Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SKUD 2021

VIDEO 1

Sambut merdeka sekali setahun


Keringat tercurah pejuang berjasa
Malaysiaku merdeka 64 tahun
Itulah sejarah perjuangan bangsa

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara

VIDEO 2

KITA BERKUMPUL DEMI SATU TUJUAN


IAITU UNTUK MENYEMARAKKAN SAMBUTAN PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN
KALI KE-64 YANG BERTEMAKAN ‘MALAYSIA PRIHATIN.

Disana-sini tembakan berbunyi,


Capai merdeka penuh berliku,
Marilah bersama kita menyanyi,
Lagu pertiwi lagu negaraku.

Marilah kita Bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku, Lagu sabah Tanahairku dan lagu
sekolah.

VIDEO 3

Alhamdulillah ...
Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dgn
limpah kurnia, taufik dan keizinannya, dapat sama-sama kita menjayakan Majlis Penutupan
Bulan Patriotisme  peringkat sekolah bagi tahun 2021 pada hari ini.
Hadirin dan hadirat sekalian, sesungguhnya kita bangsa bertuah kerana dilahirkan dalam
negara yang merdeka. Justeru marilah kita bersama-sama terus memelihara kemerdekaan ini
dengan menunjukkan semangat kemerdekaan melalui sambutan bulan Kebangsaan pada
tahun ini..

VIDEO 4
ACARA PENYAMPAIAN HADIAH
Hadirin dan hadirat sekalian, kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara Pengumuman
hadiah kepada para pemenang bagi setiap pertandingan yang telah dilaksanakan sepanjang
sambutan Bulan Kebangsaan.

Mari kita tonton video ini.

VIDEO 5

SAYANG TEBU PATAH SEBATANG


DITEBANG IA DIBUAT GULA SAAT YG DINANTI
TELAHPUN DATANG PERSEMBAHAN MURID
KINI BERMULA.

HADIRIN YG DIHORMATI SEKALIAN, MAJLIS DIHANGATKAN LAGI


DENGAN PERSEMBAHAN PERTAMA ,IAITU SAJAK KEMERDEKAAN YANG AKAN
DIDEKLAMASIKAN
OLEH ADIK SYAMYZA
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

VIDEO 6

PERSEMBAHAN BERIKUTNYA ADALAH, DARIPADA ADIK NUR AYU QAMARINAH DARI KELAS
TAHUN 3

VIDEO 7

AKHIR KATA TAMATLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA PETANG INI. SEKALI
LAGI SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA WARGA SMA AL-QURAN WADDIN KERANA
DAPAT BERSAMA-SAMA DALAM SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN KALI KE 61 INI..
SEBELUM MAJLIS BERAKHIR,
MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA,

MERDEKA,MERDEKA, MERDEKA

PENGACARA
1. SYAMYZA

Anda mungkin juga menyukai