Anda di halaman 1dari 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 7)

PENGURUSAN ACARA

(PACK3013)

NAMA: MUHAMMAD AKMALRIZAL BIN KASSIM

ANGKA GILIRAN: 2020192340166

NOMBOR KAD PENGENALAN: 011231060451

KUMPULAN: F9

KOD / NAMA KURSUS:


PACK3013 / PENGURUSAN ACARA

TAJUK TUGASAN: PENULISAN SKRIP PENGACARAAN

PUAN ROSNAWATI BINTI SA’AD

NAMA PENSYARAH: DATIN MASTURA BINTI MOHAMMED


BERAWI

TARIKH HANTAR: 28 JUN 2023

TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS:


PENGHARGAAN
Bismillahirrahmannirrahim,

Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpah rahmat serta nikmat masa, nyawa
dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah tercinta
saya, Puan Rosnawati binti Sa’ad dan juga Datin Mastura binti Mohammed Berawi kerana
telah memberi tunjuk ajar serta membimbing saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan
suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang tidak jemu memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak
terhingga sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
pertolongan dan peringatan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau tidak langsung dalam melakukan kerja kursus ini. Terima kasih.
TEKS PENGACARAAN MAJLIS PELANCARAN DEKAD BAHASA
PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU TAHUN 2023
18 JULAI 2023
AGENDA SKRIP CATATAN
Pengumuman Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
kepada hadirin
sebelum majlis Selamat datang kepada hadirin sekalian ke Majlis
bermula Pelancaran Dekad Bahasa Peringkat Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu bagi
tahun 2023. Dipersilakan para hadirin untuk
mengambil tempat masing-masing di dalam
dewan kerana majlis kita akan bermula sebentar
sahaja lagi.

Apabila diumumkan ketibaan tetamu-tetamu


kehormat ke dalam dewan, hadirin diminta untuk
berdiri bagi mengalu-alukan ketibaan tetamu-
tetamu kehormat dan seterusnya untuk kekal
berdiri bagi nyanyian lagu Negaraku dan lagu
Wilayah.

Pihak majlis memohon kerjasama para hadirin


bagi menukarkan mod telefon bimbit ke mod
senyap bagi memastikan perjalanan majlis
berjalan dengan lancer tanpa sebarang
gangguan.

Pihak majlis mengucapkan terima kasih atas


perhatian dan kerjasama hadirin sekalian.

Perarakan masuk Diumumkan ketibaan Yang Berhormat Senator


barisan tetamu Datuk Seri Professor Dr. Awang Bin Sariyan,
kehormat / Nyanyian diiringi oleh Yang Berbahagia Puan Hajah Nor
lagu Asilah Binti Osman, Pengarah Institut Pendidikan
Guru Kampus Bahasa Melayu dan Yang
Berusaha
Dr Nirwana Binti Mohd Rashid, Timbalan
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus
Bahasa Melayu serta tetamu-tetamu kehormat
masuk ke dalam dewan.

*(Selepas semua tiba di dalam dewan, nyanyian


Lagu Negaraku dan Lagu Wilayah akan
diteruskan)

*(Selepas nyanyian)

Hadirin sekalian dipersilakan duduk.

Bacaan doa Kalau pergi Kampung Keramat,


Jangan lupa membeli tongkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menjunjung keberkatan dalam majlis ini,


marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin
oleh saudara Luqman Nul Hakim bin Azman.

Dipersilakan.

*(Selepas bacaan doa)

Amin, Amin, Amin ya Rabbal A’lamin. Majlis


merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan
doa sebentar tadi.
Salutasi Ceria wajah terserlah manis,
Hati berkobar semangat dibawa,
Dekad Bahasa penyeri majlis,
Sematkan gagah di dalam jiwa.

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Selamat pagi dan selamat sejahtera.

Yang berbahagia Yang Berbahagia


Puan Hajah Nor Asilah Binti Osman
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus
Bahasa Melayu

Yang Berusaha
Dr Nirwana Binti Mohd Rashid
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Melayu

Yang Berhormat
Senator Datuk Seri Professor Dr. Awang Bin
Sariyan

Yang dihormati
Para ketua jabatan dan ketua unit
Pensyarah-Pensyarah kanan
Para Pensyarah
Pegawai-pegawai dan staf sokongan
Serta seluruh warga Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Melayu yang dikasihi sekalian.

Kata alu-aluan
pengacara Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana
dengan limpah rahmat dan kurniaNya, dapat kita
berkumpul di sini bagi sama-sama kita meraikan majlis
yang amat bermakna iaitu Majlis Pelancaran Dekad
Bahasa Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus
Bahasa Melayu bagi Tahun 2023.

Kami mengalu-alukan kedatangan Yang Berhormat


Senator Datuk Seri Professor Dr. Awang Bin Sariyan
dan tetamu-tetamu jemputan ke Majlis Pelancaran
Dekad Bahasa Peringkat Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Melayu bagi Tahun 2023 dengan
temanya ialah “Bahasa, Anak Seni Bangsa”.

Persembahan silat
Bagi memeriahkan majlis kita pada hari ini, marilah
sama-sama kita saksikan persembahan gimik yang
akan dipersembahkan oleh pasukan silat IPG Kampus
Bahasa Melayu.

Sama-sama kita saksikan.

*(Selepas persembahan silat)

Terima kasih diucapkan kepada pasukan silat


IPG Kampus Bahasa Melayu atas persembahan
gimik sebentar tadi.
Ucapan pengarah
Bukan keris tanpa ulunya,
Bukan majlis tanpa ucapannya.

Hadirin yang dihormati, majlis dengan penuh


takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang
berbahagia Puan Hajah Nor Asilah Binti Osman
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


*(Selepas ucapan pengarah)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Yang berbahagia Puan Hajah Nor Asilah Binti
Osman atas ucapan alu-aluan itu tadi.

Ucapan Perasmian
oleh YB Senator Jangan tertawan alpa duniawi,
Datuk Seri Prof Hanya indah serupa mimpi,
Dr.Awang Bin Aduhai pahlawan kesateria pertiwi,
Sariyan / Gimik Hulurkan madah kata perasmi.

perasmian
Untuk tidak melengahkan masa, majlis dengan
sukacitanya mempersilakan Yang Berhormat Senator
Datuk Seri Professor Dr. Awang Bin Sariyan untuk
naik ke atas pentas bagi menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran Dekad
Bahasa Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus
Bahasa Melayu bagi Tahun 2023.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

*(Selepas ucapan perasmi)

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang


Berhormat Senator Datuk Seri Professor Dr.
Awang Bin Sariyan atas ucapan dan perasmian
sebentar tadi.

Persembahan
pemenang bagi Untuk pengetahuan hadirin sekalian, beberapa

setiap pertandingan pertandingan telah dipertandingkan bagi Dekad


Bahasa Kebangsaan Peringkat Institut Pendidikan
Guru Kampus Bahasa Melayu yang bermula pada 19
Jun 2023 hingga 30 Jun 2023. Terdapat beberapa
kategori pertandingan telah dipertandingkan antaranya
termasuklah,
Pertandingan pidato,

Pertandingan mencipta pantun.

Pertandingan mencipta sajak,

Pertandingan deklamasi sajak,

Pertandingan dendangan syair dan

Pertandingan nyanyian lagu rakyat

Untuk itu, pemenang bagi setiap kategori pertandingan


akan dipilih bagi membuat persembahan pada hari ini.

Oleh itu, mari sama-sama kita saksikan persembahan


daripada juara pertandingan pidato iaitu

(*NAMA PEMENANG - RUJUK SENARAI NAMA


PEMENANG) dengan pidato yang bertajuk (*RUJUK
SENARAI NAMA PEMENANG)

Dipersilakan

*(Selepas persembahan pidato)

Terima kasih diucapkan kepada (*NAMA PEMENANG


– RUJUK SENARAI NAMA PEMENANG) atas
persembahan itu tadi.

Persembahan seterusnya adalah persembahan


bagi pertandingan nyanyian lagu rakyat

(*NAMA PEMENANG - RUJUK SENARAI NAMA


PEMENANG) dengan lagunya yang berjudul (*RUJUK
SENARAI NAMA PEMENANG)

Dipersilakan.
*(Selepas persembahan nyanyian lagu rakyat)

Terima kasih diucapkan kepada (*NAMA PEMENANG


– RUJUK SENARAI NAMA PEMENANG) atas
persembahan itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan daripada


juara pertandingan deklamasi sajak iaitu

(*NAMA PEMENANG - RUJUK SENARAI NAMA


PEMENANG) yang akan mendeklamasikan sajak
yang bertajuk (*RUJUK SENARAI NAMA
PEMENANG)

Dipersilakan.

*(Selepas persembahan sajak)

Terima kasih diucapkan kepada (*NAMA PEMENANG


– RUJUK SENARAI NAMA PEMENANG) atas
persembahan itu tadi.

Seterusnya adalah persembahan daripada pemenang


tempat pertama pertandingan dendangan syair iaitu

(*NAMA PEMENANG - RUJUK SENARAI NAMA


PEMENANG) yang akan mendendangkan syair yang
berjudul (*RUJUK SENARAI NAMA PEMENANG)

Dipersilakan.

*(Selepas persembahan syair)

Terima kasih diucapkan kepada (*NAMA PEMENANG


– RUJUK SENARAI NAMA PEMENANG) atas
persembahan itu tadi.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada para


pemenang atas persembahan sebentar tadi.
Penyampaian
hadiah, sijil dan Hadirin sekalian,
cenderamata
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan
penyampaian hadiah dan sijil kepada para
pemenang pertandingan Dekad Bahasa
Kebangsaan Peringkat Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Melayu.

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya


menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat
Senator Datuk Seri Professor Dr. Awang Bin
Sariyan diiringi oleh Yang berbahagia Puan
Hajah Nor Asilah Binti Osman Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

*(Selepas tetamu kehormat tiba di pentas)

Bagi pertandingan pidato, pemenangnya


adalah;

Tempat ketiga dimenangi oleh,


(*NAMA PEMENANG - RUJUK SENARAI
NAMA PEMENANG)

Tempat kedua pula dimenangi oleh,


(*NAMA PEMENANG - RUJUK SENARAI
NAMA PEMENANG)

Dan johan bagi pertandingan pidato Dekad


Bahasa Peringkat IPG Kampus Bahasa
Melayu dimenangi oleh,
(*NAMA PEMENANG - RUJUK SENARAI
NAMA PEMENANG)

Seterusnya bagi pertandingan mencipta


pantun, pemenangnya adalah;

Tempat ketiga dimenangi oleh,


(*NAMA PEMENANG - RUJUK SENARAI
NAMA PEMENANG)

Tempat kedua dimenangi oleh,


(*NAMA PEMENANG - RUJUK SENARAI
NAMA PEMENANG)

Dan johan bagi pertandingan pantun Dekad


Bahasa Peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu
jatuh kepada,
(*NAMA PEMENANG - RUJUK SENARAI
NAMA PEMENANG)

Seterusnya bagi pertandingan ketiga iaitu


mencipta sajak, pemenangnya adalah;

Tempat ketiga dimenangi oleh,


(*NAMA PEMENANG - RUJUK SENARAI NAMA
PEMENANG)

Tempat kedua dimenangi oleh,

(*NAMA PEMENANG - RUJUK SENARAI


NAMA PEMENANG)

Dan johan pertandingan sajak Dekad Bahasa


Peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu
disandang oleh,
(*NAMA PEMENANG - RUJUK SENARAI
NAMA PEMENANG)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih


kepada
Yang Berhormat Senator Datuk Seri Professor
Dr. Awang Bin Sariyan dan Yang berbahagia
Puan Hajah Nor Asilah Binti Osman atas
penyampaian hadiah dan sijil sebentar tadi.
Persembahan
deklamasi sajak Hadirin sekalian, majlis akan diteruskan lagi dengan
(Selingan 1) persembahan istimewa iaitu deklamasi sajak oleh
saudara Arif Iswandy dengan sajaknya berjudul
“Bahasa Jiwaku”. Oleh itu, mari sama-sama kita
saksikan.

Dipersilakan.

*(Selepas persembahan sajak)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


saudara Arif Iswandy atas persembahan istimewa
sebentar tadi.
Penyampaian
hadiah, sijil dan Ke Padang Kota membeli pala,
cenderamata Jangan dilupa asam celagi,
Majlis kita bersambung semula,
Hadiah diberi sekali lagi.

Hadirin yang dikasihi,

Majlis kita akan diteruskan lagi dengan


penyampaian hadiah dan sijil bagi para
pemenang.

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput


dan mempersilakan Yang berbahagia
Puan Hajah Norasilah binti Osman Pengarah IPG
Kampus Bahasa Melayu diiringi oleh, Yang
berusaha Dr Nirwana Binti Mohd Rashid
Timbalan Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu
untuk menyempurnakan majlis.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.


Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah
dan sijil bagi pertandingan mendeklamasi sajak.

Tempat ketiga dimenangi oleh,


(*NAMA PEMENANG - RUJUK SENARAI NAMA
PEMENANG)

Tempat kedua dimenangi oleh,


(*NAMA PEMENANG - RUJUK SENARAI
NAMA PEMENANG)

Dan johan pertandingan mendeklamasi sajak


Dekad Bahasa Peringkat IPG Kampus Bahasa
Melayu jatuh kepada,
(*NAMA PEMENANG - RUJUK SENARAI
NAMA PEMENANG)

Seterusnya bagi pertandingan dendangan


syair, pemenangnya adalah;

Tempat ketiga dimenangi oleh,


(*NAMA PEMENANG - RUJUK SENARAI
NAMA PEMENANG)

Tempat kedua dimenangi oleh,


(*NAMA PEMENANG - RUJUK SENARAI
NAMA PEMENANG)

Dan johan pertandingan dendangan syair


Dekad Bahasa Peringkat IPG Kampus Bahasa
Melayu disandang oleh,
(*NAMA PEMENANG - RUJUK SENARAI
NAMA PEMENANG)

Seterusnya bagi pertandingan nyanyian lagu


rakyat, pemenangnya adalah;
Tempat ketiga dimenangi oleh,
(*NAMA PEMENANG - RUJUK SENARAI
NAMA PEMENANG)

Tempat kedua dimenangi oleh,


(*NAMA PEMENANG - RUJUK SENARAI
NAMA PEMENANG)

Dan johan pertandingan nyanyian lagu rakyat


Dekad Bahasa Peringkat IPG Kampus Bahasa
Melayu jatuh kepada,
(*NAMA PEMENANG - RUJUK SENARAI
NAMA PEMENANG)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


penyampaian hadiah dan sijil sebentar tadi.

Tayangan video Hadirin sekalian,


montaj
Majlis diteruskan lagi dengan tayangan video
montaj berkaitan Majlis Dekad Bahasa Peringkat
Institut Pendidikan Guru bagi Tahun 2023.

Mari sama-sama kita saksikan.

*(Selepas tayangan video montaj)

Penutup / Nyanyian
lagu IPGM / Dengan berakhirnya tayangan video montaj sebentar
Nyanyian lagu tadi, maka berakhirlah Majlis Pelancaran Dekad

Bahasa Jiwa Bangsa Bahasa Peringkat Institut Pendidikan Guru bagi Tahun
2023.
/ Sesi Fotografi /
Jamuan
Cantik berseri cincin permata,
Cincin dibeli dengan Cik Embun,
Jika kami tersilap kata,
Jari sepuluh memohon ampun.

Saya mewakili pihak majlis merakamkan ribuan terima


kasih kepada semua yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam merealisasikan Majlis
Pelancaran Dekad Bahasa Peringkat Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu bagi Tahun
2023.

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Institut


Pendidikan Guru Malaysia dan lagu Bahasa Jiwa
Bangsa.

Oleh itu hadirin diminta untuk berdiri.

*(Selepas nyanyian dua buah lagu)

Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah


assalamualaikum w.b.t.

Sebagai tanda kenang-kenangan, dijemput


semua tetamu kehormat, ketua-ketua jabatan,
ketua- ketua unit, dan para pensyarah berada di
hadapan pentas bagi sesi fotografi.

Seterusnya, diminta tetamu kehormat untuk ke


dewan makan bagi jamuan.

(*Sesi fotografi)
RUJUKAN
Ahmad. (2011). Elemen Asas Pengurusan Acara Edisi ke 2. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azam Aziz (2015) Pengurusan Majlis dan Acara. Retrieved from


https://prezi.com/m/q7rfg1v3xmob/pengurusan-majlis-acara/

Jabatan Perdana Menteri. (2014). Panduan Pengurusan Majlis dan Acara. Bahagian
Pengurusan Acara Jabatan Perdana Menteri.

Samsudin Wahab. (2006). Panduan Protokol & Tatatertib Majlis. PTS PROFESSIONAL
Publisihing Sdn Bhd.

Sapinah Zakaria & Azlin Zainal Abidin. (2021). Protokol Pengurusan Dan Pengendalian
Majlis Rasmi. IMPRESS Training & Consultant.

Anda mungkin juga menyukai