Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN PN ARIFFAH BINTI KAMARUDDIN

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan, Pn Ariffah binti Kamaruddin dengan diiringi


Pn Yin Siew Lye, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Dato’ Haji Mohd Taib masuk ke
tapak perhimpunan.

Semua hadirin diminta untuk berdiri untuk nyanyian lagu Negaraku.

(Selesai nyanyian…) Semua Hadirin dijemput duduk..

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan


Salam Sejahtera,

Yang Berusaha, Pn Yin Siew Lye, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Dato Haji
Mohd Taib,
Yang diraikan, Pn Ariffah binti Kamaruddin,
Yang dihormati, Barisan Penolong Kanan, Barisan Ketua Bidang, Barisan guru dan
para pelajar yang dirahmati ALLAH sekalian,

Selamat Datang ke “Majlis Perpisahan sempena Pertukaran” Pn Ariffah binti


Kamaruddin, Penolong Kanan Kokurikulum yang dinaikkan pangkat menjadi
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Jalan Tasek Ipoh Perak yang berkuatkuasa
esok, 20 Julai 2022.

Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati,

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada pagi yang penuh rahmat ini, marilah
sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Saudara Aqil
Rosli dari Kelas 4 Arif

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. (bacaan doa)…..


Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Aqil atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan,


Itu adat, itu lumrah kehidupan,
Begitulah rentetan perjalanan,

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa,
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Majlis akan diteruskan lagi dengan menjemput Pn Hasmaliza binti Muhamad Saad
selaku Pengerusi Kelab Guru dan Staf Sokongan untuk menyampaikan sepatah dua
kata, Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Hasmaliza atas ucapan itu tadi.

Majlis seterusnya, ingin menjemput dan mempersilakan Puan Intan Rozana binti
……………………. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Dato’ Haji Mohd Taib
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Intan Rozana atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang
Diraikan, Pn Ariffah binti Kamaruddin. Majlis dengan segala hormatnya ingin
menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang


Diraikan Pn. Ariffah atas ucapan itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda


kenang-kenangan buat insan yang kita raikan iaitu Pn Ariffah binti Kamaruddin.

Sebelum itu, majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan
Pn. Yin Siew Lye untuk mengiringi Yang Diraikan Pn. Ariffah binti Kamaruddin
untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Dipersilakan Pn Intan Rozana untuk menyampaikan cenderamata dari pihak


pentadbiran sekolah.
……………Terima Kasih Pn. Intan.

Dipersilakan Puan Hasmaliza binti Muhamad Saad untuk menyampaikan


cenderamata dari Kelab Guru dan Staff Sokongan sekolah.
…………….Terima Kasih Pn Hasmaliza.

Dipersilakan Pn Haslina binti Johari untuk menyampaikan cenderamata dari Bidang


kemanusiaan.
……………… Terima Kasih Pn. Haslina.

Dipersilakan Encik Meor Abdul Halim bin Meor Abdul Ghani untuk menyampaikan
cenderamata dari pihak Panitia Bahasa Inggeris.
…………….Terima Kasih En. Meor

Dipersilakan Pn. Siti Meriam Awang untuk menyampaikan cenderamata peribadi.


…………….Terima Kasih Pn. Siti Meriam.

Dipersilakan ………… untuk menyampaikan cenderamata dari pihak …………


…………….Terima Kasih………………

Dipersilakan …………….untuk menyampaikan cenderamata dari pihak ……


…………….Terima Kasih……….

Dipersilakan …….untuk menyampaikan cenderamata dari pihak ………….


…………….Terima Kasih………

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk


Yang Diraikan Pn. Ariffah binti Kamaruddin
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai
cenderamata sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi,


Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Budi Puan jadi kenangan.

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima kasih diucapkan
kepada Yang diraikan Pn. Ariffah binti Kamaruddin kerana sudi bersama kita pada
pagi ini dan kami semua mendoakan agar Pn Ariffah ceria dan bahagia di tempat
baru.

Terima Kasih juga diucapkan kepada semua hadirin yang sudi meluangkan masa
bersama-sama memeriahkan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum


Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai