Anda di halaman 1dari 6

Skrip Pengacara Majlis

Program:

SERVICE LEARNING MALAYSIA-UNIVERSITY OF SOCIETY (SULAM) 2023

ANJURAN:

Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi Mara Kampus Bandaraya Melaka

Tempat:

SMK Telok Mas

Tarikh:

08 Disember 2023

Masa:

12.15 tengah hari sehingga 6.40 petang


TEKS PENGACARA MAJLIS UNTUK BAHAGIAN PENUTUP

Sebelum Majlis
Assalamualaikum WBT,

Untuk makluman para hadirin, majlis kita akan bermula sebentar


sahaja lagi. Para hadirin diminta untuk mengurangkan pergerakan
keluar masuk dewan dan kekal berada di tempat duduk masing-
masing.

Mohon kerjasama para hadirin untuk memastikan telefon bimbit


dalam keadaan mod senyap dan BERDIRI SEBAIK SAHAJA KETIBAAN
PARA TETAMU DIUMUMKAN.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan para hadirin ke


majlis PROGRAM SERVICE LEARNING MALAYSIA-UNIVERSITY OF
SOCIETY (SULAM) 2023.

Nyanyian lagu Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat masuk ke dalam dewan.

Hadirin diminta untuk terus berdiri untuk menyanyikan lagu


Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM.

.......................................................................

Hadirin dipersilakan duduk.


Salutasi YANG BERBAHAGIA, ENCIK RUZALEE BIN JAILANI, Penolong Kanan
Pentadbiran SMK Telok Mas.

YANG BERUSAHA, ENCIK AMIRUDIN MOHD NOR, Pensyarah UiTM


Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka.

Seterusnya, yang saya hormati para guru serta barisan Ahli


Jawatankuasa Program SULAM dan para pelajar SMK Telok Mas
yang dikasihi sekalian.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Saya MAIZATUL MAISARAH merupakan pengacara majlis anda pada


hari ini.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan berkat


limpah kurnia-Nya, dapat kita berkumpul pada hari yang berbahagia
ini dalam PROGRAM SULAM 2023.

Bacaan Doa Bagi menambahkan keberkatan majlis kita pada hari ini, majlis
menjemput SAUDARA MUHAMMAD HAZWAN BIN HISHAM untuk
mengetuai bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
............................................................................
Amin Amin Ya Rabbal ‘Alamin. Terima kasih diucapkan kepada
SAUDARA MUHAMMAD HAZWAN BIN HISHAM atas bacaan doa itu
tadi. Semoga majlis pada hari ini mendapat barakah dari-Nya.
Semasa Majlis Para hadirin yang dihormati,
(Ucapan Dari Ketua
Projek) Sebagai pembuka tirai majlis pada hari ini, majlis dengan ini
menjemput YANG BERBAHAGIA ENCIK RUZALEE BIN JAILANI,
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Telok Mas untuk menyampaikan
sepatah dua kata.

Dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepada Yang


Berusaha ENCIK RUZALEE BIN JAILANI, Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Telok Mas yang telah sudi menyampaikan ucapan.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput SAUDARA MUHAMMAD


AFIF BIN ZUBAIR, Ketua Projek SULAM untuk memberikan ucapan
seterusnya merasmikan program kita pada hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada SAUDARA MUHAMMAD AFIF BIN


ZUBAIR, Ketua Projek SULAM kerana telah sudi menyampaikan
ucapan.

Penyampaian
hadiah dan Hadirin yang dimuliakan,
Cenderamata

Sebelum kita mengakhiri majlis pada hari ini, majlis kita akan
diteruskan dengan penyampaian hadiah dan cenderamata. Bagi
menyempurnakan atur cara ini, majlis menjemput Yang Berbahagia
ENCIK RUZALEE BIN JAILANI, Penolong Kanan Pentadbiran SMK
Telok Mas diiringi oleh SAUDARI SAIDATUL NATASHA BINTI MOHD
SAFRI untuk naik ke pentas.

Dipersilakan.
(STANDBY NAMA PEMENANG).
Penyampaian hadiah dimulakan dengan penerima hadiah saguhati
dari kategori LDK dan E&G. Dipersilakan wakil ketua kumpulan
1…....2…..3……. Seterusnya, pemenang Tempat ketiga…... tempat
kedua… dan tempat pertama…. (dijemput wakil ketua kumpulan
untuk menerima hadiah) untuk tampil menerima hadiah.

Terima kasih diucapkan kepada ENCIK RUZALEE BIN JAILANI,


Penolong Kanan Pentadbiran SMK Telok Mas dan SAUDARI
SAIDATUL NATASHA atas penyampaian hadiah sebentar tadi.
.................................................................
Adat Melayu budaya dijulang,
Tetamu bertandang diberikan bingkisan,
Sebelum pulang ditinggalkan balasan,
Untuk mengeratkan hubungan persaudaraan.
..........................................................

Sebagai tanda penghargaan dan atas kesudian hadir


menyempurnakan majlis kami pada hari ini, majlis dengan segala
sukacitanya menjemput ENCIK AMIRUDIN MOHD NOR, Pensyarah
UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka untuk
menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada ENCIK
RUZALEE BIN JAILANI, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Telok Mas
yang sudi hadir memeriahkan majlis pada hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada ENCIK RUZALEE BIN JAILANI,


Penolong Kanan Pentadbiran SMK Telok Mas dan ENCIK AMIRUDIN
MOHD NOR, Pensyarah UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya
Melaka atas penyampaian cenderamata sebentar tadi.
Penutup Para hadirin yang dirahmati sekalian,

Program SULAM 2023 telah pun sampai ke penghujungnya,

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Andai tersilap tutur bicara,
Jari disusun maaf dipinta.

Dengan itu,

Saya MAIZATUL MAISARAH selaku pengacara majlis hari ini ingin


memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersilap kata, terlanjur
bicara sepanjang kami mengendalikan majlis pada hari ini.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT, dan
yang buruk itu datangnya daripada kekhilafan kami sendiri.

Sekian, Wabillahi, Taufik Walhidayah, Assalamualaikum WBT.

Para hadirin diminta untuk kekal berada di dalam dewan bagi sesi
fotografi bersama tetamu kehormat yang hadir pada hari ini.

Anda mungkin juga menyukai