Anda di halaman 1dari 7

1

TEKS PENGACARA MAJLIS


KONVOKESYEN TAHUN 6 2021/2022

PENGUMUMAN

Para hadirin sekalian, majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi.


Sukacita sekiranya hadirin mengambil tempat masing-masing.

Bagi memastikan kelancaran majlis pada pagi ini, majlis ingin


mengingatkan supaya hadirin mematikan telefon bimbit atau
menetapkannya pada mode senyap.

Kerjasama hadirin sekalian adalah sangat dihargai.

Pihak majlis juga ingin mewar-warkan berkenaan photobooth yang ada


di luar dewan . kami amat mengalu-alukan para ibu bapa yang
berkeinginan untuk mengabadikan kenangan bersempena hari bersejarah
ini dengan mengambil gambar bersama para graduan di photobooth
tersebut seusai majlis penyampaian anugerah berlangsung.

Sekian, terima kasih.

PERARAKAN MASUK DIF KEHORMAT DAN GRADUAN


1
Mengumumkan perarakan masuk yang dihormati, En Mohamad Suandi
bin Mortadza, Naib Pengerusi PIBG SK Merpati Jepang, diiringi Tuan
Guru Besar, barisan Guru Penolong Kanan SK Merpati Jepang dan para
graduan tahun 6 ke majlis.

Para hadirin di mohon berdiri.


2

ISTIADAT TUNDUK HORMAT

Sebagai tanda hormat dan terima kasih kepada guru dan ibu bapa, semua
graduan diminta berdiri tegak.

*Tunggu VIP ambil tempat

Hormat kepada guru,


Tunduk, hormat

Hormat kepada ibu bapa,


Ke kanan,
Tunduk, hormat.

Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah.
Para hadirin diminta berdiri.

Nyanyian lagu Negaraku.

Nyanyian lagu sekolah – Ilmu Suluh Hidup

Hadirin dipersilakan duduk.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Sayang kumbang di tasik keramat,


Terbang seiring di tepi kali,
Doa dibaca mohon rahmat,
3

Moga majlis sentiasa diberkati.

Bagi memberkati majlis pada pagi ini majlis , dengan sukacitanya,


mempersilakan Al-Fadhil Ustadz Mohd Hafizi bin Sidek untuk
memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

SELESAI BACAAN DOA


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustadz Mohd
Hafizi bin Sidek atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Muzik dialun sungguh indah


Buat tetamu dan jua taulan
Tetamu dinanti berkunjung sudah
Selamat datang kami ucapkan

Ke pekan sehari bersama cik intan


Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis.

Yang Dihormati,
En Mohamad Suandi bin Mortadza, Naib Pengerusi PIBG Sk Merpati
Jepang
Yang Berusaha,
En. Halim bin Borhan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang,
Yang Dihormati,
Pn. Sapiah binti Hj Bujang, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Pn. Azizah Sulong, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
4

En.Azman bin Hamdan, Guru Penolong Kanan Kokurikulum


Penyelaras majlis graduasi tahun 6, Guru-guru, Ahli Jawatankuasa
PIBG, Ibu bapa dan Murid-murid tahun 6 yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Salam sejahtera, salam keilmuan

Hadirin dan hadirat sekalian,

Hari ini, bakal menyaksikan satu lagi sejarah terukir di dalam kalendar
akademik SK Merpati Jepang bagi tahun 2021 apabila seramai
______________ orang murid, bakal menamatkan sesi persekolahan
serta menerima sijil dan anugerah kecemerlangan masing-masing.

Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Duduk sekawan gadis jelita,


Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Seterusnya , marilah kita sama-sama mendengar ucapan daripada Yang


Berusaha En. Halim bin Borhan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Merpati Jepang.

Dengan segala hormatnya dipersilakan

SELESAI UCAPAN GURU BESAR

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Halim bin
Borhan, atas ucapan itu tadi.
5

Hadirin sekalian,
Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Yang dihormati En
Mohamad Suandi bin Mortadza, Naib Pengerusi PIBG Sk Merpati
Jepang untuk menyampaikan ucapan bersempena Majlis Konvokesyen
Tahun 6 Sesi 2021 pada hari ini. Dengan segala hormatnya, majlis
mempersilakan.

SELESAI UCAPAN NYDP

Terima Kasih diucapkan kepada En Mohamad Suandi bin Mortadza, di


atas ucapan sebentar tadi.

Berkebaya batik berwarna merah,


Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah
Penerima teruja menunggu giliran

Hadirin yang dimuliakan,

Kita teruskan tertib acara dengan penyempurnaan graduasi kepada


murid-murid tahun 6 SK Merpati Jepang bagi sesi 2021.

Bagi menyempurnakan majlis, dengan penuh takzimnya majlis


mempersilakan sekali lagi En Mohamad Suandi bin Mortadza, Naib
Pengerusi PIBG Sk Merpati Jepang dengan diiringi En. Halim bin
Borhan, Guru Besar SK Merpati Jepang, untuk menyampaikan sijil
kepada para graduan. Dipersilakan

MEMULAKAN PENGANUGERAHAN

Memulakan senarai penerima sijil graduasi, dipersilakan ke pentas adik


6

___________________________________ selaku
__________________
Seterusnya, dipersilakan adik ___________________
Dipersilakan pula adik _______________________
Majlis kini mempersilakan adik _____________ selaku
_____________________

*BACA SENARAI

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Mohamad Suandi


bin Mortadza, Naib Pengerusi PIBG Sk Merpati Jepang dan En Abdul
Halim bin Borhan, Guru Besar SK Merpati Jepang atas penyempurnaan
majlis penyampaian sijil graduasi kepada murid-murid tahun 6 itu tadi.

Bersyukur kini kami panjatkan,


Majlis anugerah telah sempurna,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah buat semua

CLASS PHOTO

Para hadirin sekalian,


Pepatah Inggeris ada mengatakan ‘ A picture worth a thousand words’
yang mana menggambarkan betapa tingginya makna sekeping gambar.

Bagi mengabadikan kenangan kita pada hari yang penuh bersejarah ini,
pihak majlis dengan rasa rendah dirinya ingin mempersilakan barisan
jemputan kehormat untuk naik ke pentas nan serba indah ini untuk
merakamkan beberapa keping gambar bersama para graduan kita pada
hari ini.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Pantai indah pantai berteluk,


Ramai orang bermandi-manda,
7

Majlis indah bertambah elok,


Jika terkurang bukan sengaja.

Sekian dahulu, pada kali ini.


Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, kepada tetamu
kehormat, dan para hadirin sekalian yang telah menyerikan, dan
menjayakan konvokesyen pada pagi ini.
Kami menyusun jari sepuluh, dengan tulus ikhlas memohon ampun maaf
andai tersilap mengatur bicara, melafazkan nama .

Dengan ini, berakhirlah majlis kita pada hari ini.


Akhir kalam, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput para pentadbir dan para


jemputan untuk menikmati jamuan yang disediakan.

Para graduan diminta untuk mengambil makanan maisng-masing dan


terus bergerak ke kelas masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai