Anda di halaman 1dari 2

15 Mac 2021.

Mejar Jeneral Dato’Tengku Muhammad Fauzi binTengku Ibrahim DPMS DSDK DPSM
PAT KAT KMN KSD AMT AMK PNBB (Bosnia) rcds (UK) Sesko TNI psc( USA).

Panglima Divisyen Ketiga Infantri.


Markas Divisyen Ketiga Infantri.
KEM Terendak
76200 Melaka.

Mejar Jeneral Dato yang dihormati,

KUNJUNGAN HORMAT CELCOM & PENKONGSIAN DIGITAL

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Salam takzim dan hormat pihak kami ucapkan kepada Dato dengan iringan doa semoga
Dato sentiasa berada di dalam keadaan sihat serta dirahmati . Izinkan kami mengucapkan
setinggi-tinggi tahniah kepada Dato atas pelantikan Mejar Jeneral Panglima Divisyen
Ketiga Infantri Kem Terendak Melaka.

2. Untuk makluman Dato , Celcom Axiata Berhad atau lebih dikenali sebagai Celcom


adalah syarikat telekomunikasi mudah alih yang tertua di Malaysia dan juga sebuah ahli
kumpulan syarikat Axiata Berhad. Celcom mempunyai liputan jalur lebar terluas di seluruh
negara, berbanding perkhidmatan mudah alih telekomunikasi lain di Malaysia. Sehingga
kini liputan komunikasi Celcom telah mencapai 98% kawasan berpenduduk di Malaysia. 

3. Merujuk perkara diatas, pihak kami amat berharap Dato dapat meluangkan sedikit
masa untuk menerima kunjungan hormat dari kami , tarikh dicadangkan adalah pada
13hb April 2021 jam 10.00 pagi atau kami sudi menerima masa dan tarikh mengikut
kesesuaian jadual Dato. Dengan kunjungan ini berkemungkinan besar dapat menjadi
permulaan ampuh penanda aras kolaborasi perkongsian digital diantara Kementerian
Pertahanan dengan syarikat Celcom Axiata Berhad.
Pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen yang
Dato berikan.

Sekian, terima kasih.

Seellan

Yang benar,

Seellan Shunmugam
Pengurus Perniagaan Negeri
Sektor Awam
Celcom Axiata Berhad
No. Tel: 019 7131644

Anda mungkin juga menyukai