Anda di halaman 1dari 1

SMK SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA

47810 PETALING JAYA, SELANGOR


TEL : 03-61403173 FAX : 03-61403157
Email : bea8666@btpnsel.edu.my

“ 1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Ruj. Kami : SMKS8KD/ ( )


Tarikh : 2 Februari 2018

Kepada;

Ibu Bapa dan Penjaga


Murid Tingkatan 3 dan 5
SMK Seksyen 8 Kota Damansara,
Jln Pekaka 8/1, Kota Damansara,
47810, PETALING JAYA, SELANGOR.

Tuan / Puan,

JEMPUTAN UNTUK MENGHADIRI PROGRAM HARI PENETAPAN TARGET PT3 DAN SPM 2018

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak sekolah SMK Seksyen 8 Kota Damansara akan
mengadakan program berkenaan sepertimana ketetapan yang berikut :

Tarikh : 8 Februari 2018 (Khamis)


Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Gemilang SMK Seksyen 8 Kota Damansara

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan berbesar hati ingin menjemput tuan/puan
untuk sama-sama menjayakan program tersebut yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada
murid agar berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai target yang diimpikan serta mendapat
keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan seterusnya melonjakkan prestasi sekolah dalam
peperiksaan PT3 dan SPM 2018.

4. Segala kerjasama dan kesungguhan yang diberikan amat kami hargai dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………..
(Zurhiati binti Saad)
Pengetua,
SMK Seksyen 8 Kota Damansara.

……………………………………………………………………………………………………………………….

MAKLUM BALAS KEHADIRAN IBUBAPA/ PENJAGA

Saya __________________________________________________ ibubapa/ penjaga kepada


______________________________________________ dari kelas _______ akan hadir/ tidak hadir
program Hari Penetapan Target PT3 dan SPM SMK Seksyen 8 Kota Damansara pada 8 Februari
2018.

*Hantar keratan ini pada Cik Nor Hashimah selewat-lewatnya pada hari Selasa (6Feb 2018).

Anda mungkin juga menyukai