yang telah dilakukannya. Oleh itu, apa yangtinggalnya
hanyalah sebuah jasa yang menjadi ukuran orang yang merasainya. Saya berharapkita tidak
mengukur prestasi seseorang itu dengan emosi untuk mengadili jasanya.Kata pepatah, Gajah mati
meninggalkan gadingnya dan harimau mati meninggalkanbelangnya, dan manusia mati
meninggalkan namanya.Sebelum mengakhir ucapan izinkan saya menghadiahkan sebuah pantun
seperti berikut :-Di sana padi di sini padiItulah nama sawah dan bendangDisana budi disini budiBaru
sempurna bernama orangKalau ada pauh didaikBawa sebiji ke tanah seberangKalau ada budi yang
baikSampai mati dikenang orangSelamat Bersara. Jagalah kesihatan dan semoga bahagia
selalu.Terima kasih.









Assalamualaikum dan selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Pengetua,Penolong2 kanan ,
Guru Kanan matapelajaran, guru-guru rakan-rakan seperjuangan sekalian. Di majlis yang
mulia ini, saya sebagai wakil guru2 di sini mengambil peluang keemasan untuk berucap
sebagai mewakili rakan-rakan. Sebagaimana yang dimaklumi oleh hadirin sekalian, majlis ini
diadakan adalah untuk majlis perpisahan, iaitu majlis sanjungan budi penolong kanan kita
iaitu PUAN ROZIDA HANEM.
Sebagaimana yang diketahui beliau adalah seorang guru yang berdedikasi,
bertanggungjawab, cekap dan sentiasa mengambil berat kepentingan warga sekolah ini.
Beliau sering meluangkan masa untuk bertanyakan segala masalah yang sering dihadapi
oleh kita sama ada dalam pelajaran atau soal lain. Kami memang faham betapa berat tugas
seorang guru merangkap pentadbir.
Di samping tugas2 seorang guru, beliau juga bertanggungjawab terhadap tugas rakan
guru sekelian. Ini termasuklah soal disiplin. Walau bagaimana berat sekalipun
tanggungjawab dan tugas itu PUAN ROZIDA HANEM tetap menjalankannya dengan sabar
dan bersungguh-sungguh dan tidak menjadi masalah yang berat kepada beliau. Dengan sifat
baik hati, lemah lembut dan penyayang serta peramah akhirnya segala masalah itu dapat
diselesaikan dengan sempurna. Di samping menjalankan tugas dengan sempurna, beliau
juga merupakan seorang yang aktif terutamanya mengenai hal kebajikan para guru
Segala tugas dan kerja yang diberikan kepada beliau dijalankan dengan sebaik-
baiknya. Semua ini adalah berkat dedikasi PUAN ROZIDA HANEM.. Bagi saya masa yang
singkat ini tentu tidak dapat menjelaskan budi dan jasa beliau terhadap sekolah kita.
Kami semua di sini berasa dukacita dengan pertukaran beliau ini. Kami merasa
betapa sukarnya untuk mencari gantinya. Walau bagaimanapun kita harus faham
pertukaran ini tentunya membawa kebaikan kepada semua. Tentu jasa dan dedikasi beliau
sangat diperlukan di sekolah lain. Beliau akan terus menaburkan jasa dan bakti beliau untuk
sekolah yang bakal beliau tadbir iaitu SMK sri damansara 2. Kami semua sama-sama
mendoakan agar beliau sentiasa dirahmati Allah S.W.T danterus menjalankan tugas dan
tanggungjawab beliau dengan penuh dedikasi. Di majlis yang bahagia ini, kami
mengharapkan agar PUAN ROZIDA HANEM tidak melupakan kami semua di sini dan
sentiasa memberikan nasihat dan tunjuk ajar walau di mana beliau berada. Kami juga tidak
lupa mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa dan bakti yang beliau curahkan kepada
kami selama ini. Sampai di sinilah sahaja ucapan saya di majlis perpisahan ini dan saya
mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama wargakerja
pelaksana majlis ini.
Terima kasih dan wabillahi taufik walhidayah assalamualaikum wrb






















YANG BERBAHAGIA, DAN YANG DIRAIKAN, PUAN ROZIDA HANEM BINTI ABDUL RAHMAN,
YANG BERUSAHA, PENGETUA SMK SEKSYEN 7, TN HJ BAHRUDIN BIN MUSTAR
YANG BERUSAHA YDP PIBG, EN RAHMAT BIN ABDUL MUTALIB
YANG BERUSAHA, PENOLONG KANAN HEM, PN HJH ROHANA BT MAT SAH,
YANG BERUSAHA, PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM, PN. HJH. CHE SAPORA BT. IBRAHIM,
YANG BERUSAHA, PENOLONG KANAN PETANG, TO PUAN NADIRAH BINTI NGAH,
BARISAN GURU-GURU KANAN MATAPELAJARAN
GURU-GURU CEMERLANG
KAUNSELOR-KAUNSELOR
GURU-GURU DAN MURID-MURID YANG DIHORMATI SEKALIAN.

Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha
Berkuasa, Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-
sama meraikan majlis perpisahan, iaitu MAJLIS SANJUNGAN BUDI yang sangat
bermakna dan penuh erti pada hari ini.
Para Hadirin Yang Diraikan dan Dikasihi Sekalian, Setiap pertemuan pasti
akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan.
Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik
kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami berasa terharu
kerana kehilangan seorang pentadbir yang amat berkaliber.
Lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawab. Itulah
butir-butir kata yang dapat digambarkan mengenai PUAN ROZIDA HANEM.
Sepanjang tempoh perkhidmatan di SMK Seksyen 7 ini, beliau telah banyak
menyumbangkan jasa dan bakti buat anak bangsa terutamanya para pelajar di sekolah
ini. Beliau bukan sahaja seorang guru yang penyayang, melakukan tugas
dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan dan
kecemerlangan pelajar melebihi dirinya sendiri. Beliau juga dikenali sebagai
seorang yang berhati murni dan sentiasa memberikan yang terbaik buat para
kami semua. Hadirin dan Hadirat sekalian, pada kesempatan ini, saya sebagai
wakil guru SMK Seksyen 7 ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan
penghargaan dan terima kasih kepada PUAN ROZIDA HANEM yang tidak
pernah mengenal erti jemu memberi tunjuk ajar dan mengorbankan waktu
demi kami warga SMK Seksyen 7. Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan
melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada PUAN ROZIDA HANEM serta
keluarga, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan
ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan negara.
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah
Melayu,yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti, namun yang
hilang akan tetap kekal menjadi kenangan abadi. Saya akhiri ucapan saya
dengan Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warah
matullahhiwabarakatuh. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai