Anda di halaman 1dari 1

SMK FELDA ULU TEBRAU

81810 ULU TIRAM


JOHOR BAHRU
JOHOR TEL : 07-8601161

Ruj kami : JEA 1042/700-6/1/1 ( )


Tarikh : 12 MEI 2019
En Azri Bin Salikin
Yang Dipertua PIBG,
SMK LKTP Ulu Tebrau.

Tuan,

MEMOHON PERUNTUKAN UNTUK AKTIVITI IHYA’ RAMADHAN PERINGKAT SMK LKTP


ULU TEBRAU 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak sekolah memohon jasa baik pihak tuan agar dapat meluluskan
permohonan peruntukan sebanyak RM400 untuk menampung sebahagian
perbelanjaan seperti berikut:

Sumber Kewangan : PIBG dan Tabung Surau

Perkara Anggaran Jumlah


Hadiah Pertandingan RM 104.00 RM 104.00
Air Mineral Cup RM 12.00 x 4 Kotak RM 48.00
Kurma RM 50.00 x 1 Kotak RM 50.00
Kuih RM 1.00 x 170 Orang RM 170.00
Makanan RM 5.00 x 170 Orang RM 850.00
Bunga Telur RM 25.00 x 2 Kotak RM 50.00
Telur RM 10.00 x 4 Papan RM 40.00
Bunting RM 80.00 RM 80.00
Jumlah RM 1392.00

3. Diharapkan agar dengan adanya sedikit peruntukan dari pihak PIBG,


aktiviti-aktiviti yang telah dirancang bagi program Ihya’ Ramadhan kali ini dapat
berlangsung dengan lebih mudah dan lancar.

4. Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan dan kelulusan


sewajarnya daripada pihak tuan. Segala jasa baik pihak tuan, kami dahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah, Diluluskan / Tidak Diluluskan :

……………………………………. ………………………
(ZULKEFLI BIN SULONG) (AZRI BIN SALIKIN)
Pengetua Yang Dipertua PIBG
SMK LKTP Ulu Tebrau SMK LKTP Ulu Tebrau
81810 Ulu Tiram, Johor 81810 Ulu Tiram Johor

Anda mungkin juga menyukai