Anda di halaman 1dari 2

SMK PERMATA JAYA

83100 Rengit,
Batu Pahat,
Johor.
Telefon : 07-4241314
Faks : 07-4244402
Laman Web : smkpj72@gmail.com

Ruj. Kami : JEA0017,100-19/3/2.6


Tarikh : 13 FEBRUARI 2017
Kepada,

Encik Samsudin bin Taiban.


Guru Cemerlang Sejarah,
SMK Tun Sardon.

Melalui,

Tuan Haji Hamdin bin Saat.


Pengetua SMK Tun Sardon,
83100 Rengit,
Batu Pahat,
Johor.

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH DALAM BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS SEJARAH SPM
2017 (SIRI 1)

Dengan segala hormatnya, perkara tersebut dirujuk.

2. Pihak sekolah akan menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab Kertas Sejarah SPM 2017 seperti
ketetapan berikut :

Tarikh : 18 Februari 2017


Masa : 8.30 11.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Exora

3. Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan lebih ramai pelajar untuk mendapat
perfect score A dalam subjek Sejarah SPM 2017. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ini sangat
berbesar hati untuk menjemput tuan sebagai penceramah dalam bengkel berkenaan. Sebagai
makluman pihak tuan, para peserta terdiri daripada calon-calon SPM 2017 yang memperoleh
sekurang-kurangnya gred C (Sejarah) dalam peperiksaan akhir tahun Tingkatan Empat tahun 2016.

4. Pihak sekolah amat berharap agar tuan dapat meluangkan waktu bagi menghadiri jemputan
ini. Budi dan jasa tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas,

...................................

Anda mungkin juga menyukai