Anda di halaman 1dari 1

SURAU AT-TAQWA

PERSIARAN KK7,
BANDAR BARU KUBANG KERIAN,
16150, KOTA BHARU
KELANTAN

Ruj Tuan :
Ruj Kami : SAT/PRG/1705/001
Tarikh : 16 Mei 2017

YABrs Timbalan Yang Dipertua,


Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Komplek Balai Islam Lundang,
15200 Kota Bharu
Kelantan.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN IHYA’ RAMADAN BAGI BULAN RAMADAN 1438 HIJRAH (TAHUN 2017).

Dengan segala hormatnya , perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan rendah diri, pihak kami ingin memohon sumbangan Ihya’ Ramadan dari pihak tuan untuk melancarkan
lagi aktiviti madrasah sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Antara program yang dirancang sepanjang bulan Ramadan
adalah solat terawih berjemaah, jamuan moreh, program berbuka puasa perdana dan lain-lain. Kami juga dalam proses
pembaikan Madrasah untuk keselesaan para Jemaah yang semakin meningkat.

3. Untuk makluman pihak tuan, pihak kami telah menganjurkan pelbagai aktiviti berkaitan keagamaan dan
kemasyarakatan di sepanjang tahun. Aktiviti ini telah dilaksanakan semenjak ianya siap dan dirasmikan oleh YAB Tuan
Guru Dato’ Hj Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat pada Mac 2007.

4. Pihak Kami memohon pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan. Segala usaha murni pihak tuan amat kami
hargai.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT KERANA ALLAH UN TUK MASYARAKAT. MAJU ISLAM UNTUK SEMUA”

Yang Menjalankan Tugas,

______________
Hj Mohamed Bin Mat Daud
Pengerusi Surau At Taqwa (Imam)
0199197448

Anda mungkin juga menyukai