Anda di halaman 1dari 1

SK TAMAN MOUNT AUSTIN,

JALAN MUTIARA EMAS 2/1


TAMAN MOUNT AUSTIN
81100 JOHOR BAHRU NO. TEL : 07-3572590
JOHOR NO. FAX: 07-3572590
EMAIL : jba1122_sktamanmountaustin@yahoo.com

Rujukan.Kami : JBA1122/700/1/2/12
Tarikh : 06 Mei 2018

Kepada
Ibu bapa/Penjaga/Pemandu Bas dan Van Sekolah
Murid Tahun 4 – 6
SK Taman Mount Austin

Tuan/Puan,

MAKLUMAN PENGANGGUHAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM / KELAS


TAMBAHAN TAHUN 6 DAN PERUBAHAN WAKTU KELAS TAMBAHAN TAHUN 6

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pelaksanaan aktiviti kokurikulum pada minggu peperiksaan dan
bulan Ramadhan akan ditangguhkan. Manakala pelaksanaan kelas tambahan hanya
ditangguhkan pada minggu peperiksaan sahaja. Maklumat adalah seperti di bawah :

Perkara Butiran
MINGGU PEPERIKSAAN Tiada aktiviti kokurikulum dan kelas tambahan
PERTENGAHAN TAHUN Tahun 6. Waktu pulang murid pada jam 12.35
20 HINGGA 24 MEI 2018 pm sepanjang minggu peperiksaan.
BULAN RAMADHAN 2018 Tiada aktiviti kokurikulum. Kelas tambahan
28 MEI 2018 HINGGA Tahun 6 akan dilaksanakan seperti biasa. Murid
13 JUN 2018 Tahun 4 dan 5 akan pulang pada 12.35 pm.
Manakala murid Tahun 6 akan pulang pada
1.35 pm.

3. Untuk maklumat tuan/puan, makluman ini telah diputuskan dalam mesyuarat pengurusan
sekolah. Oleh sebab itu, waktu balik murid pada minggu peperiksaan dan bulan Ramadhan
diawalkan.

4. Diharapkan pihak tuan/puan dapat mengambil maklum dan tindakan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………………
(PADZLAN BIN MONTHEL)
Guru Besar,
SK Taman Mount Austin,
81100 Johor Bahru, Johor.

s.k. : Fail Pengurusan Kokurikulum

Anda mungkin juga menyukai