Anda di halaman 1dari 2

Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Sekolah Menengah Kebangsaan Agaseh


Peti Surat 60254, 91112 Lahad Datu, Sabah
Tel : 089-881836 Fax : 089-881836

Ruj. Kami : PIBG/SU/16( 88 )


Tarikh : 15.11.2016
Pengarah,
Majlis Daerah Lahad Datu.

Melalui,
Pengetua SMK Agaseh,
Lahad Datu.

Tuan/ Puan,

MEMOHON KEBENARAN MENGGANTUNG BANNER

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

02. Sukacita dimaklumkan bahawa PIBG SMK Agaseh akan mengadakan Majlis Santapan
Memori Emas sempena 50 tahun SMK Agaseh pada ketetapan berikut:

Tarikh : 19 November 2016 (Sabtu)


Tempat : Dewan Sri Budiman SMK Agaseh
Masa : 6.30 malam – 10.00 malam
Perasmi : YB Dato Haji Mohammad Yusof Haji Apdal
ADUN N.50 Lahad Datu

03. Oleh itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan memberi kebenaran
kepada pihak kami untuk menggantung banner bagi mengwar-warkan kepada warga Lahad
Datu mengenai program yang akan kami jalankan.

04. Segala kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai dan kami ucapkan jutaan terima
kasih.

Sekian, Terima Kasih.

PIBG PROAKTIF PEMANGKIN KECEMERLANGAN

Yang menjalankan tugas,

(RAHEMATUNNISA BT C KUNHIMAIDEEN )
Yang Dipertua PIBG,
SMK Agaseh Sesi 2016 / 2017

Anda mungkin juga menyukai