Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SK DANAU PERDANA
JALAN DESA BAKTI 2
TAMAN DESA
58100 KUALA LUMPUR





TEL
FAX




:
:




03-79818457
03-79810840


TMpoint Taman Desa
Tkt Bawah, Wisma TM Taman Desa
Jalan Desa Utama
58100 Kuala Lumpur

Tuan / Puan

PERMOHONAN MEMASANG TELEFON AWAM DI SK DANAU PERDANA

Merujuk akan perkara di atas, saya ingin memohon memasang telefon awam dibangunan
kami.

2. Kemudahan telefon awam di kawasan ini tiada untuk kegunaan warga SKDP
terutama murid, ini sedikit sebanyak menyukarkan warga SKDP yang ingin menggunakan
perkhidmatan telekomunikasi. Oleh yang demikian, saya dengan rendah hati ingin
memohon pemasangan kemudahan ini kepada warga SKDP khususnya.

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, pihak saya bercadang untuk membuat
pemasangan 3 unit telefon awam di lokasi yang dibenarkan oleh pihak tuan secara
berperingkat. Selain itu, pemasangan telefon awam ini adalah menjadi tanggungjawab
kami di lokasi strategik yang dibenarkan dan TIADA PERUNTUKKAN dari pihak kami.

4. Akhir kata, saya memohon jasa baik dan kerjasama dari pihak tuan agar
permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya, Semoga pihak kami menerima
maklum balas yang positif dari pihak tuan demi kebaikan bersama.

Sekian. Terimakasih.




(Ir. Mohammad Bin Ibrahim)
YDP PIBG SKDP
RUJUKAN
TARIKH
:
:
PIBGSKDP 08/04/002( )2014
18 APRIL 2014

Anda mungkin juga menyukai