Anda di halaman 1dari 12

CONTOH TEKS PENGACARAAN

MAJLIS PERPISAHAN
TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN EN.
MUHAMMAD HISSAM SANI

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En.


Muhammad Hissam bin Sani diiringi Tuan
Pengetua masuk ke dalam dewan.

Bismillahirrahmanirrahim ,assalamualaikum
wArahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera

Yang Berusaha, En. Yew Kok Leh, Pengetua SMK


Jalan Mengkibol
Yang dihormati, Barisan Penolong Kanan,
Barisan Ketua Bidang,
Wakil PIBG, Encik Ramli Juri, Wakil Kestabol,
Encik Nazri Zakaria,
Ketua Pembantu Tadbir Puan Habsah binti
Kasmin,
Ketua Pembantu Makmal, Encik Jasni bin Sahid,
Yang diraikan, Encik Muhammad Hissam bin
Sani, Barisan guru dan rakan staff sokongan
yang dirahmati ALLAH sekalian,

Selamat Datang ke : Majlis ”Perpisahan sempena


Pertukaran” Encik Muhammad Hissam bin Sani
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada


petang berbahagia ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh En. Jasni Bin Sahid

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Terima kasih diucapkan kepada En. jasni atas


bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan

Pergi ke kota beli selasih,Sayang si dara buat


halwa;Berilah kata simpulan kasih,Sulamkan
mesra satukan jiwa
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah
sekalian
Tibalah kita ke majlis ucapan. Dijemput En Jasni
Bin Sahid selaku ketua dan wakil pembantu
makmal untuk menuyampaikan ucapan,
dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Jasni atas


ucapan itu tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan


mempersilakan Puan Habsah binti Kasmin selaku
Ketua Pembantu Tadbir untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Habsah atas


ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang


Berusaha Tuan Pengetua SMK Jalan Mengkibol,
Encik Yew Kok Leh untuk menyampaikan ucapan,
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Tuan


Pengetua Encik Yew Kok Leh atas ucapan itu
tadi.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-


nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En.
Muhammad Hissam Bin Sani. Majlis dengan
segala hormatnya ingin menjemput dan
mempersilakan.
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada Yang Diraikan En.
Muhammad Hissam atas ucapan itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian


cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan
buat insan yang kita raikan iaitu Encik
Muhammad Hissam Bin Sani.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya


ingin menjemput dan mempersilakan Tuan
Pengetua untuk mengiringi Yang Diraikan Encik
Hissam untuk menerima cenderamata kenang-
kenangan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Dipersilakan Tuan Pengetua, En Yew Kok Leh


untuk menyampaikan cenderamata dari pihak
sekolah
……………Terima Kasih.

Dipersilakan Puan Faridah untuk menyampaikan


cenderamata dari pihak pentadbir.
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Encik Ramli untuk menyampaikan


cenderamata dari pihak PIBG
…………….Terima Kasih.
Dipersilakan Encik Nazri untuk menyampaikan
cenderamata dari pihak KESTABOL.
…………….Terima Kasih.
Dipersilakan Puan Habsah untuk menyampaikan
cenderamata dari pihak pejabat.
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Encik Jasni Sahid untuk


menyampaikan cenderamata dari pihak
Pembantu Makmal
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Puan Zuraidah untuk menyampaikan


cenderamata dari pihak perpustakaan
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Puan Faridah untuk menyampaikan


cenderamata dari pihak pentadbir.
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan …………………….. untuk


menyampaikan sumbangan peribadi
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan …………………….. untuk


menyampaikan sumbangan peribadi
…………….Terima Kasih.
Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata
kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan
En. Muhammad Hissam Sani.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih


kepada semua penyampai cenderamata sebentar
tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Bulan Oktober adalah bulan yang bermakna buat
kita semua. Selain daripada perpisahan kita
dengan Encik Hissam, marilah sama-sama kita
meraikan mereka yang menyambut ulangtahun
kelahiran pada bulan ini. Dengan ini dijemput dan
dipersilakan kelahiran-kelahiran bulan Oktober ke
meja pemotongan kek.

Mereka ialah :
Encik……………………………………..

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di


hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada


hari ini. Terima kasih diucapkan kepada Yang
diraikan Encik Hissam kerana sudi bersama kita
pada petang ini dan kami semua mendoakan agar
Encik Muhammad Hissam ceria di tempat baru.

Terima Kasih juga diucapkan kepada semua


tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa
bersama-sama memeriahkan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq


walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa
Rahmatullahi Wa Barakatuh.
bunga kemboja putih berseri
putihnya melur diujung dahan
atas hubungan kerja serta pertolongan yang diberi
puji syukur serta terimakasih kami ucapkan.
***************************

bila menjemur papan panjang


baik disusun tegak berdiri
bila lah ada umur panjang
insya allah kita kan bersua lagi.
***************************

sirih berlipat sirih pinang


sirih dari pulau mutiara
pemanis kata selamat datang
awal bismillah pembuka bicara
***************************

orang ke laut menjala udang


petang hari pasang pelita
yang di tunggulah sudahpun datang
yang dinanti sudahpun tiba
***************************

batu kecubung warna ungu


ditatah berlian batu bermutu
kebiasaan melayu menyongsong tamu
hamparkan tikar lebarkan pintu
***************************

jalan malam menggunakan suluh


berkunjung sebentar dirumah teliti mamat
angkatkan tangan jari sepuluh
doa minta agar selamat
***************************

jasamu dikenang nama diberi


bikin merai teman bestari
anda sahabat yang kami kasihi
layanan anda sangat dihargai
***************************

ayam rintik tepi di tepi hutan


terlihat dari pinggir telaga
nama yang baik lantas ingatan
seribu tahun terkenang juga
***************************

tanam lenggun tumbuh kelapa


terbit bunga pucuk mati
budi tuan kami tidak lupa
telah terpahat didalam hati
***************************

mudik ke hilir berperahu layang


berkunjung sebentar di indera giri
pergilah kasih pergilah sayang
pandai-pandailah melindungi diri
***************************

dari tempat mana akan kemana


tinggi rumput dari padi
tahun mana bln. mana
bisa kita bersua lagi
***************************

lebah tidak bersarang lagi


habis pulang ke gunung ledang
sembah tidak dipanjangkan lagi
perut lapar hari dah petang
***************************

lemak terasa sibuah pinang


bikin menjamu paduka raja
makanan lazat telah terhidang
marilah kita menjamu selera
***************************

hari ini jual jagung,


hari besok jual jelai,
hari ini kita berkampung,
hari besok kita bercerai.
***************************

dari tempat mana akan kemana,


tinggi rumput dari kepadi,
hari mana bulan yang mana,
bisa kita bersua lagi.
***************************

kelip-kelip kusangka api,


kalaulah api mana puntungnya,
hilang ghaib kusangka mati,
bila mati mana kuburnya.
***************************

batang selasih permainan budak,


berdaun sehelai dimakan kuda,
bercerai kasih bertalak tidak,
seribu tahun kembali juga.
***************************

orang aceh tengah sembahyang


hari jumaat sedang hari
pergilah kasih pergilah sayang
pandai-pandailah melindungi diri
***************************

berhembus bayu angin mengilir


sejuknya hingga keujung pohon
sambutlah salam pesan terakhir
kusampaikan melalui untaian pantun.
***************************

akan menebang nibung berduri


dibikin pagar pinggir perigi
pantun dikarang melepas diri
entahkan apabila bersua lagi.
***************************

orang mentigi mengail tenggiri,


tenggiri dijual didalam pekan
kami yang pergi memohon diri
silap serta salah mohon dimaafkan.
***************************

dari tungkal pergi siantan


berkunjung berlabuh di kuala maras
selamat tinggal handai serta tolan
kita berpisah dikarenakan tugas.
***************************

hati gembira berbarengan teman


bergembira ria dibawah jambatan
seandainya kita diizinkan tuhan
tentu bersua dihari kemudian
***************************

bila tidak dikarenakan unggas


tidaklah rusak padi disawah,
kalaulah tidak dikarenakan tugas
tidaklah kita dapat berpisah.
***************************

tanjung sauh di pulau bintan


area berlabuh orang penyengat.
berpisah jauh bercerai badan
sahabat handai terus kuingat
***************************

bila ada sumur di ladang


bisa saya menumpang mandi
bila ada umur yang panjang
bisa kita bersua lagi
***************************

hari ini menanam jagung


hari besok menanam serai
hari ini kita berkampung
hari besok kita bersurai
***************************

malam ini menanam jagung


malam besok menanam serai
malam ini kita berkampung
malam besok kita bercerai
***************************

hari ini menugal jagung


hari besok menugal jelai
hari ini kita berkampung
hari besok kita bercerai
***************************

gunung bintan lekuk ditengah


sayang penyengat kubunya tiga.
hancur badan dikandung tanah.
budi kusanjung kuingat juga.
***************************

Anda mungkin juga menyukai