Anda di halaman 1dari 2

Ruj Kami : JPS(W)SKMT(PIBG)/153/09/26/( )

Tarikh : 28 Januari 2020

Setiausaha Eksekutif Kepada YAB Ketua Menteri


Tingkat 22, Wisma Bapa Malaysia
Petra Jaya, Sarawak
93502 Kuching

Ketua Menteri,

MEMOHON PERUNTUKAN MENAIKTARAF PRASARANA SEKOLAH

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Pihak Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG ) SK Muara Tebas, memohon jasa baik
pihak Ketua Menteri untuk mempertimbangkan agar dapat memberi peruntukan dana
sebanyak RM 70 000 (Ringgit Malaysia Tujuh Puluh Ribu Sahaja) bagi menaiktaraf
prasarana seperti berikut:

Bil Prasarana Catatan


1 Menurap Tempat Letak Kereta Memerlukan penurapan baru kerana keadaan jalan
Guru/Staf yang berbatu dan sering bertakung dengan air
apabila hari hujan.
2 Kerusi Meja Pintu Kelas Kerusi dan meja kayu yang telah rosak dan patah
serta pintu kelas yang telah tertanggal.

3. Sehubungan dengan itu, bersama-sama surat ini saya lampirkan bersama gambar-
gambar sebagai rujukan dan pertimbangan pihak Ketua Menteri.

4. Kerjasama dan sokongan pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK ANAK BANGSA”

(HAMZAH BIN BUANG)


Yang Di-Pertua,
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG),
Sekolah Kebangsaan Muara Tebas.
Sesi 2019-2020

s.k. Guru Besar SK Muara Tebas


Fail PIBG
PROJEK MENURAP JALAN MASUK & KELUAR SERTA
TEMPAT MELETAK KENDERAAN GURU & STAF SK MUARA TEBAS.

ANGGARAN KOS ADALAH SEPERTI BERIKUT:

KATEGORI KOS

A Re - Surface RM 46 000

B Lapisan Batu & Premix RM 10 000

C Lapisan Batu & Premix RM 7000

D Lapisan Batu & Premix RM 7000

TOTAL RM 70 000

Anda mungkin juga menyukai