Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirrahmanirrahim ,assalamualaikum wArahmatullahi wabarakatuh dan

salam sejahtera

Yang Berusaha, Pn Rosliza Taib, Pengetua SMK P Sultan Ibrahim


Yang dihormati, Barisan Penolong Kanan, Barisan Ketua Bidang,
Yang diraikan, Pn Wanita A kadir, Barisan guru dan rakan staff sokongan yang
dirahmati ALLAH sekalian,

Selamat Datang ke : Majlis ”Perpisahan sempena Pertukaran” Pn Wanita A Kadir

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada petang berbahagia ini, marilah sama-
sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz M Ali
Khanafiah

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz M Ali Khanafiah


atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin & Hadirat Yang Dihormati Sekelian.

Lebat rumbia dahannya rendah


Sayang senduduk ditepi muara
Penganan mulia terletak sudah
Samalah duduk menjamu selera

Majlis Menjemput Tetamu Yang Diraikan Beserta Semua Guru dan Staff SIGS Untuk
Menjamu Selera

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Awal kan berakhir,


Terbit akan tenggelam,
Pasang akan surut,
Bertemu akan berpisah
(lagu sampai jumpa oleh Endank Soekamti)

Pergi ke kota beli selasih,Sayang si dara buat halwa;Berilah kata simpulan


kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian
Tibalah kita ke majlis ucapan.Yang Berusaha Puan Pengetua SMK P Sultan
Ibrahim, Pn Rosliza Taib untuk menyampaikan ucapan, Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Puan Pengetua Pn Rosliza Taib atas ucapan
itu tadi.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang
Diraikan Pn Wanita A Kadir. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan
mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang


Diraikan Pn Wanita A Kadir. atas ucapan itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda


kenang-kenangan buat insan yang kita raikan iaitu Pn Wanita A Kadir..

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan


mempersilakan Puan Pengetua untuk mengiringi Yang Diraikan Pn Wanita A
Kadir untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Dipersilakan Puan Pengetua, Pn Rosliza Taib untuk menyampaikan cenderamata


dari pihak pentadbir
……………Terima Kasih.

Dipersilakan Puan Norhayanti Yahya untuk menyampaikan cenderamata dari


pihak Staff SIGS.
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Pn Haslina Abd samat untuk menyampaikan cenderamata dari pihak


Kebirus.
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Wakil PIBG Ustaz M Ali Khanafiah M Khayat untuk menyampaikan


cenderamata dari pihak PIBG . Dan juga dipersilakan Ustaz Ali untuk
menyampaikan cenderamata dari pihak Surau.
…………….Terima Kasih.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk


Yang Diraikan Pn Wanita A Kadir.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai


cenderamata sebentar tadi.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.


Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima kasih diucapkan
kepada Yang diraikan Encik Hissam kerana sudi bersama kita pada petang ini dan
kami semua mendoakan agar Encik Muhammad Hissam ceria di tempat baru.

Terima Kasih juga diucapkan kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum


Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai