Anda di halaman 1dari 1

Norizam bin Tumiran,

(790805-14-5653)
No. 12A, Lorong B2, Kampung Pandan,
55100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan.
Tarikh : 1 Jun, 2016

Kepada,
Datuk Seri Hj. Mohd Amin Nordin bin Abd. Aziz.
Tingkat 28, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut.
50350 Kuala Lumpur.

Datuk Seri,
Rayuan Untuk Sewa Rumah PPR / PA DBKL

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya, Norizam bin Tumiran (790805-14-5653) ingin membuat rayuan agar dipertimbangkan
permohonan untuk sewa rumah PPR/PA DBKL. Butiran unit rumah yang dipohon ialah PPR Seri Johor
(47-00-08, 41-01-19, 41-03-19, 41-03-08).

3. Saya sebagai warganegara Malaysia berasa amat kecewa dan sedih kerana permohonan saya
untuk menyewa unit rumah DBKL ditolak. Saya merupakan kakitangan DBKL yang berjawatan pekerja
rendah awam di Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar. Saya tidak dapat menyewa rumah di Kuala
Lumpur ini disebabkan kos yang tinggi dan pendapatan yang kecil sementelahan isteri saya tidak
bekerja. Justeru, saya menumpang di rumah orang tua saya bersama tiga orang lagi adik-beradik yang
belum berkahwin.

4. Saya berharap dapat menyewa sebuah rumah DBKL sebagai tempat berteduh sekaligus
memberi peluang saya membina hidup berkeluarga yang lebih sempurna.

5. Dengan penuh rasa rendah diri saya memohon jasa baik tuan / puan untuk mempertimbangkan
rayuan saya .

Sekian. Terima Kasih.

Yang benar,

_________________________
(NORIZAM BIN TUMIRAN)
790805-14-5653

Anda mungkin juga menyukai