Anda di halaman 1dari 1

SETIAUSAHA SUKAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGASEH


PETI SURAT 60254,
91112 LAHAD DATU
Tel : 089 – 881 836
Faks : 089 – 881 836

Rujukan :
Tarikh : 9 Januari 2020

Kepada:
Yang Di-Pertua (YDP)
Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG)
SMK Agaseh, Lahad Datu

Melalui:
Pengetua SMK Agaseh
Lahad Datu
Sabah.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN PIBG UNTUK MAKANAN DAN MINUMAN PELAJAR

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak tuan, Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu akan menganjurkan
Kejohanan Olahraga Balapan dan Padang MSSD pada 13 Januari 2020 sehingga 17 Januari 2020.
Kejohanan akan berlangsung di Kompleks Sukan Lahad Datu. Kejohanan ini melibatkan 70 orang pelajar
SMK Agaseh.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon sumbangan sebanyak RM 2205.00 bagi
tujuan makanan dan minuman pelajar SMK Agaseh selama 3 hari semasa Kejohanan tersebut
berlangsung.

4. Bersama surat ini disertakan lampiran kertas kerja Kejohanan sebagai rujukan pihak Tuan.

5. Pihak kami amat berbesar hati, sekiranya tuan dapat meluluskan permohonan ini. Segala
kerjasama dan keperihatinan daripada pihak Tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

Saya yang menjalankan amanah,

..................................................................
( HASIM BIN MAHDI )
Setiausaha Sukan Olahraga,
Sekolah Menengah Kebangsaan Agaseh,
LAHAD DATU.

Anda mungkin juga menyukai