Anda di halaman 1dari 1

Alamat sendiri

No. Telefon :

Pengarah, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 2-6, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Persekutuan, 62604 Putrajaya. u/p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar Melalui dan salinan Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Jalan Behor Pulai, 01000 Kangar, Perlis. Tuan, PERMOHONAN SURAT TAWARAN MENGIKUTI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN YANG BAHARU Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Saya (nama), nombor kad pengenalan (no ic) merupakan guru pelatih ambilan Januari 2007 yang mengikuti kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. 3. Untuk pengetahuan pihak tuan, pada bulan November 2010 yang lalu, banjir besar telah melanda Perlis. Rumah sewa yang saya duduki juga tidak terkecuali dilanda banjir. Setelah membuat semakan dokumen penting, saya telah mendapati bahawa surat tawaran untuk mengikuti Program PISMP saya telah hilang. 4. Justeru, saya ingin memohon jasa baik pihak tuan agar pihat tuan dapat menyediakan surat tawaran yang baru kerana ia amat penting dalam proses penempatan saya pada masa akan datang. 5. Bersama-sama ini dilampirkan salinan laporan polis, salinan surat tawan dan salinan kad pengenalan sebagai rujukan pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Yang Benar,

(nama)

Anda mungkin juga menyukai