Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

INDIVIDU

Sepanjang program Bina Insan Guru ini dilaksanakan, saya dapati terdapat beberapa
perkara yang boleh dibanggakan dan dianggap sebagai faktor kekuatan dalam program
Semarak Kasih ini. Pertama, dari awal proses pemilihan dan penubuhan jawatankuasa,
kemudian kepada pembahagian tugasan, mesyuarat dan hingga ke pelaksanaan aktiviti
dan juga pemulangan alatan-alatan pada hari akhir program ini kami sentiasa
bekerjasama. Sifat kekitaan jelas diperlihatkan, bak kata pepatah, Berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing. Semua jawatankuasa saling bantu-membantu dalam usaha
menjadikan program ini berjaya dilaksanakan dan mencapai objektifnya. Kami juga
berjaya dalam berpakat untuk mengenakan pakaian yang seragam supaya dapat
menaikkan

imej

kami

sebagai

bakal

guru

yang

disegani.

Kekuatan kedua program ini dapat dilihat pada faktor pengalaman sedia ada kami
dalam merancang sesebuah program. Ramai diantara ahli kelas kami yang sudah
mempunyai pengalaman dalam mengendalikan program-program seumpama ini
sebelum ini, jadi kebanyakan tugas menjadi mudah. Sebagai contoh, banyak urusanurusan diplomasi, surat menyurat dan proses mendapatkan kelulusan daripada pihak
pentadbiran dapat dipercepatkan kerana kami telah mempunyai kemahiran dan
pengetahuan

yang

diperlukan

untuk

menyempurnakan

tugas

tersebut.

Kekuatan program ini yang seterusnya dapat dilihat daripada segi penduduk Felda Teloi
Timur itu sendiri. Ini kerana sikap mereka yang peramah dan sentiasa bersemangat
dalam melakukan aktiviti-aktiviti bersama kami sepanjang program ini berlangsung.
Selain itu, mereka juga banyak memberikan kerjasama dan sokongan yang penuh
dalam seiap aktiviti. Malahan penyediaan tempat dan kawasan untuk aktiviti serta
alatan juga banyak membantu dalam menjayakan program ini. Contohnya semasa
aktiviti senaman pagi dan gotong royong yang sekaligus mengeratkan hubungan di
antara kami. Kami juga turut rasa dihargai dan berbaloi merancang program Bina Insan
Guru

di

tempat

tersebut.

Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa lubang-lubang kelemahan yang


menggangu dan perlu diperbaiki supaya hasil dan objektif yang direka tercapai.
Pertama dari segi cuaca, sepanjang tiga hari dua malam berada disana iklim cuaca
tidak begitu menentu. Tetapi apa yang sudah tentu, hujan akan turun dalam pada
sebelah pagi mahupun malam dalam satu hari. Walaupun dewan telah disediakan
namun, proses kedatangan murid-murid merangkap adik angkat kami turut terganggu.
Mereka terpaksa menunggu sehingga hujan berhenti baru dapat hadir ke dewan dan ini
secara tidak langsung telah menjejaskan kelicinan perjalanan program yang telah
dirancang.
Kelemahan kedua ialah, masa yang singkat. Sepanjang tiga hari, dua malam kami
berada disana masa kami bersama adik-adik angkat tidak banyak. Kami hanya dapat
berjumpa dengan mereka selepas mereka pulang dari sekolah dan juga pada sebelah
malam. Kebanyakan masa kami juga telah dibahagikan untuk program dan aktiviti yang
lain.
Oleh itu, cadangan yang dapat saya utarakan bagi mengatasi masalah ini ialah pada
masa akan datang dan sebagai panduan kepada pelajar-pelajar junior supaya mungkin
apabila menjalani Bina Insan Guru siri keempat, pastikan tarikh yang dipilih tidak
bertemu dengan hari persekolahan dan mungkin lebih elok jika program seperti ini
dilakukan pada waktu cuti sekolah. Masalah cuaca juga boleh diselesaikan jika
pemilihan terikh dilakukan dengan merujuk ramalan kaji cuaca sekiranya terdapat
aktiviti yang memerlukan kawasan luar dewan yang luas. Sekaligus, perjalanan
program

KESIMPULAN

yang

telah

dirancang

berjalan

dengan

lancar.

Kesimpulannya, hasil daripada pemerhatian dan pengalaman yang dilalui sepanjang


tempoh tiga hari dua malam kita perlu mempunyai perancangan yang rapi bermula dari
peringkat penubuhan jawatankuasa sehinggalah kepada mesyuarat post-mortem
supaya program yang dilaksanakan berjaya dan mampu menarik perhatian. jadikan
pengalaman orang lain dan pengalaman lampau sebagai panduan dalam membuat
pertimbangan

bijak

untuk

menghadapi

masalah

yang

mendatang.

Selain itu, seorang bakal guru perlu merasai pengalaman hidup bersama masyarakat
dan membiasakan aktiviti-aktiviti bersama masyarakat seperti gotong royong, aktiviti
bacaan yaasin dan lain-lain kerana ia dapat membantu para guru apabila dihantar
mengajar kelak. Setiap latarbelakang komuniti dalam sesebuah masyarakat adalah
berbeza dan guru harus tahu petua dan larangan jika ke tempat orang. Jadi, melalui
program seperti ini, guru dilatih untuk memerhati dan cuba mengadaptasi dengan
komuniti dengan menggunakan kemahiran-kemahiran sosial seperti berkomunikasi.
Akhir sekali, untuk menjadi seorang guru yang berjaya seseorang guru haruslah
mampu melakukan interaksi sosial yang berguna dengan masyarakat kerana guru
berperanan sebagai agen sosial dalam masyarakat selain menjadi rujukan disekolah.
Tugas guru ialah menggalakkan sosialisasi dalam masyarakat melalui didikan kepada
generasi baru yang penuh cabaran dan juga melalui integrasi merentasi kurikulum,
agama serta bangsa malah guru juga boleh menggantikan pemimpin kerana kualiti
kepimpinan dan sikap tanggungjawab yang terdapat pada seseorang guru.

Anda mungkin juga menyukai