Anda di halaman 1dari 13

SKRIP PENGACARA MAJLIS

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SMK GUDANG RASAU 2023

PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN


Acara 1 Mengumumkan ketibaan,

Perarakan guru Barisan Pentadbiran,


dan tetamu Puan Wan Azizah Binti Wan Ahmad,
jemputan ke Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Gudang Rasau.

Diiringi oleh, dif-dif kehormat, barisan Guru Penolong Kanan


dan ketua-ketua bidang, warga pendidik SMK Gudang Rasau
terbilang dan pelajar-pelajar yang disayangi sekalian.

Acara 2 Hadirin yang dihormati sekalian,

Nyanyian Bagi menyemarakkan rasa taat setia kepada negara tercinta


lagu dan sekolah tersayang, sama – sama kita singkap Sambutan
Hari Guru Peringkat SMK Gudang Rasau 2023 dengan berdiri
tegak untuk menyanyikan lagu Negaraku, lagu kebesaran
Negeri dan lagu Sekolah dengan penuh semangat.

(Nyanyian lagu)

Terima kasih,
Para tetamu kehormat, warga pendidik dan hadirin sekalian
dipersilakan duduk.

Acara 3 (Duet)
Assalamualaikum w.b.t.
Ucapan
alu-aluan Adat kita menyambut tetamu,
Pengerusi Salam dihulur mesra bertamu,
Majlis Hamparkan tikar lebarkan pintu,
Pemanis bicara aluan didahulu.

Yang Berusaha,
Puan Wan Azizah Binti Wan Ahmad,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

Encik Ahmad Rudaini Bin Abdul Manan,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Encik Saiful Hisham Bin Yaakod,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Puan Zalina Binti Zainal Abidin,
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas.

Penolong – penolong Kanan, Ketua – ketua bidang,


Ahli jawatankuasa pengelola Sambutan Hari Guru
Peringkat SMK Gudang Rasau 2023, guru – guru, pelajar –
pelajar dan Hadirin hadirat yang dimuliakan

Salam bahagia dan salam sejahtera.

Terima kasih Yang Berhormat,


Terima kasih guru – guru berdedikasi ,
Terima kasih hadirin budiman.

Terima kasih kepada semua kerana memenuhi Dataran SMK


Gudang Rasau untuk sama – sama mewarnai majlis gilang
gemilang Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Gudang Rasau
2023.

Acara 4 Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Bacaan Doa Tangan ditadah penuh inayah,


Majlis dibuka penuh rahmat,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga majlis senantiasa selamat.

Untuk itu, dijemput saudara


______________________________ untuk memimpin
bacaan doa. Dipersilakan.

(Bacaan Doa)

Amin Ya Rabbal a’lamin.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
saudara_____________________________atas pimpinan
doa sebentar tadi.
Acara 5 Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Ucapan wakil Sebagai pembuka tirai majlis Sambutan Hari Guru


pelajar Peringkat SMK Gudang Rasau 2023, majlis dengan sukacita
mempersilakan wakil pelajar SMK Gudang Rasau,

Saudara Adam Mu’az bin Hamzah, selaku Ketua Pengawas


untuk menyampaikan ucapannya.

Dipersilakan.

(Ucapan Wakil Pelajar)

Terima kasih kepada Saudara Adam Mu’az bin Hamzah atas


ucapan yang disampaikan tadi.

Acara 6 Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang selisih,
Bacaan Tampillah tuan kami merayu,
perutusan Bersama ucapan pengikat kasih.
Menteri
Pendidikan Meneruskan agenda kita pada pagi yang mulia ini, majlis
Malaysia dengan penuh takzim mempersilakan, Yang berhormat,
Puan Wan Azizah Binti Wan Ahmad,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

Untuk membacakan perutusan daripada Ketua Pengarah


Pendidikan Malaysia sempena Hari Guru 2023 dan
seterusnya menyempurnakan majlis Sambutan Hari Guru
Peringkat SMK Gudang Rasau 2023.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

(Bacaan Perutusan MENTERI)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Wan


Azizah Binti Wan Ahmad atas ucapan perutusan yang telah
dibacakan sebentar tadi.

Acara 7 Hadirin yang dimuliakan,

Gimik Seterusnya majlis memjemput Yang Berhormat, Puan Wan


Perasmian Azizah Binti Wan Ahmad menyempurnakan gimik
pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Gudang
Rasau 2023. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Gimik Perasmian)
Terima kasih kepada Puan Wan Azizah atas gimik
pelancaran yang disempurnakan tadi.

Acara 8 Majlis diteruskan dengan mempersilakan,

Bacaan Encik Ahmad Rudaini Bin Abdul Manan,


perutusan Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
Ketua
Pengarah untuk membacakan perutusan daripada Ketua Pengarah
Pendidikan Pendidikan Malaysia sempena Hari Guru 2023.
Malaysia Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

(Bacaan Perutusan KPPM)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik


Ahmad Rudaini Bin Abdul Manan atas ucapan perutusan
yang telah dibacakan sebentar tadi.

**Diminta para pelajar yang berada di dalam kelas untuk keluar ke koridor bagi bersama-
sama memeriahkan lagi suasana Sambutan Hari Guru.

Acara 9 Hadirin yang dihormati sekalian,

Bacaan ikrar Ketulusan guru memikul amanah


para guru dan Keikhlasan guru melunas tanggungjawab
nyanyian lagu Sudah tersimpan janji
Sudah terpasak ikrar
Sebati dalam diri setiap guru berhati waja
, Mendidik bangsa membina Negara.

Meneruskan majlis pada pagi yang mulia ini, dengan segala


hormatnya dipersilakan kepada semua warga pendidik yang
berhati mulia dan bersemangat waja untuk naik ke pentas
bagi acara bacaan ikrar hari guru dan nyanyian lagu “Kami
Guru Malaysia”.

Bacaan ikrar hari guru akan dipimpin oleh, Encik Zuhairi


Bin Mohd Zulkefly.

Pihak majlis juga memohon kerjasama hadirin untuk berdiri


sebagai tanda penghormatan atas komitmen jitu dan usaha
bersepadu warga pendidik dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab terhadap profesion perguruan.

(Bacaan Ikrar)
(Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia)

Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih


kepada warga pendidik SMK Gudang Rasau atas lafaz ikrar
dan nyanyian lagu sebentar tadi.
Terima kasih.

Acara 10 Hadirin yang dimuliakan,

Penutup Guru umpama dian


Membakar diri menerangi hidup insan
Cintanya pada peradaban
Kasihnya pada anak watan
Setianya pada perjuangan
Kekal meniti zaman
Jasanya tetap dikenang
(Duet) : Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
Terima Kasih Cikgu!

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga SMK


Gudang Rasau atas meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat
SMK Gudang Rasau 2023.

Tiada kata secantik bahasa,


Hendak diluah segala rasa,
Sempurna sudah majlis bermakna ,
Pasti dikenang sepanjang masa.

Tersilap tersalah harap diampun,


Terkasar bahasa maaf dipohon.

(Duet): Selamat Hari Guru dan Salam Aidilfitri !

Acara 11 Dipersilakan barisan Guru Penolong Kanan dan para guru


untuk sama – sama berada di hadapan pentas untuk sesi
Sesi bergambar.
bergambar,
jamuan dan Selepas sesi bergambar, semua tetamu jemputan dan para
bersurai guru dipersilakan untuk menikmati hidangan jamuan yang
telah disediakan.

Para pelajar diminta untuk terus berada di kelas untuk


Jamuan Hari Raya.

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai