Anda di halaman 1dari 12

TEKS UCAPAN MC MALAM SUA MESRA

SUHANA Mohon perhatian


Majlis akan bermula sebentar lagi, diharap para hadirin dapat mengambil tempat masingmasing.

Untuk memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar, mohon para hadirin sekalian dapat
mematikan telefon bimbit atau menukarkannya dalam mod senyap sepanjang majlis
berlangsung, agar tidak menganggu majlis.

Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai, terima kasih.

SUHANA ~ SALUTASI~
AFZAN Sirih junjung penyeri majlis,
Malam kasi lasa kita raikan,
selamat datang tamu ke majlis,
majlis makan malam kita sajikan.

Kompang bergema pusaka bangsa,


Dipalu oleh si anak dara,
Hadir semua meriah suasana, Kami
menyambut dengan gembira

Assalamualaikum dan salam sejahtera serta selamat datang ke Majlis Malam Kasi Lasa PeWaniS
Pejabat Pendidikan Daerah Semporna sebagai pembuka tirai aktiviti 2019 bersesuaian dengan
tagline Pejabat Pendidikan Daerah Semporna Bersama Mendepani Cabaran.

SUHANA Hadirin dan hadirat sekalian,

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dipertemukan dalam majlis yang indah ini. Untuk makluman
hadirin sekalian, majlis Malam Kasi Lasa ini bertujuan menghargai segala usaha dan penat lelah
semua jawatankuasa yang terlantik bagi sesi 2017 sehingga kini dalam menjalankan amanah yang
telah diberikan sepanjang di samping hasil jualan meja pada malam ini sebagai mengisi tabung
PeWanis bagi menjayakan aktiviti sepanjang tahun ini. Majlis ini diraikan bagi mengeratkan lagi
silaturrahim antara persatuan-persatuan wanita sama ada kerajaan persekutuan mahupun negeri
termasuklah badan-badan NGO yang terdapat di daerah Semporna pastinya malam ini ialah malam
kita yang punya.

AFZAN Bagi memberkati lagi majlis ini, marilah kita sama-sama mengaminkan doa yang akan dibacakan
oleh

SAUDARA HAFIZAN BIN MOHAMAD DAIN.


(Bacaan doa)

*Amin Ya Rabbal A’lamin.


Terima kasih diucapkan kepada SAUDARA HAFIZAN BIN MOHAMAD DAIN atas bacaan doa
sebentar tadi.
SUHANA Hadirin sekalian,
majlis dengan ini mempersilakan SAUDARA LOKMAN BIN DAUD, PENGARAH PROGRAM MALAM
SUA MESRA untuk memberi ucapan alu-aluan.majlis dengan ini mempersilakan.

*terima kasih diucapkan kepada SAUDARA LOKMAN BIN DAUD atas ucapan sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan exco kebajikan dan Kemasyarakatan, Jawatankuasa
AFZAN mahasiswa kolej sesi 2009/2010, SAUDARA ROSDI BIN MUJI untuk memberikan sedikit ucapan.
Majlis mempersilakan.

*terima kasih diucapkan kepada SAUDARA ROSDI BIN MUJI atas kesudian beliau memberikan
ucapan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,


SUHANA Majlis dengan sukacitanya menjemput SAUDARA LUQMANULHAKIM BIN ABDUL HAKIM,
PENYELARAS BIRO KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Majlis mempersilakan.

*terima kasih diucapkan kepada SAUDARA LOKMAN BIN DAUD atas ucapan sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian
AFZAN Majlis tidak lengkap rasanya tanpa ucapan daripada
_________________________________________________ Untuk makluman hadirin dan
hadirat sekalian,_____________________________________________________adalah
penasihat baru bagi Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan. Majlis dengan penuh takzimnya
mempersilakan.

*terima kasih diucapkan


kepada______________________________________________________________atas ucapan
tersebut.

SUHANA Seterusnya Majlis menjemput semua tetamu jemputan untuk memotong kek Biro Kebajikan dan
Kemasyarakatan.

*terima kasih diucapkan kepada tetamu jemputan atas kesudian menyempurnakan acara
memotong kek itu tadi.

Sebelum memulakan majlis makan malam ini, dijemput SAUDARA AZIZ ISMAIL BIN SAPAIE untuk
AFZAN membacakan doa makan.dipersilakan.

*terima kasih diucapkan kepada SAUDARA AZIZ ISMAIL BIN SAPAIE atas bacaan doa itu sebentar
tadi.
Tanpa membuang masa saudara-saudari dijemput menikmati juadah yang telah disediakan.
SUHANA Bertamu rai di sandakan, gendang
gendut tali kecapi, sambil menonton
kita makan, pelbagai persembahan
akan diserikan.

Sambil menikmati hidangan, beberapa persembahan akan dipertontonkan kepada para hadirin
sebagai hiburan sampingan. Dengan ini majlis memulakan persembahan dengan menjemput
SAUDARA NOR MUHD KHAIROL AFZAN BIN MUHAMMAD untuk menyampaikan SAJAK beliau .
dipersilakan.

*terima kasih diucapkan kepada SAUDARA NOR MUHD KHAIROL AFZAN BIN
MUHAMMAD atas persembahan yang sungguh menarik tadi.

hadirin dan hadirat,


AFZAN majlis ini diteruskan lagi dengan persembahan KUMPULAN SENIOR RAKAN EXCO Biro
kebajikan dan Kemasyarakatan. dipersilakan.

*terima kasih diucapkan kepada KUMPULAN SENIOR RAKAN EXCO atas persembahan yang
sungguh menarik tadi.
SUHANA Seterusnya majlis menjemput SAUDARA HAFIZAN BIN MOHAMAD DAIN untuk
menyampaikan dua buah lagu nasyid sebagai halwa telinga hadirin dan hadirat sekalian. Majlis
mempersilakan.

*terima kasih diucapkan kepada SAUDARA HAFIZAN BIN MOHAMAD DAIN atas
persembahan tadi.

LOKMAN Hadirin dan hadirat sekalian

Tidak lengkap rasanya majlis kita pada malam ini tanpa persembahan daripada KUMPULAN
JUNIOR RAKAN EXCO Biro kebajikan dan Kemasyarakatan. dipersilakan.

*terima kasih diucapkan kepada SAUDARA HAFIZAN BIN MOHAMAD DAIN atas
persembahan itu tadi.

AFZAN Majlis diteruskan lagi dengan menjemput SAUDARI SITI ROSNANI BT ROSLEI UNTUK
menyampaikan persembahan beliau. Dipersilakan.

*terima kasih diucapkan kepada SAUDARI SITI ROSNANI BT ROSLEI atas persembahan itu
tadi
SUHANA Sekarang tibalah kepada acara yang dinantikan-nantikan iaitu ANUGERAH KING AND QUEEN
OF THE NIGHT. Untuk menyempurnakan anugerah ini, majlis mempersilakan
_______________________________________________ diiringi oleh
_________________________________________________ .

Untuk ANUGERAH KING OF THE NIGHT dijemput


______________________________________________

Untuk ANUGERAH QUEEN OF THE NIGHT


dijemut______________________________________________.

Tahniah diucapkan
kepada_______________________________________________________dan
_______________________________________________________________. Terima kasih
diucapkan kepada
___________________________________________________________________ atas kesudian
beliau menyempurnakan penganugerahan itu tadi

Majlis menjemput PENGARAH MALAM SUA MESRA, SAUDARA LOKMAN BIN DAUD
AFZAN untuk menyampaikan cenderahati kepada kakanda-kakanda kami iaitu exco Kebajikan dan
kemasyarakatan jawatankuasa mahasiswa kolej Harun Aminurrashid . dijemput
SAUDARA ROSDI BIN MUJI.

DIJEMPUT SAUDARI RADZIAH BT MOHD REJAB.

* Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada SAUDARA LOKMAN BIN DAUD atas
kesudian beliau menyampaikan cenderahati sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian
SUHANA
Majlis kita pada malam ini tdak lengkap rasanya tanpa penyerahan cenderahati tanda kenangan
kepada tetamu jemputan. Oleh itu majlis menjemput SAUDARA LOKMAN BIN DAUD,
Pengarah Majlis Sua Mesra mengiringi SAUDARA ROSDI BIN MUJI, Exco Kebajikan dan
Kemasyarakatan untuk menyampaikan cenderahati.

DIJEMPUT
AFZAN
* EN. SUNIZA BIN MUSTAFFA

* SAUDARA MOHAMAD SOFFIAN BIN ALI * SAUDARI NURUL AIN SHAHIDA

BT MUHD SALIM

* SAUDARA LUQMANULHAKIM BIN ABDUL RAHIM.

~ Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada SAUDARA ROSDI BIN MUJI atas kesudian
beliau menyampaikan cenderahati sebentar tadi.
SUHANA Sebelum majlis melabuhkan tirai, marilah sama-sama kita menyaksikan montaj yang telah
disediakan.

AFZAN Dengan berakhirnya tayangan montaj itu tadi maka berakhirlah majlis kita pada malam ini.

Jutaan penghargaan & ribuan terima ksih kepada tetamu-tetamu undangan kerana sudi
menghadirkan diri dalam Majlis Sua Mesra ini.

Tidak lupa juga kepada hadirin & hadirat sekalian yang sudi meluangkan masa. Sesungguhnya
yang baik itu datang dari Allah dan kelemahan itu datangnya dari diri ini sendiri.

Saya mewakili Jawatankuasa Pelaksana Program memohon maaf seandainya terdapat kesilapan
dan kekurangan sepanjang majlis ini diadakan.

AFZAN N SEKIAN..
SUHANA
WABILAHHI TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM W.R.T
SALUTASI

1. YANG BERHORMAT PUAN NORAZLINA BINTI ARIF,


PEMBANTU MENTERI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT NEGERI SABAH,
MERANGKAP ADUN N.51 KUNAK.

2. YANG BERHORMAT DATIN MANIS MUKA BINTI HAJI MOHD DARA


ADUN N.54 BUGAYA, SEMPORNA

3. YANG BERHORMAT DATUK HAMISAH SAMAT,


ADUN N.59 TANJUNG BATU TAWAU.

4. YANG BERUSAHA PUAN FATIMAYA BINTI HAJI ABD RAUF


PENGERUSI PEWANIS DAERAH SEMPORNA.

5. YANG DIHORMATI PUAN MAIMUNA BINTI HAJI OSMAN


PENGERUSI PEWANIS TAWAU,

6. YANG DIHORMATI PUAN HAJAH GAMBALIDAH BINTI HAJI MOHD JAHIRI,


TIMBALAN PENGERUSI PEWANIS SEMPORNA.

7. YANG DIHORMATI DATIN SAADIAH BINTI HAJI ABD RASHAD,


PENGARAH URUSAN RASPAND MOTOR SDN BHD

8. YANG DIHORMATI PUAN AZMAH BINTI PASANG,


PUSAT SERVIS DAMAI SEMPORNA.

9. PEWANIS-PEWANIS SEMPORNA, KUNAK DAN TAWAU.

10. PERSATUAN-PERSATUAN WANITA KERAJAAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN.

11. BADAN-BADAN NGO WANITA

12. WIRAWATI PARTI WARISAN. SIDANG HADIRIN DAN HADIRAT SEKELIAN.

Anda mungkin juga menyukai