Anda di halaman 1dari 4

TEKS JURU ACARA SAMBUTAN HARI GURU 2022

BIL PERKARA TEKS TINDAKAN


PERARAKAN GURU Mengumumkan perarakan masuk yang berbahagia Pn.
Pengetua, para pentadbir dan guru-guru

BACAAN DOA Hadirin dipersilakan duduk

Daun layu di tengah gurun


Nampak jalur pohon cemara
Tradisi melayu turun temurun
Pantun ditutur pembuka bicara

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Duduk bersama satu tujuan


Indah majlis gilang gemilang
Kepada Allah doa dipohonkan
Semoga majlis peroleh keberkatan

Bissmilahirahmanirahim,assalamualaikum w.b.t dan


selamat sejahtera.

Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah kita sama-


sama menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan
agar segala urusan mendapat rahmat. Justeru, majlis
dengan segala hormatnya menjemput,
……………………………………. untuk memimpin bacaan doa
dipersilakan.

NYANYIAN Amin…Amin ya robbalalalamin. Moga doa yang


 LAGU dipanjatkan, dimaqbulkan, urusan dipermudahkan, majlis
NEGARAKU dilancarkan…Majlis merakamkan ucapan ribuan terima
 LAGU kasih kepada ……………………atas pimpinan bacaan dia itu
NEGERI tadi.
SELANGOR Bismillahirrahmanirrahim
 LAGU
SEKOLAH 1. Yang berbahagia ………………….., YDP PIBG sesi
2022/2023
2. Yang berusaha, Pn. Khairun Aznida binti Mokhtar
Puan Pengetua SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara.
3. Pn. Muhanizam binti Mashod, Penolong Kanan
Pentadbiran.
4. Pn. Sakinatul Aisyah binti Abdullah, Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid.
5. Pn. Nor Zizan binti Abd. Rahman, Penolong Kanan
Kokurikulum
6. Guru-guru Kanan Mata Pelajaran
7. Para pendidik SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara
8. AJK PIBG sesi 2022/2023
Hadirin dan hadirat sekalian, sebentar lagi kita akan
menyanyikan lagu negaraku, negeri Selangor dan sekolah.

Hadirin mohon berdiri

PERUTUSAN Hadirin,hadirat…
 KETUA Tinggi lampai segak bergaya
PENGARAH Punya karisma sebagai ketua
PELAJARN Sampaikan pesanan buat semua
MALAYSIA Moga berjaya walau di mana-mana sahaja berada
 MENTERI
PELAJARAN Gelanggang bicara dibuka dengan ucapan ketua murid iaitu
 UCAPAN Ranitha Banu binti Muhd Rafi Theivarajan. Pihak majlis
KETUA mempersilakan…
MURID Terima kasih diucapkan buat saudari ranitha atas ucapan
 UCAPAN ketua murid sebentar tadi.
PENGETUA
Hadirin dan hadirat…

Jika kapal ada nakhodanya


Jika semut ada ratunya
Jika negara ada perdana menterinya
Jika kelas ada ketua tingkatannya…
Begitu juga…
Jika sekolah pasti ada pengetuanya

Dengan itu, pihak majlis dengan berbesar hati menjemput


Pn. Khairun Aznida binti Mokhtar, Pengetua SMK Seksyen 1
Bandar Kinrara untuk menyampaikan amanat dan
pesanan…..dipersilakan pengetua naik ke atas pentas utk
memberikan ucapan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn.Khairun Aznida atas


pesanan dan amanat yang diberi sebentar tadi moga
menjadi panduan di kemudian hari.

Hadirin dan hadirat…

LAFAZ IKRAR HARI Panglima johor segak bergaya


GURU Srikandi negara cekal taat setia
Melangkah kemas penuh bergaya
Mengecap kejayaan yang dicita-cita
Tabah menempuh duga yang berbisa
Turun naik gunung lembah di mana jua
Bukan mudah menjulang cita yang dibangga
Bukan mudah menjejak mimpi menjadi nyata
Segala impian dan cita pasti berjaya
Bersama tekad dan semangat waja

Majlis meneruskan dengan lafaz ikrar hari guru.


Diminta semua guru beridiri, utk melafazkan ikrar hari guru

PERSEMBAHAN Seloka bukan sebarang seloka


MURID Seloka pantun kiasan diri
Majlis kini berehat seketika
Saksikan wadah istimewa ini

Majlis diteruskan dengan persembahan murid muzik yang


diketuai oleh cikgu Rozaiman.

Terima kasih atas persembahan murid yang sangat


mengagumakan itu.

PERSEMBAHAN
GURU
Gagah melangkah bak pahlawan
Cekalnya hati memberi harapan
Onak dan duri sebagai teman
Menjunjung ilmu dan kepakaran
Atas bahu terpikul harapan
Dengan tabah menempuh seribu duga
Dengan tabah menyampai ilmu bermakna
Semoga segala harapan dilaksana
Bersama tekad dan semangat yang dijana
Bukan mudah menjulang harapan bangsa
Bukan mudah menjejak mimpi warga negara

Seterusnya dipersilakan persembahan guru yang akan


disampaikan oleh …………… Dijemput …………utk naik ke
pentas.

Terima kasih ………….. ats persembahan nyanyian yang


dipersembahkan sebentar tadi.

NYANYIAN ‘KAMI Hadirin,hadirat….


GURU MALAYSIA’
Seterusnya, dipersilakan semua guru menyanyikan lagu
‘Kami Guru Malaysia’ Pihak majlis mempersilakan…semua
guru diminta untuk berdiri…
Terima kepada semua guru ats persembahan nyanyian
sebentar tadi.
MAJLIS BERSURAI
(PENUTUP)
Hadirin,hadirat….
Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon
mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Guru
peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan jayanya.

Jika jauh pandangan mata


Usah hilang dari hati
Jika tersilap tutur bicara
Biarlah sisih ke tepi

Saya Nurbalqis Dan saya Amir Yan Menyusun 10 jari


memohon ampun jika ada tersalah atau tersilap bicara
selama majlis dilangsungkan.

Sekali lagi,TERIMA KASIH CIKGU DAN SELAMAT HARI


GURU.

Anda mungkin juga menyukai