Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG TIMUR

85100 BATU ANAM, SEGAMAT


JOHOR DARUL TAKZIM
E-Mail : mail.jea7035@gmail.com
Tel : 06-4668203
Faks: 06-4667488
________________________________________________________________________________
Rujukan : SMKFPT.100/13/1/4( )
Tarikh : 21 September 2023
Ibu Bapa/Penjaga,
SMK Palong Timur,
Batu Anam,
85100, Segamat.

Tuan/ Puan,

JEMPUTAN HARI BERTEMU PELANGGAN

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, unit peperiksaan di bawah Unit Kurikulum SMK Palong
Timur akan mengadakan hari bertemu pelanggan antara guru-guru dan ibu bapa seperti ketetapan
berikut:

Tarikh : 26 September 2023 (Selasa)


Masa : 11.30 Pagi – 1.00 tengahari
Tempat : Kelas anak masing-masing

3. Program ini diadakan bagi membolehkan guru-guru berjumpa dan berbincang dengan ibu
bapa atau penjaga tentang kemajuan dan sebarang permasalahan yang dihadapi para pelajar.

4. Di harapkan penyertaan ibu bapa/penjaga dapat menaikkan semangat pelajar untuk terus
berjaya dalam pelajaran. Kerjasama yang baik dari pihak tuan, kami ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………
(ABD AZIZ BIN OTHMAN )
Pengetua,
SMK Palong Timur

…………………. **** Potong keratan untuk diserahkan kepada guru kelas****…………………

Surat maklumbalas Ibu/Bapa/Penjaga

Saya ………………………………………. Ibu/Bapa/ Penjaga kepada ……………………………


kelas ……………… bersetuju/ tidak bersetuju hadir ke program Hari Bertemu Pelanggan yang
akan diadakan pada 26 September 2023 (Selasa).

Anda mungkin juga menyukai