Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PELANCARAN KEMERDEKAAN SK PULAU AMAN 2023

AKTIVITI TEKS UCAPAN CATATAN


KATA ALUAN Irama beralun gendang dipalu,
DAN Langkah diayun berpasang-pasangan,
BACAAN DOA 6 dekad telah berlalu,
Malaysia megah menyambut kemerdekaan.

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih junjung buat hantaran,
Hadirin hadirat selamat datang,
Ke majlis penutupan bulan kemerdekaan.

Assalamualaikum WBT, Salam sejahtera dan Salam


Malaysia Madani.

Yang Berusaha,
Puan Rohayu Binti Ibrahim
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Aman

Yang Dihormati,
Ust Raja Arman Bin Raja Jaafar,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

En. Mohd Syazwan Bin Abdul Ghafar,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En. Muhammad Zafir Khalis Bin Alwi,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Barisan guru dan seterusnya murid-murid yang dikasihi


sekalian,

Alhamduillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke


hadrat Ilahi kerana kita diberi kesempatan untuk sama-sama
berkumpul bagi Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan
2023 dengan penuh kemanan dan kedamaian.

Lebat kemiri pohonnya rendah


Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat yang Maha Esa

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Ust Raja Arman bin Raja Jaafar bagi melafazkan bacaan
doa.
Dipersilakan.
.....
Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi.
Semoga majlis kita berlangsung dengan jayanya.
NYANYIAN Majlis menjemput para guru, waris dan pelajar berdiri tegak Lagu Negaraku
LAGU bagi menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pulau Lagu Untuk
NEGARAKU, Pinang. Negeri Kita
NEGERI ...
Hadirin dijemput duduk.
UCAPAN Adat berbicara menyampaikan pesan,
PENUTUPAN Adat upacara menyampaikan aluan.
BULAN
KEMERDEKAAN Majlis kita terus berlayar ke destinasi utamanya.
Oleh yang demikian, majlis menjemput

Yang Berusaha Puan Rohayu Binti Ibrahim


Guru Besar SK Pulau Aman

untuk menyampaikan ucapan Penutupan Bulan


Kemerdekaan SK Pulau Aman yang ke 66 bagi Tahun 2023.

Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

....

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar


kerana sudi menyampaikan ucapan dan menyempurnakan
perasmian sebentar tadi sebentar tadi.
ACARA Hadirin sekalian,
PENYAMPAIAN
HADIAH Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara
penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi setiap
pertandingan yang telah dilaksanakan sepanjang bulan
kemerdekaan.

Oleh itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan


Yang Dihormati____________________________
bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

SENARAI NAMA PEMENANG


Pertandingan Mewarna Doodle Merdeka Tahap 1
1.
2.

Tahap 2
1.
2.
3.

Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Tahap 1


1.
2.
3.
Tahap 2
1.
2.
3.

Pertandingan Pantun Kemerdekaan Tahap 2


1. Kumpulan 2
2. Kumpulan 1

Kuiz Kemerdekaan
1.
2.
3.
4.

Kelas Tercantik Tema Kemerdekaan


1.
2.

Independence Day Poem


1.
2.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.


NYANYIAN Hadirin yang dihormati, Jalur Gemilang
LAGU
PATRIOTIK Berjalan kaki di atas titi, Keranamu
Ke kedai Nyonya membeli roti, Malaysia
Ayuh semua kita berdiri,
Menyanyi dengan riang hati. Saya Anak
Malaysia
Majlis kita akan diteruskan lagi dengan nyanyian lagu-lagu
patriotik. Tanggal 31

Hadirin dipersilakan berdiri dan bersama-sama


mengibarkan bendera sebagai lambang semangat cintakan
tanah air kita.
......
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian
lagu patriotik yang penuh semangat sebentar tadi.

PENUTUP Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

Maka dengan ini berakhirlah sudah Majlis Penutupan Bulan


Kemerdekaan bagi tahun 2023.

Sekian sahaja daripada saya, kita jumpa lagi tahun hadapan.

Anda mungkin juga menyukai