Anda di halaman 1dari 3

Laporan Pertandingan Gimrama MSSN Melaka 7 Mac 2014

Pertandingan Gimrama MSSN Melaka telah diadakan pada 7 Mac 2014 yang
bertempat di Dewan Gimnastik Melaka. Para penonton yang hadir ke pertandingan
gimrama, majoriti adalah ibu bapa kepada peserta. Ramai ibu bapa peserta menghadiri
ke Dewan Gimrama Melaka untuk menyaksikan bakat-bakat anak mereka. Selain itu,
kehadiran peserta-peserta yang lain juga turut menjadi penonton bagi setiap sekolah
yang dipertandingkan.Tambahan lagi, ibu bapa yang hadir kebanyakannya turut hadir
memberi sokongan dari sudut penyediaan pakaian, solekan. Terdapat juga segelintir
penonton adalah terdiri daripada guru guru para peserta yang hadir untuk melihat
perkembangan para peserta dalam pertandingan ini.
Menerusi pemerhatian yang telah dibuat, terdapat kelebihan dan kelemahan
dalam menguruskan para penonton yang hadir. Ahli jawatankuasa amat kurang bagi
mengelolakan pertandingan ini. Hal ini kerana, tiada ahlijawatankuasa sambutan yang
bertugas untuk menyambut tetatamu, guru-guru dan ibu bapa. Secara keseluruhannya,
para penonton perlu melayan diri dan duduk di tempat yang disediakan. Kelebihan
yang dapat dilihat ialah, begitu ramai penonton adalah daripada ibu bapa peserta bagi
meyokong anak-anak mereka. Penonton juga dapat menonton secara keseluruhan atas
persembahan yang dilakukan.
Namun begitu, banyak kelemahan yang dapat dikenalpasti.Keselesaan para
penonton tidak begitu baik oleh kerana ruang tempat penonton terhad. Selain itu,
sistem pengudaraan yang kurang baik di bahagian tempat duduk penonton. Para
penonton ada segelintir daripadanya akan duduk bersama peserta di mana mana
tempat yang ada seperti di tepi gelanggang , di dalam gelanggang latihan dan terdapat
juga penonton terpaksa berdiri kerana ketidakselesaan mereka di dalam dewan.
Kekurangan prasarana dan ruang turut menjadi faktor ketidakselesaan para penonton.
Tambahan pula, ruang penonton tidak begitu selamat. Hal ini kerana terdapat kesilapan
peserta gimrama dalam mengawal alatannya dan secara tidak langsung boleh
mencederakan para penonton.

Oleh itu, penambahbaikkan perlu dilakukan bagi keselesaan penonton .


Kemudahan prasarana di dalam dewan perlu dinaiktarafkan dan perlu mengadakan
tempat yang khas dan selamat untuk penonton menyaksikan bakat-bakat peserta
menerusi pertandingan ini. Selain itu, pihak penganjur perlu menyediakan sedikit
minuman kepada penonton yang hadir sepanjang acara gimrama dipertandingkan serta
para penonton perlu diberi sambutan yang mesra bagi menghargai kehadiran mereka
untuk menyaksikan pertandingan ini. Justeru, pihak yang berkenaan perlu ambil
tindakan yang segera bagi menaiktaraf Dewan Gimrama Melaka bagi memeriahkan
pertandingan yang akan datang.
Secara

keseluruhannya,

walaupun

pengurusan

pihak

penganjur

serba

kekurangan, namun pertandingan tetap dijalankan dengan lancar.Sokongan yang padu


oleh ibu bapa yang hadir ke dewan bagi menyokong para peserta bertanding dengan
membawa nama sekolah. Secara tidak langsung, pertandingan ini perlu diadakan
secara berterusan bagi melahirkan atlet sukan untuk mewakili negara . Secara tidak
langsung pertandingan yang diadakan ini dapat merealisasikan matlamat Dasar Sukan
Negara di samping selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dalam melahirkan
generasi yang seimbang.

Laporan disediakan oleh,

(NAJWA BINTI ABDUL HALIM)


Pelajar,
Unit Pendidikan Seni Visual Ambilan Jan 2012.

(NOR ADILAH BINTI ALI)


Pelajar,
Unit Pendidikan Seni Visual Ambilan Jan 2012.

Anda mungkin juga menyukai