Anda di halaman 1dari 2

Timbalan Pendaftar

UiTM MACHANG

TARIKH:

Tuan,
PERMOHONAN PERTUKARAN BAHAGIAN
<JAWATAN & GRED>
<NAMA PEMOHON>
<NO. PEKERJA>
<NO. KAD PENGENALAN>
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.
Saya seperti nama di atas ingin memohon pertukaran dari Bahagian Hal Ehwal
Akademik (Unit Peperiksaan) ke bahagian lain.
3.Tujuan permohonan ini dikemukakan kerana:
3.1.
Saya mempunyai masalah kesihatan yang menyebabkan pinggang
terseliuh dan saya pernah menjalani pemeriksaan baik pulih cara kerja
(fisiotrapi) di Hospital Machang. Di Unit Peperiksaan, seriang melibatkan saya
melakukan kerja-kerja berat yang menganggu masalah tersebut.
3.2.
Saya juga telah bertugas di Unit Peperiksaan BHEA bermula bulan Jun
2011 sehingga sekarang dan ingin menimba pengalaman baru di bahagian lain
bagi meingkatkan mutu dan motivasi perkhidmatan saya. Supaya dapat
menyumbakan perkhidmatan kepada UiTM Machang dengan effektif dan
berkesan.
3.3.
Selain itu, masa kerja di Unit Peperiksaan BHEA yang selalu memerlukan
komitmen saya diluar waktu pejabat iaitu sebelum, semasa dan selepas proses
peperiksaan berjalan agak terganggu. Saya tidak dapat memenuhi keperluan
masa kerja tersebut kerana tanggungjawab terhadap anak-anak yang
bersekolah sehingga lewat malam sangat diperlukan. Ia sangat penting bagi
menjami urusan persediaan bagi perjalanan peperiksaan Universiti berjalan
dengan lancar.
4. Sehubungan dengan itu, besar harapan saya agar pihak tuan dapat memberi
pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya terhadap permohonan saya ini. Saya
berjanji akan sentiasa bekerja bersungguh-sungguh sama seperti yang telah saya
sumbangkan di bahagian-bahagian sebelum ini demi meningkatkan kualiti kerja untuk
menjadi seorang staf yang cemerlang.
5. Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini sangat dihargai dan diucapkan
ribuaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,


<NAMA>
<JAWATAN>
<BAHAGIAN>

Anda mungkin juga menyukai