Anda di halaman 1dari 2

Persatuan Ibubapa Dan Guru

Sek Keb Tanah Abang Mersing,


D/A Pejabat Pendidikan Daerah Mersing,
KM2 Jalan Jemaluang,
86800 Mersing Johor.

Ruj kami : JBA4029/100/4/2/2018/2


Tarikh : 1 Mac 2018

Kepada :

Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI MESYUARAT PIBG SK TANAH


ABANG KALI KE 9 TAHUN 2018
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tanah
Abang bakal mengadakan Mesyuarat Agung PIBG SK Tanah Abang kali ke 9 pada 29 Mac
2018. Pihak PIBG SK Tanah Abang ingin memohon sumbangan kewangan untuk
memudahkan pihak kami menjayakan mesyuarat kali ini.

3. Sehubungan dengan itu, butiran kos yang diperlukan untuk menjayakan Mesyuarat
Agung PIBG SK Tanah Abang kali ke 9 dilampirkan di helaian lampiran bersama-sama
tentatif mesyuarat. Sumbangan dari pihak tuan boleh dialamatkan kepada PIBG SK TANAH
ABANG No Akaun Maybank 551098512003.

4. Diharap agar pihak tuan sudi untuk menghulurkan sumbangan kewangan agar
Mesyuarat Agung PIBG SK Tanah Abang kali ke 9 dapat berjalan dengan lancar. Segala jasa
baik dan keprihatinan pihak tuan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

____________________________
(OSMAN A/L YEN)
Yang Dipertua Agung PIBG,
SK Tanah Abang.
Lampiran 1

Kos Mesyuarat Agung PIBG SK Tanah Abang Kali ke 9 Tahun 2018


Perkara Kos Seunit Jumlah
Sarapan pagi
 Nasi goreng
RM4.00 x 100 RM400.00
 Air teh O
Makan tengah hari
 Nasi ayam
RM7.00 X 100 RM700.00
 Air mineral
Hadiah cabutan bertuah
 Barangan elektik RM150.00 X 10 RM1500.00
 Barangan plastik RM5.00 X 30 RM150.00
Persembahan RM300.00 X 2 RM600.00
JUMLAH
RM3350.00
KESELURUHAN

Lampiran 2

TENTATIF MESYUARAT AGUNG PIBG SK TANAH ABANG KALI KE 9 TAHUN


2018
Waktu Perkara
8.30 pagi Ketibaan ibu bapa/penjaga dan para jemputan.
Pendaftaran.

9.00 pagi Ketibaaan perasmi dan VIP.


Nyanyian lagu Negaraku, Bangsa Johor dan SK Tanah Abang.
Bacaan doa.

9.30 pagi Persembahan 1

9.45 pagi Ucapan alu-aluan En Khairuddin bin Ya’acob, Guru Besar SK Tanah Abang.
Cabutan bertuah.

10.00 pagi Persembahan 2.

10.30 pagi Ucapan perasmian oleh perasmi.


Cabutan bertuah.

11.00 pagi Jamuan VIP.


Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-9 dimulakan.
Cabutan bertuah.
Jamuan makan tengahari.

Anda mungkin juga menyukai