Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum, selamat sejahtera serta selamat pagi saya ucapkan

Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila ambil tempat masing-masing


kerana majlis akan bermula sebentar saja lagi.

Bagi memulakan majlis kita pada pagi yan berbahagia ini, para hadirin diminta
berdiri tegak untuk menyanyikan lagu Negaraku dan diikuti lagu Ibu Pertiwiku

Hadirin dipersilakan duduk

Mencari timba si anak dara


Di bawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Pada pagi yang indah ini, bersyukur kita dipanjangkan umur dan diberi
kesihatan yang baik untuk kita sama-sama berkumpul di Dewan serbaguna
SJK Yuk Kung ini untuk menjayakan Majlis PERMUAFAKATAN IBUBAPA DAN
SESI PENJUALAN KUPON MAKAN MALAM SEMPENA PESTA TANGLUNG
2019.

Selamat datang diucapkan kepada warga pendidik sekolah, ibu bapa serta
murid-murid yang dikasihi sekalian. Semoga dengan kehadiran semua,
program kita akan lebih berseri dan bermakna

Para hadirin yang dihormati,

Tirai majlis pada pagi ini dimulakan dengan ucapan alu aluan Guru Besar
SJK Yuk Kung , majlis dengan segala hormatnya menjemput Puan Wong
Tiong Lee , untuk menyampaikan ucapan beliau… Dengan segala hormatnya
dipersilakan (ucapan gb)
Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas ucapan Puan Guru
Besar sebentar tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan Cik Lau Leh Ai untuk taklimat pertandingan


ratu cantik….terima kasih atas ucpan

Seterusnya majlis mempersilakan Wong Ling lung untuk taklimat


pertandingan membuat tanglung….terima kasih atas ucpan

Seterusnya majlis mempersilakan Kiu Chiong Onn untuk taklimat


pertandingan karoeke sponser….terima kasih atas ucpan

Seterusnya majlis mempersilakan Flora Chang untuk taklimat penjualan


kupon….terima kasih atas ucpan

Seterusnya majlis mempersilakan murid tahun 1 untuk membuat


persembahan action song, untuk makluman semua murid tahun 1 baru2 ini
telah memenangi pertandingn action song peringkt sekolah yang telah
diadakan. Sama2 kita saksikan..

sekrg diminta hadirin berdiri untuk menyanyikan lagu sekolah.

Terima kasih diucapkan kpd ibu bapa yang sudi hadir, majlis akan tamat di
sini,,dan selepas ini ibu bapa akan bergerak ke kelas untuk sesi perjumpan
dengan guru kelas

Hadirin sekalian,

Taklimat Pesta Tanglung


- Pertandingan Ratu Cantik ( Lau Leh Ai )
- Pertandingan Membuat Tanglung (Wong Ling Lung )
- Karaoke Sponsor ( Kiu Chiong Onn )
- Penjualan Kupon (Flora Chang Yea Ning )
Persembahan Action Song (Tahun 1)
Lagu Sekolah
Perhimpunan Tamat
Perjumpaan Ibu Bapa bersama Guru Kelas dan Penjualan Kupon
Bersurai

KAIN YANG CARIK CUMA DUHUJUNG


DIBUAT ALAS MENGELAP KENDI
BUDI YANG BAIK TETAP DIJUNJUNG
MASA AKAN DATANG BERJUMPA LAGI

Peringatan : Ibu bapa sekalian dijemput ke kelas anak masing-masing


untuk berjumpa dengan guru-guru bagi mengetahui perkembangan
anak-anak masing-masing.

Sekian terima kasih . . .

Anda mungkin juga menyukai