Anda di halaman 1dari 4

Bismillahi rahmanirrahim

Assalammualaikum wbh dan salam sejahtera

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Lim Chin Oo, Pn. Ong Siew
Mui, En. Mohd Redzuan Bin Hamid dan Pn. Charlet June Bemy Harris
diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan.

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis “Sanjungan Budi Kilauan Bakti”
Khas untuk hadirin semua

Yang berusaha,
Pn. Faridah Bt Salleh
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kota

Yang Berusaha dan yang diraikan


En. Lim Chin Oo
Mantan PK Ko Kurikulum

Pn. Ong Siew Mui


En. Mohd Redzuan Bin Hamid
Pn. Charlet June Bemy Harris

Yang berusaha
En. Zol Azmi Bin Ahmad
Yang Dipertua PIBG
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kota

Yang Berusaha
En. Desmond Morgan John a/l John Louis
Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Berusaha
Pn. Wan Niyati Bt Wan Abdul Ghani
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

barisan guru kanan, rakan-rakan guru dan staf SEMESTA sekalian


Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari pulau mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Tenang-tenang air laut


Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurniaNya, dapat kita
bersama-sama pada tengah hari ini, di Dewan SEMESTA yang damai di
mata dan bergelora di hati ..untuk meraikan saat suka dan duka warga Sri
Kota di atas persaraan En. Lim Chin Oo dan Pn. Ong Siew Mui dan
pertukaran En. Mohd Redzuan bin Hamid ke SMK Simpang dan Pn. Charlet
Jun Bemy Harris ke SMK Hua Lian yang sangat kita kasihi dan sayangi…..

Warga Sri Kota sekalian,

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati

Bagi memperolehi keberkatan pada pagi yang mulia ini, majlis


mempersilakan Ustaz Hj. Sayuti bin Mat Nawi untuk membacakan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*
Amin 2x...Ya rabbal a’lamin....Terima kasih kepada Tn. Hj. Sayuti.Semoga
majlis kita pagi ini memperolehi keberkatan dan keredaanNya.
Insyaallah.....
Guru-guru dan staf sekalian……

Seterusnya majlis dengan rasa berbesar hati mempersilakan Yang Berusaha


Pn. Faridah Bt Salleh, Pengetua SMK Sri Kota untuk menyampaikan ucapan
sebagai mewakili semua warga SMK Sri Kota ……dipersilakan dengan
segala hormatnya……

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan Puan Faridah Bt Salleh
itu tadi.

Rakan guru dan staf sekalian,

seterusnya marilah kita sama-sama menyaksikan montaj yang disediakan…..

Acara Penyampaian Hadiah

Sebagai mengenang jasa…………………………………. kepada warga


SMK Sri Kota selama ini…dijemput ………………………………….
untuk menerima hadiah daripada warga Sri Kota………

Dengan berakhirnya acara penyampaian hadiah itu tadi tersebut berakhirlah


juga acara kita pada malam ini…. …kita semua doakan semoga En. Lim
Chin Oo, Pn. Ong Siew Mui, En. Mohd Redzuan Dan Pn. Charlet June akan
terus berbahagia dengan kehidupan yang baru….

Pucuk pauh delima batu


Anak Sembilang di tapak tangan
Walaupun Sri Kota jauh berbatu-batu
Hilang di mata di hati jangan

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Sekianlah sahaja majlis kita pada malam ini
Wabillahhitaufik walhidayah
Assalammualaikum wbh

Seterusnya semua hadirin di jemput untuk menjamu selera dan sebelum itu
dipersilakan Tn Hj Sayuti Bin Mat Nawi untuk membacakan doa
makan…..dipersilakan ……

Semua hadirin dipersilakan menjamu selera…..terima kasih

Anda mungkin juga menyukai