Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya
kehidupan masa kini, dalam bidang pendidikan khususnya, pengaplikasian teknologi ini
dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi
guru. Beberapa penyelidikan lepas telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi telah
dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara
keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini.
Masanya juga telah tiba untuk budaya persekolahan berubah kepada amalan
bermaklumat, kreatif, bijak berfikir dan penyayang dengan mengaplikasikan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT). Sejajar dengan itu, inisiatif pewujudan Sekolah Bestari
pada tahun 1999 merupakan langkah yang diharap dapat memberi tempat dan ruang
seluas-luasnya kepada teknologi komputer dalam sistem pendidikan. Langkah ini diharap
dapat merapatkan jurang digital di antara golongan berada yang berupaya menggunakan
teknologi di rumah dengan golongan kurang berada. Kemudahan ini dapat memberikan
peluang kepada semua pelajar meneroka, menguasai dan memperkembangkan pelbagai
kemahiran dalam ilmu pengetahuan secara lebih berkesan dan bermakna dan seterusnya
dapat mengaitkan pengetahuan dengan realiti sebenar. Ini akhirnya akan dapat melahirkan
generasi berilmu dan bijaksana yang berdaya saing untuk merealisasikan wawasan negara
2020, seterusnya membentuk tamadun yang lebih maju.
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menekankan
bahawa Malaysia perlu membangunkan ekonomi dengan tidak mengabaikan aspek politik,
sosial, rohaniah, psikologi dan budaya. Malaysia perlu mencapai sembilan cabaran utama
dalam Wawasan 2020. Salah satu matlamat teknologi maklumat di Malaysia adalah untuk
menjadi negara membangun pada tahun 2020. Cabaran keenam daripada sembilan strategi
mencapai wawasan 2020 adalah menyatakan bahawa Malaysia mesti mewujudkan
masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif yang bukan sahaja
menjadi pengguna kepada teknologi malah menjadi penyumbang kepada dunia sains dan
teknologi pada masa depan.
(Mahathir Mohamad, 1998)

2.0 Kepentingan Teknologi Maklumat (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Menurut Johan (2013), dalam kajiannya telah meyatakan mengikut statistik, terdapat
900,000 pengguna Internet di Malaysia, namun jumlahnya hanya kira-kira 8% daripada
keseluruhan penduduk negara ini (Daily Express, 2007). Ini disokong oleh fakta daripada
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyatakan bahawa pada
suku pertama tahun 2007 hanya 689,800 bilangan isi rumah yang melanggan perkhidmatan
jalur lebar (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, 2007). Sementara itu, dapatan
lain menyatakan bahawa hanya 30% daripada kira-kira 300,000 guru di negara ini memiliki
komputer peribadi dan kira-kira 20% sahaja yang mempunyai akses Internet (The Star,
2007). Oleh hal demikian, dapat disimpulkan bahawa perkembangan teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) telah banyak mempengaruhi budaya sekolah yang berubah kepada
amalan bermaklumat, kreatif dan bijak berfikir.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi


kesan yang baik kepada murid-murid khususnya yang di sekolah rendah. Namun begitu
terdapat juga kelemahan yang timbul kesan daripada penggunaan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru dapat
membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan
dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar
secara berkesan.

Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran
dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat
seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan
tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini proses pengajaran
dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar
akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di
fahami. Justeru itu, pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani
proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang
ditunjukkan melalui ICT.

Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran
dan

pembelajaran

lebih

aktif

serta

mewujudkan

suasana

pembelajaran

yang

menyeronokkan. Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan
pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat
mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang
terdapat dalam ICT. Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar
dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek. Contohnya penggunaan
internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia
pendidikan. Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan
maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu
menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran.
Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana
maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.
Toffler (1980) dan Naisbitt (1982) menyatakan bahawa komputer dan perisian telah
diberikan gelaran sebagai the wave of the future. Gelaran ini membawa kepada wujudnya
istilah Information and Communication Technology (ICT). Semua negara terutamanya
negara-negara membangun berlumba-lumba untuk menguasai bidang ICT yang dilihat
sebagai satu landasan untuk memperkenalkan negara masing-masing dengan perkongsian
maklumat yang lebih cepat dan tepat. Suasana ini menekan mana-mana kerajaan di negara
membangun untuk memiliki pekerja-pekerja mahir dalam bidang ICT. Perubahan ini
memaksa bidang pendidikan direncana semula agar dapat memenuhi keperluan negara.
Hilary (1991), menegaskan bahawa komputer dapat membantu guru melaksanakan
aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran

dalam

bilik

darjah.

Kenyataan

tersebut

memperkukuhkan lagi keperluan guru untuk mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya


pada peringkat asas dalam mengendalikan perkakasan dan perisian komputer sebelum
mereka dapat menghasilkan kaedah pengajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Banyak
kajian menyatakan kebaikan dalam penggunaan komputer dalam kelas, namun tidak semua
kajian memberikan hasil dapatan yang positif.
Laurillard (1992) menyatakan bahawa pembelajaran berasaskan komputer akan
dapat meningkatkan pemahaman konsep teoritikal. Penggunaan simulasi dan bantuan
komputer dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajaran dengan mudah. Bagi menepati
tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik PdP serta latihan yang berperingkat, bermakna dan
sesuai dengan kebolehan, pengalaman dan minat murid perlu diambil kira.

Mulitimedia interaktif juga adalah salah satu alat yang dibangunkan bukan untuk
menggantikan bahan maujud tetapi lebih kepada meringankan tugas guru dan seterusnya
menggalakkan guru berinteraksi dengan murid mengikut kemampuan sendiri. Menurut Pispa
(1994), intergrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud penggunaan
teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran.
Menurut Gayaski (1993), mendefinisikan multimedia sebagai suatu kumpulan media
berasaskan komputer dan sistem komunikasi yang berperanan untuk membina, menyimpan,
menghantar dan menerima informasi berasaskan teks, grafik, audio dan sebagainya.
Menurut pandangan Ainiliyana (2012), penggunaan ICT dalam proses pengajaran
dan pembelajaran amat penting kerana ia dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar.
Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan
didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti komputer, LCD, CD,
pendrive, hardware, software, internet dan sebagainya. Oleh yang demikian, semua benda
yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri
dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hal ini kerana melalui
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih
menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap
subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang
diperolehi. Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada
guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya
mudah untuk di fahami.
Di samping itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT
melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut. Ini
kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling
berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan
menggunakan sistem ICT ini disamping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti
penyampaian. Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi menambahkan
pengetahuan mengenai teknologi ICT ini. Dalam era dunia tanpa sempadan ini guru dan
pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya di
dalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru agar
dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3.0 Cabaran Penggunaan Teknologi Maklumat (ICT) dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran
4

Sekolah seharusnya menjadi tempat untuk murid murid memperoleh kemahiran yang
boleh diaplikasi di luar bilik darjah serta sewaktu memasuki alam pekerjaan, Dunia
pendidikan dulu dan sekarang sudah berbeza. Murid murid sekarang begitu gemar
menggunakan teknologi serta mengharapkan pembelajaran mereka di sekolah menarik dan
mencabar (Tappscott, 2003). Kemahiran ICT yang didedahkan kepada murid murid
sepatutnya turut menyediakan mereka kepada pasaran pekerjaan masa akan datang.
Namun, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan beberapa kekangan terhadap
pihak guru untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
Guru sepatutnya terlebih dahulu menguasi kemahiran ICT bagi memenuhi keperluan
murid. Guru sepatutnya boleh mengguna ICT bukan sahaja untuk pengajaran di sekolah,
malahan boleh membantu dan membimbing pelajar sebagai pengguna teknologi yang bijak.
Suatu kajian berkaitan penggunaan ICT dalam kalangan guru di sekolah menunjukkan tahap
yang agak rendah ( Bahagian Teknologi Pendidikan 1999). Manakala menurut Ely(1995)
berpendapat faktor guru adalah kritikal dalam sebarang pelaksanaan inovasi di
sekolah.Sesungguhnya cabaran paling besar ialah memastikan semua guru menggunakan
teknologi pengajaran secara berkesan dalam pengajaran harian mereka.
Masalah penggunaan ICT di dalam sekolah sangat biasa didengari dalam
perbincangan mahupun mesyuarat di sekolah-sekolah. Kebiasaanya, guru-guru di sekolah
sering mempersoalkan perisian-perisian yang perlu digunakan untuk pengajaran dan
pembelajaran kerana peruntukan kewangan di sekolah tidak mencukupi untuk membiayai
kos perisian yang mahal. Maka, guru-guru di sekolah hanya mampu menggunakan perisian
yang sedia ada. Oleh itu, guru-guru yang terlibat untuk menggunakan ICT dalam pengajaran
mereka akan mengubah cara mengajar dengan cara tidak menggunakan ICT. Menerusi
perkara ini, jelaslah bahawa penggunaan ICT akan melecehkan para guru untuk
mengendalikannya dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.
Tambahan lagi, kemudahan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah tidak
membantu sepenuhnya dalam mewujudkan budaya belajar menggunakan ICT. Hal ini
kerana, terdapat segelintir guru-guru yang kurang mahir dalam penggunaan komputer
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan ini telah menjadi satu cabaran terhadap
guru untuk memperkenalkan cara penggunaan ICT dengan sebaiknya. Malah, terdapat juga
sekolah-sekolah yang mempunyai kemudahan seperti makmal komputer, komputer, internet,
tetapi tidak boleh digunakan sebaiknya. Perkara ini menjadi isu di dalam sekolah apabila
mendapat aduan guru-guru bahawa terdapat beberapa komputer yang tidak dapat
5

berfungsi, internet tidak dapat digunakan dan penggunaan makmal sering bertindih dengan
waktu pelajaran lain mahupun dengan guru-guru lain yang sedang mengendalikan kelasnya.
Hal ini demikian menjadi halangan untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan penggunaan ICT. Hal ini jelas ternyata dan terbukti disokong dalam penulisan
sebuah buku yang menyatakan menurut Abd Rahman,(2000), guru kurang menggunakan
teknologi dalam bilik darjah disebabkan kurang pengetahuan dan kemahiran menggunakan
ICT di bilik darjah. Sekolah yang terlibat dalam projek rintis sekolah bestari mempunyai
kemudahan dan kelengkapan ICT serta guru menerima pendedahan lebih awal kepada
pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbanding guru di
sekolah biasa.
Sehubungan itu timbul persoalan sejauh manakah penguasaan guru sekolah bestari
terhadap kemahiran asas ICT dan adakah mereka mengguna ICT untuk tujuan pengajaran
di bilik darjah. Kualiti perkakasan yang dibekalkan juga menjadi pengganggu kepada proses
pengajaran dan pembelajaran (pdp) di sekolah. Walaupun setiap masalah dilaporkan,
namun proses penyelenggaraan akan mengambil masa yang lama. Hal ini pastinya
mengganggu perancangan pdp yang telah pun disusun. Bagi satu sesi pengajaran, guru
perlu mengambil masa pdp bagi menyediakan peralatan, apatah lagi jika peralatan
mengalami

kerosakan

yang

tak

diduga.

Sekiranya

pdp

melibatkan

talian

internet,kemungkinan pengajaran akan tergendala sekiranya talian terputus atau tempat itu
memang tiada talian internet.
Kesimpulannya, penggunaan ICT bergantung kepada usaha-usaha daripada pihak
sekolah mahupun guru-guru untuk mengendalikannya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Kelebihan dan kekurangan penggunaan ICT memang
jelas dan kita sebagai seorang guru perlu bijak menggunakannya dan juga bijak memberi
idea mahupun menyelesaikan cara-cara untuk mengatasi masalah dan cabaran yang
dihadapi dalam mengintegrasikan ICT dalam pendidikan. Sebagai seorang guru, kita
perlulah sentiasa mengambil tahu perkembangan terkini mengenai penggunaan ICT supaya
dapat mengatasi cabaran-cabaran yang akan mendatang.

Anda mungkin juga menyukai