Anda di halaman 1dari 5

SLOT 1

Nyanyian lagu negaraku dan sabah tanah airku


Ucapan pengacara majlis

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada Yang


Berusaha, Puan Ripah Binti Maji, Guru Besar SK Pekan Telipok, Yang dihormati, Puan Latifah
Binti Omar, penolong kanan pentabiran, Yang dihormati Puan Azizah Miasin, Penolong
Kanan HEM, Yang dihormati, En Mohd Hisham Bin Ahmad, Penolong Kanan KOKUM, Yang
dihormati, EN. Bhaif Bin Bhar, Penolong Kanan Petang, yang dihormati Puan Lina Haji
Bayong, Penolong Kanan PPKI, yang dikasihi, rakan-rakan guru, para AKP dan seterusnya
yang disayangi anak murid SK Pekan Telipok sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat
Ilahi kerna dengan izin-Nya, maka dapatlah kita berkumpul secara maya dalam Majlis
Penutupan Bulan Kebangsaan 2021 dengan tema Malaysia Prihatin. Selamat datang dan
selamat menonton hadirin sekalian.

Pahlawan berkorban menempuh rintangan,


Pertiwi menjulang menyanjung warisan,
Empat Belas negeri berpadu seiringan,
Menjunjung Daulat juga kebebasan.

Bagi memulakan majlis kita pada hari ini, marilah kita Bersama-sama berdiri di lokasi
masing-masing untuk menyanyikan lagu negaraku dan sabah tanah airku. Mohon bersedia.
SLOT 2

Terima kasih diatas nyanyian yang saya yakin begitu bersemangat walaupun berada di lokasi
masing-masing.

Hadirin sekalian,

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon Berkat Yang Maha Esa.

Para hadirin, bagi memohon keberkatan majlis kita pada hari ini, dengan ini majlis
menjemput Ustaz Ahmad Rifai’e untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

.
SLOT 3

Baiklah hadirin sekalian, tanpa membuang masa, majlis dengan ini menjemput Yang
dihormati, Puan Ripah Binti Maji, Guru Besar SK Pekan Telipok untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan. Dipersilakan.

Ucapan gb

SLOT 4

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Puan Guru
Besar tadi.

Ucapan ydp pibg

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang Jerami,
Tampillah tuan kami merayu
Bersama ucapan kata perasmi.

Hadirin sekalian, dengan ini majlis menjemput Yang Berusaha, Encik Yakup Ibrahim, Yang
Dipertua PIBG SK Pekan Telipok untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis
Penutupan Bulan Kebangsaan SK Pekan Telipok 2021. Dipersilakan.

SLOT 5

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian Yang Berusaha, Tuan YDP PIBG
menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan majlis kita pada hari ini.

Hadirin sekalian,
Tanpa melengahkan masa, mari kita saksikan tayangan montaj gimik majlis penutupan Bulan
Kebangsaan SK Pekan Telipok bagi tahun 2021.

SLOT 6

Hadirin sekalian, untuk makluman, tayangan montaj yang sangat menarik itu tadi dihasilkan
Ustaz Arif Bin Othman. Tayangan montaj yang membuatkan kita tersentuh dan sebak
dengan perjuangan datuk nenek kita suatu Ketika dahulu yang bermati-matian
memperjuangkan kemerdekaan untuk negara kita. Melihat video itu tadi, menjadikan kita
semakin bersemangat dan bertekad untuk memelihara keamanan dan kemerdekaan negara
kita, Malaysia. Merdeka. Merderka. Merdeka. Tujuh kali laungan merdeka oleh Allayarham
Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama tetap diingati sepanjang
zaman.

Baiklah, kita teruskan lagi dengan menyaksikan persembahan Pantun yang akan
disampaikan oleh adik Arna Khalish Salsabila Bt Abd Rahim dari kelas 4 emerald dengan
tajuk salam kemerdekaan. Dipersilakan.

SLOT 7

Terima kasih diucapkan kepada adik arna atas persembahan yang cukup bersemangat itu
tadi.

Hadirin sekalian,
Tibalah masanya untuk kita umumkan pemenang bagi pertandingan melukis poster tahap
1 ,pertandingan mewarna prasekolah dan pertandingan melukis poster ppki.

Wyn sebut pemenang.

Untuk makluman para hadirian, juri professional bagi pertandingan mewarna pra sekolah
ialah Cikgu Dyg Ritalia, Cikgu Aswati dan Cikgu Patnah. Juri bagi pertandingan melukis poster
ppki dan tahap 1 pula ialah cikgu dyg ritalia, cikgu wendy alan dan cikgu nurazwana.

SLOT 8

Baiklah para hadirin, kita serikan lagi majlis hari ini dengan persembahan piano oleh Adik
Arwen Edel Joseph dari kelas 6 Emerald. Dipersilakan.

SLOT 9

Wahhh, terpegun cikgu mendengar alunan bunyi piano yang sangat indah dipersembahkan
oleh Adik Arwen sebentar tadi. Tahniah adik Arwen sangat berbakat orangnya.

Baiklah para hadirin, kita teruskan lagi dengan menyaksikan keputusan pemenang bagi Kuiz
Kemerdekaan.
Untuk makluman Kuiz Kemerdekaan ini terbuka kepada murid Tahap 2 dan telah disertai
oleh 68 orang peserta yang telah berentap untuk menjadi pemenang. Kuiz ini merangkumi
soalan-soalan mengenai sejarah kemerdekaan Malaysia. Hanya tiga pemenang ditabalkan
dan mari kita saksikan siapakah pemenang-pemenang ini. Juri bagi kuiz sejarah
kemerdekaan ini terdiri daripada 3 orang guru iaitu Cikgu Siti Norjulailah, Cikgu Artih dan
Cikgu Jennyfer.
Tempat ketiga- adik ainul mardhiah dahlan dari kelas 4 topaz
Naib johan-Nazurah Haziqah binti watimin-
Juara- Nazirah Adilah Binti Watimin.

SLOT 9 (2)

Tahniah kepada semua pemenang dan yang belum menang, usaha lagi tahun hadapan ya.

Baiklah para hadirin, kita umumkan pula pemenang bagi pakaian tradisional tahap 1 dan
tahap 2. Juri bagi pertandingan ini terdiri daripada 5 orang guru iaitu Puan Cecilia, Puan
Fauziah Sinon, Puan Marwyn Wahyuni, Puan Maurine dan Encik Franco. Pemenang
pertandingan ini dipilih berdasarkan kriteria pakaian, persembahan, kandungan video,
kreativiti dan keyakinan.

Mari kita saksikan siapakah pemenang bagi pertandingan pakaian Tradisional Tahap 1 dan 2

Tempat ke-5- Bowden Edmund 1e


Tempat ke 4- Aleesya Damia Amri 2d
Tempat ke-3 Nur InSyirah Irdina Binti Khalid 2d
Tempat Kedua- Nur Fitriyani Binti Al Kamil 1t
Pertama- Siti Nur Maysarah Ain Binti Mohd Ridzhan 2d

Anugerah Suara Latar Terbaik- Nur Insyirah Irdina Binti Khalid (1 T)

Pengumuman pemenang 3
Persembahan koir pemulihan
Persembahan pemenang acara besar (nyanyian.. Sajak.. Pakaian)
Video ucapan "selamat hari kebangsaan malaysia" oleh murid atau guru ( kalau sempat buat
la) haha
Ucapan penutupan pengacara majlis...

Anda mungkin juga menyukai