Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA

BENGKEL INTERGRITI DAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BILIK DARJAH


MBPK 2023
TARIKH : 28.10.2023
TEMPAT : DEWAN PUTERI LINDUNGAN BULAN

PENGACA ANN CATATAN


RA
CIKGU Pengumuman dari semasa ke semasa PENGUMUM
ROSNITA AN
Perhatian kepada semua guru, anda diminta untuk
berada dalam keadaan tenang dan bersedia kerana
majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Terima
kasih.

CIKGU Pengumuman ketibaan VIP LAGU


IRDINA GAMELAN

MENGUMUMKAN KETIBAAN,

TUAN AZUAR SHAHNAZ BINTI ABDUL AZIZ,


KETUA PENOLONG PENGARAH (SEKTOR
INTEGRITI),
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH,

PUAN MORNIYATI BINTI MOHAMAD,


PENOLONG PENGARAH (SEKTOR
PENDIDIKAN KHAS),
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH,

DIIRINGI PARA PENTADBIR MASUK KE DALAM


DEWAN.
CIKGU BISMILLAHIRAHMANNIRRAHIM....ASSALAMUAL
SHAIMAA AIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH.
SALAM SEJAHTERA, SALAM MALAYSIA
MADANI.

YANG BERBAHAGIA,
TUAN AZUAR SHAHNAZ BINTI ABDUL AZIZ,
KETUA PENOLONG PENGARAH (SEKTOR
INTEGRITI),
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH,

YANG BERBAHAGIA,
PUAN MORNIYATI BINTI MOHAMAD,
PENOLONG PENGARAH (SEKTOR
PENDIDIKAN KHAS),
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH,

YANG BERUSAHA,
PUAN ROSIAH BINTI RAMLI,
GURU BESAR SKPK ALOR SETAR.

Barisan pentadbir, Guru-guru dan Staff SKPK


ALOR SETAR yang berdedikasi sekalian.

SELAMAT DATANG KE BENGKEL INTEGRITI


DAN AMALAN BAIK PENGURUSAN BILIK
DARJAH MBPK TAHUN 2023
INDAH BERBALAM SI AWAN PETANG,
CIKGU BERARAK DI CELAH POHON CEMARA;
ROSNITA PEMANIS KALAM SELAMAT DATANG,
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.

Bersyukur kita ke Hadrat Ilahi, justeru dengan Inayah


dan Kurnia-Nya dapat kita berkumpul bersama-sama
dalam dewan yang indah pada pagi yang hening ini.
Marilah kita mengikhlaskan kehadiran kita dalam
majlis ilmu pada pagi ini demi kecemerlangan
pendidikan dan kebaikan pelajar kita.

Tahniah kepada tuan puan yang sanggup berkorban


untuk berada di sekolah pada hari Sabtu ini.
Sesungguhnya menuntut ilmu itu tiada had dan
batas sempadannya. Tuntutlah Ilmu hingga ke negeri
Cina’. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.
Insya Allah.

Bagi pihak majlis juga, saya mengalu-alukan


kedatangan dua penceramah jemputan ke Bengkel
INTEGRITI DAN AMALAN BAIK PENGURUSAN
BILIK DARJAH MBPK TAHUN 2023 ANJURAN
JAWATANKUASA LATIHAN DALAM
PERKHIDMATAN.

Terima kasih atas kesediaan tuan, puan memenuhi


undangan pihak sekolah dan selamat berkenalan.
CIKGU BACAAN DOA
IRDINA

Sayang kumbang mencari makan


Terbang seiring di tepi kali
Selamat datang diucapkan
Moga diiring restu Illahi.

Oleh itu, bagi memberkati Majlis kita pada hari


yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama
kita aminkan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz
mohd Syuhill. Dipersilakan.

BACAAN DOA TAMAT*

Amin-amin ya Rabbal Alamin..

CIKGU NYANYIAN LAGU NEGARAKU & LAGU NEGERI


SHAIMAA’ KEDAH

Hadirin sekalian, majlis kita diteruskan lagi


dengan nyanyian lagu Negaraku & Lagu Negeri
kedah.

Oleh itu, diminta semua untuk berdiri dan


menyanyikan lagu.
\

CIKGU UCAPAN GURU BESAR


ROSNITA
Hadirin dipersilakan duduk.

Seterusnya, Seterusnya majlis dengan segala


hormatnya mempersilakan Puan Rosiah Binti
Ramli , Guru Besar SKPK Alor Setar untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

CIKGU Terima kasih untuk ucapan Puan sebentar tadi.


IRDINA

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, program


kita pada hari ini dibahagikan kepada tiga slot.

SLOT 1 : DIMULAKAN
Tanpa melengahkan masa lagi, majlis dengan
segala sukacitanya mempersilakan Tuan Azuar
Shahnaz binti Abdul Aziz ketua penolong
pengarah (sektor integriti),

untuk mengendalikan slot pertama yang


berkaitan INTEGIRITI PENJAWAT AWAM.
Dipersilakan.

CIKGU Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada


SHAIMAA’ Tuan Azuar Shahnaz binti Abdul Aziz atas segala
penerangan dan pengetahuan baru yang
dikongsikan bersama kita sebentar tadi.

Syabas cikgu-cikgu atas kesabaran dan


perhatian yang telah diberikan.

Sebagai tanda kenangan, saya bagi pihak majlis


mempersilakan Yg Berusaha Puan Guru Besar
SKPK ALOR SETAR, menyampaikan
cenderamata serta sesi fotografi bersama
penceramah kita pada hari ini.
Terima kasih Puan Guru besar.

CIKGU
ROSNITA Para hadirin sekalian,

Harap semua sudah bersedia kerana kita akan


mulakan slot yang kedua.

Untuk itu, dengan segala hormatnya,


saya menjemput Puan Morniyati binti Mohamad
penolong pengarah sektor pendidikan khas
untuk memulakan ceramah beliau yang bertajuk
peranan guru dan PPM dalam pengurusan bilik
darjah yang berkesan. Dipersilakan.
SOLAT KEDUA TAMAT *

Majlis merakamkan ribuan terma kasih kepada


Puan Morniyati binti Mohamad di atas curahan
ilmu kepada kita semua pada pagi ini.

Sebagai tanda kenangan, saya bagi pihak majlis


mempersilakan Yg Berusaha Puan Guru Besar
SKPK ALOR SETAR, menyampaikan
cenderamata serta sesi fotografi bersama
penceramah kita pada hari ini.
Terima kasih Puan Guru besar.

Dijemput para penceramah untuk menikmati


jamuan yang disediakan ( CONFIRM BALIK
YANG NI )

CIKGU SLOT 3 – PENGURUSAN KOKURIKULUM


IRDINA

Harap semua sudah bersedia kerana kita akan


mulakan slot yang terakhir.

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis dengan


segala sukacitanya mempersilakan PUAN
AMIROH BINTI ABU BAKAR , PENOLONG
KANAN KOKUIRKULUM SKPK ALOR SETAR
untuk menyampaikan ceramah berkaitan
Pengurusan Kokurikulum.. Dipersilakan.
CIKGU SLOT 3 TAMAT*
SHAIMAA’
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada
Puan Amiroh atas segala penerangan dan
pengetahuan baru yang dikongsikan bersama
kita sebentar tadi.

Syabas cikgu-cikgu atas kesabaran dan


perhatian yang telah diberikan.

Sebagai tanda kenangan, saya bagi pihak majlis


mempersilakan Yg Berusaha Puan Guru Besar
SKPK ALOR SETAR untuk menyampaikan sijil .

CIKGU Nampaknya …
IRDINA Majlis kita telah sampai ke penghujungnya.
Syabas semua atas kesabaran dan perhatian
yang diberikan sepanjang slot ini diadakan.
Mudah-mudahan ada sesuatu yang telahpun kita
perolehi pada majlis hari ini .

Sebelum bersurai, saya mewakili jawatankuasa


bengkel merakamkan ucapan terima kasih
kepada semua peserta bengkel dan semua pihak
yang terlibat dalam memastikan penganjuran
bengkel berjalan dengan jayanya pada hari ini.
Mohon maaf dari saya andai ada terkasar bahasa,
terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis
sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu
datangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan
itu adalah kelemahan saya.
Sekian,wabillahitaufiqwahidayah..assalamualaiku
m wbth dan terima kasih.

Semua guru dan staf dijemput ke hadapan pentas


untuk sesi fotografi sebagai kenangan.

Dijemput para hadirin untuk menjamu selera


dengan jamuan yang disediakan.

Anda mungkin juga menyukai