Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2014

12 SEPTEMBER 2014


- Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t, dan salam 1 Malaysia.
- Yang Berusaha en. Tajor amar bin nazri, guru besar cemerlang sk seri samudera,
yang dihormati pn noraishah binti hassan gpk pentadbiran, en hamdan bin hashim gpk
hal ehwal murid, en ahmad basri bin daud gpk kokurikulum, barisan guru, dan murid-
murid yang dikasihi sekalian.
Hati-hati membuka peti,
Peti pusaka zaman berzaman;
57 tahun janji ditepati,
Malaysia merdeka penuh keamanan.

Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah rahmat-Nya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk
sama-sama berkumpul bagi Majlis Sambutan Penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari
Malaysia dengan penuh kedamaian dan keamanan.
Kedamaian dan keamanan ini sebagai tanda bahawa negara ini berada dalam
kestabilan politik dan kita mampu berkongsi muafakat untuk hidup bersama .
Sesungguhnya sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda bahawa para guru
dan pelajar sekolah ini dapat seiring dan sederap melangkah, dengan semangat
kesungguhan yang berkobar-kobar dan beriiltizam tinggi untuk menjadi warganegara
yang patriotik.

Bacaan doa:
Anugerah dikecap si anak watan,
Mengangkat senjata bidalan suara;
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu hidup sejahtera.
-Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan al-fadzil Ustaz Ikwan Najib Bin
Badar untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
-Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
-Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa
sebentar tadi.
Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,
Musuh datang habis dibasmi;
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi.
-Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang Berusaha en tajor amar bin
nazri Guru Besar cemerlang SK seri samudera untuk menyempurnakan gimik
Sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 september setiap tahun dan diikuti dengan
nyanyian lagu warisan oleh guru-guru dan juga murid-murid. Dipersilakan.

- Kalungan apresiasi buat Yang Berusaha Guru Besar yang sudi meyempurnakan gimik
tersebut.
- Pancaran slide 5 Perdana Menteri.

Persembahan murid :
Bendera berkibar di rumah Pak Agos,
Di halaman rumah pasang pelita;
Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos,
Tarikh kemerdekaan negara kita.
-Majlis seterusnya diteruskan dengan persembahan murid dari Tahun 3 Anggerik.
Dipersilakan
-persembahan murid yang menarik itu tadi adalah di bawah bimbingan pn hanizah.

Terbang tinggi si burung helang,
Berkicau kenari sambil berterbangan;
Insan cemerlang negara terbilang,
Bakat diserlah tanda kecemerlangan.
-Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah untuk pertandingan kelas paling
ceria sempena bulan kemerdekaan. Majlis menjemput tuan guru besar untuk
meyampaikan hadiah diiringi oleh puan noraisah. Pemenang bagi pertandingan ini ialah
3 Anggerik. Dijemput ketua kelas untuk menerima hadiah. tahniah 3 anggerik.

Hadirin sekalian,
-Pihak sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti sempena Sambutan Bulan
Kemerdekaan dan Hari Malaysia antaranya ialah kuiz sejarah. Kini tibalah masanya
untuk majlis penyampaian hadiah.
-Oleh itu majlis mempersilakan Pn noraisah bt hasan untuk menyampaikan hadiah
kepada para pemenang.
-----------------Baca senarai nama----------------------

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Pn noraisah bt hasan
penyampaian hadiah kepada para pemenang.

.
-Untuk pengetahuan hadirin sekalian, murid-murid Tahap 1 telah menyertai
pertandingan mewarna sepanjang Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia. - Oleh itu,
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan en tajor amar bin nazri Guru Besar SK
seri samudera untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
- Majlis mengucapkan terima kasih en tajor amar bin nazri di atas penyampaian hadiah
kepada para pemenang.

Penutup acara:
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Pihak majlis mohon
mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan
bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan Majlis
Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan dan 1 Malaysia peringkat sekolah ini dapat
dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua murid atas
kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.
Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian putra puteri;
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.

Di sini ada beberapa pengumuman iaitu
sekolah akan bercuti selama seminggu/9hari bermula esok 13/sept sehingga 21 sept.
mohon semua murid untuk hadir ke sekolah pada 21 septmber kerana kita akan mula
bersekolah seperti biasa.







-Semua murid dan guru diminta berdiri dan sama-sama menyanyikan tiga buah lagu
iaitu
1.1 Malaysia
2.Tanggal 31
3. Negaraku
Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,
Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai