Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARAAN MAJLIS LAMBAIAN KASIH

“SESAAT BERSAMA, SEABAD TERASA”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Mohon perhatian, Majlis akan dimulakan sebentar saja lagi,
Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, hadirin diminta agar
mematikan telefon bimbit atau meletakkannya di dalam pengaturcaraan
senyap.
Hadirin yang turut serta melalui platform ATAS TALIAN juga diminta untuk
kekal berada di GOOGLE MEET ini sehingga majlis selesai.

Mengumumkan kehadiran tetamu Yang Diraikan PUAN NORASIKIN BINTI


YUSOF, CIK AZWINA BINTI ZAINOL ABIDIN dan CIK WAN NUR ATIQAH
BINTI WAN MOHAMAD diiringi bersama-sama YANG BERBAHAGIA,
ENCIK SAIPULSAHRI BIN MASDAR, Pengetua SMK Seri Lalang masuk ke
perkarangan majlis.

***Sekiranya VIP SUDAH ADA, TERUSKAN DENGAN UCAPAN ALUAN

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring ditepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu ilahi.

Awal bismillah pembuka bicara,


Ucapan alu-aluan pemula acara,
Selamat datang kata disua,
“SESAAT BERSAMA, SEABAD TERASA” Majlis bernama.

Bismillahirrahmanirrahim..Asalamualaikum w.b.k dan Salam Sejahtera…

Yang Berbahagia, ENCIK SAIPULSAHRI BIN MASDAR, Pengetua SMK Seri


Lalang, Yang Berusaha, PUAN RUSITA BINTI RAHMAT, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran, Yang Berusaha, ENCIK MOHD NORIZAN BIN MOHD
ZAIDI, Guru Penolong Kanan Hal Elwal Murid, Yang Berusaha PUAN
RUHAIZAT BINTI SAMSURI, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Barisan Guru Kanan Bidang, Yang diraikan PUAN NORASIKIN BINTI
YUSOF, CIK AZWINA BINTI ZAINOL ABIDIN dan CIK WAN NUR ATIQAH
BINTI WAN MOHAMAD,

Rakan-rakan guru dan AKP yang dikasihi sekalian,

SELAMAT DATANG KE MAJLIS LAMBAIAN KASIH


“SESAAT BERSAMA, SEABAD TERASA”

Anugerah di kecap si anak watan


Mengangkat senjata bidalan suara
Menadah tangan memohon keberkatan
Mendapat restu hidup sejahtera
.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada pagi yang berbahagia ini, marilah
sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz
Mohd Nawaar bin Abu Mukhtar. Majlis mempersilakan..

Amin amin Ya Rabbal Allamin

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Nawwar bin Abu Mukhtar atas
pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Diharapkan majlis kita pada hari yang
berbahagia ini diberkati oleh Rabbul Izzati.

Hadirin Sekalian,

Kita teruskan majlis dengan ucapan:

Sudilah tuan tampil ke depan,


Tampil ke depan menyambut salam,
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya menjemput serta mempersilakan


YANG BERBAHAGIA, ENCIK SAIPULSAHRI BIN MASDAR, Pengetua SMK
Seri Lalang untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan ini mempersilakan….

Jutaan terima kasih diucapkan kepada YANG BERBAHAGIA, ENCIK


SAIPULSAHRI BIN MASDAR atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan,


Itu adat, itu lumrah kehidupan,
Begitulah rentetan perjalanan.

Pergi ke kota membeli selasih,


Sayang si dara buat halwa,
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu UCAPAN PARA GURU YANG
DIRAIKAN, untuk itu majlis menjemput serta mempersilakan PUAN
NORASIKIN BINTI YUSOF untuk menyampaikan ucapan.

***Terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh PUAN NORASIKIN


BINTI YUSOF sebentar tadi.

Seterusnya, majlis menjemput serta mempersilakan CIK AZWINA BINTI


ZAINOL ABIDIN untuk menyampaikan ucapan.

***Jutaan terima kasih diucapkan kepadan CIK AZWINA BINTI ZAINOL


ABIDIN diatas ucapannya sebentar tadi.

Kemudian, majlis menjemput serta mempersilakan CIK WAN NUR ATIQAH


BINTI WAN MOHAMAD untuk menyampaikan ucapan.

***Terima kasih atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-


kenangan buat guru-guru yang diraikan.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan


mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Pengetua,
ENCIK SAIPULSAHRI BIN MASDAR sebagai wakil menyampaikan
cenderamata kepada Yang Diraikan PUAN NORASIKIN BINTI YUSOF
sebagai kenang-kenangan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, ENCIK SAIPULSAHRI


BIN MASDAR atas kesudian menyampaikan cenderamata kepada PUAN
NORASIKIN BINTI YUSOF sebentar tadi…

Seterusnya, dipersilakan Yang Berusaha, PUAN RUSITA BINTI RAHMAT


untuk turut bersama tampil kehadapan sebagai wakil menyampaikan
cenderamata kepada YANG DIRAIKAN CIK AZWINA BINTI ZAINOL ABIDIN
sebagai tanda kenang-kenangan. Dipersilakan….

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, PUAN RUSITA BINTI


RAHMAT atas kesudian menyampaikan cenderamara kepada CIK AZWINA
BINTI ZAINOL ABIDIN sebentar tadi…
Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha, ENCIK MOHD NORIZAN
BIN MOHD ZAIDI sebagai wakil menyampaikan cenderamata kepada Yang
Diraikan CIK WAN NUR ATIQAH BINTI WAN MOHAMAD sebagai tanda
kenang-kenangan. Dipersilakan….

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, ENCIK MOHD NORIZAN


BIN MOHD ZAIDI atas kesudian menyampaikan cenderamara kepada CIK
WAN NUR ATIQAH BINTI WAN MOHAMAD sebentar tadi…
Dengan ini,berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini, Terima kasih diucapkan
kepada semua rakan guru yang diraikan diatas kesudian untuk bersama-sama
menjayakan majlis ini dan kami semua warga SMK Seri Lalang mendoakan
agar semua rakan guru akan sentiasa cemerlang pada masa akan datang.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua tetamu dan hadirin yang
sudi meluangkan masa pada hari ini.

Akar keladi melilit selasih


Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT dan kelemahan itu datang
daripada pihak kami sendiri. Saya sudahi ucapan saya dengan lafaz yang
mulia wabillah hitaufiq walhidayah wassalam mualaikum warah matuallahi
wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai