Anda di halaman 1dari 2

Zulfaiza Bin Arifin

SK Felda Tementi
Bandar 32 Bera
28200 Bera Pahang

____________________________________________________________________________________

Kementerian Pendidikan Malaysia,


Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA

TARIKH: 12 APRIL 2021

Tuan,

PERMOHONAN RAYUAN PERTUKARAN KE NEGERI KELANTAN SESI JUN 2021

Merujuk perkara di atas, saya ZULFAIZA BIN ARIFIN (790315-03-5187) ingin memohon pertukaran
antara negeri dari PAHANG ke KELANTAN bagisesi JUN 2021.Untuk makluman tuan, saya sekarang
sedang berkhidmat di SK FELDA TEMENTI, NEGERI PAHANG dan memohon untuk ke di Pejabat
Pendidikan Daerah Kuala Krai, Kelantan.

2. Sehubungan dengan itu, saya memohon pertukaran saya dipertimbangkan dengan sewajarnya
atas sebab-sebab berikut :

i. Alasan sakit kronik (Saya mengalami sakit kronik anal fistula bermula bulan Ogos
tahun 2020.Sudah 3 kali pembedahan dan masih belum sembuh dan masih
meneruskan rawatan.Pembedahan kali ke 4 dijangka akan dibuat pada 04 Jun 2021)

ii. Menghadapi tekanan emosi dan perasaan akibat sakit kronik yang masih belum
sembuh. Banyak aktiviti yang sebelum ini boleh dilakukan sekarang saya sudah tak
mampu lakukan seperti mengangkat benda benda berat dan berdiri dalam keadaan
yang terlalu lama.

iii. Tiada saudara mara yang boleh menemani saya di sini bagi menjamin keselamatan diri
saya dan kesihatan saya.

iv. Saya mohon agar permohonan saya kali ini diluluskan tanpa syarat.

v. Kedudukan dan jarak yang sangat jauh dari ahli keluarga ini memberikan saya tekanan
dan menyebabkan proses kesembuhan saya lambat berlaku.Kerap berlaku pendarahan
dan nanah yang banyak kerana tiada penjagaan makan minum yang sepatutnya
berpantang.Di sini saya sebatang kara dan makan minum tidak terurus kerana saya
hanya mampu membeli makanan minuman yang ada di kedai.

3. Bersama-sama dengan ini saya lampirkan dokumen laporan perubatan dari doktor pakar untuk
rujukan pihak tuan.
4. Saya berharap permohonan ini dipertimbangkan oleh pihak tuan. Segala kerjasama daripada
pihak tuan diakhiri dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

……………………….
( ZULFAIZA BIN ARIFIN)
NO K/P :790315-03-5187

sk Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang


sk Pegawai Pendidikan Daerah Bera
Fail

Anda mungkin juga menyukai