Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA SUKAN TAHUNAN

1.0 TAJUK PROGRAM



1.1 Sukan Tahunan peringkat sekolah.


2.0 TUJUAN PROGRAM

2.1 Kertas kerja ini disediakan dengan tujuan untuk memohon kebenaran dari pihak
pentadbiran Sekolah jenis kebangsaan Tamil Sepang. khususnya dari Guru Besar
bagi menjalankan Sukan Tahunan peringkat sekolah , SJKT Ladang katumba.
Selain itu, kertas kerja ini juga bertujuan untuk mendapatkan kelulusan permohonan
peruntukan kewangan bagi membiayai kos perbelanjaan program.

2.2 Sukan Tahunan peringkat sekolah ini lebih menjurus kepada usaha memupuk minat
murid terhadap bidang sukan.

3.0 LATAR BELAKANG PROGRAM

3.1 Unit Kokurikulum SJKT Ladang Katumba dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal
Murid dan unit Kurikulum mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan pelbagai
program berkaitan dengan perkembangan kokurikulum murid sama ada melalui
kegiatan di dalam atau di luar bilik darjah.

3.2 Semua aktiviti dan kegiatan yang dirancang akan memberi tumpuan untuk
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan: ke arah melahirkan insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3.3 Kejohanan sukan kali ini merupakan salah satu cara untuk meningkatkan motivasi
murid di samping mempraktikkan ilmu yang dipelajari di sekolah dengan harapan
semoga murid mempunyai akhlak yang terpuji dan semangat yang kental.

3.4 Program yang sedang dirancang juga mempunyai matlamat ke arah pengisian
jasmani dan rohani ke arah perkembangan minda murid-murid bukan sahaja
sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan UPSR, tetapi juga kekuatan
mental bagi tempoh jangka panjang di dalam menghadapi realiti kehidupan yang
serba mencabar.

3.5 Pelbagai usaha telah, sedang dan akan dirancang oleh unit Kokurikulum Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Katumba untuk mencapai matlamat ini dan
program kali ini memberi tumpuan ke arah perkembangan minda yang matang.




4.0 OBJEKTIF PROGRAM

4.1 MEMBIMBING murid supaya mengetahui tanggungjawab sebagai
warganegara Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap kecemerlangan
pendidikan sukan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dan juga 1
Murid 1 Sukan.

4.2 MEMUPUK semangat ke arah menghayati kepentingan kesihatan diri di dalam
kehidupan sejagat, tabah serta unggul dari aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek.

4.3 MEMPERKUKUHKAN ilmu, kasih sayang, nilai murni, pengalaman, pengetahuan,
perpaduan dan semangat jati diri di kalangan murid seterusnya menerapkan
kecintaan dan kepentingan ilmu dalam diri, keluarga dan segenap lapisan
masyarakat.

4.4 MENGETAHUI sumbangan yang dapat diberikan oleh setiap murid dan bersedia
memberi tumpuan kepada pencapaian pendidikan serta menyumbang bakti kepada
masayarakat demi faedah ke arah pembangunan negara.


5.0 STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM

5.1 Sukan Tahunan peringkat sekolah

5.2 Perlaksanaan sukan tahunan peringkat sekolah ini akan melibatkan kerjasama erat
di semua peringkat sama ada Guru Besar dan semua Guru Penolong Kanan di pihak
pentadbir sekolah, AJK Persatuan Ibu bapa dan Guru, Ketua Kampung dan
penduduk Sekitar , guru-guru dan pekerja am serta murid-murid bagi memastikan
kelicinan perjalanan program.


6.0 PERINGKAT PELAKSANAAN PROGRAM

6.1 Sukan Tahunan peringkat sekolah ini dijangka akan dilaksanakan pada 13 Oktober
2013 setelah menjalankan mesyuarat bersama pihak pengurusan sekolah.

7.0 SASARAN

7.1Semua warga SJKT Ladang Katumba, ibu bapa dan penjaga murid, serta
masyarakat sekitar Ladang katumba dan Kampung Dara, Sungai Tawar supaya
dapat memanfaatkan suasana yang ingin diwujudkan bagi membantu meningkatkan
semangat setiakawan dan kesukanan.


8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM

8.1 ( Lampiran )


9.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

9.1 Pengerusi dan semua AJK Pelaksana bertanggungjawab untuk memantau dan
mengendalikan perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti dan
keselamatan.

9.2 Para AJK PIBG yang mempunyai kelapangan juga dialu-alukan untuk menjadi
pegawai kejohanan, menyumbangkan idea, kepakaran dan meluangkan masa untuk
menjayakan program.

10. MEMOHON KELULUSAN MELAKSANAKAN PROGRAM

10.1 Semua Ahli Jawatankuasa Pelaksana Acara sukan tahunan peringkat sekolah, SJK
Tamil Sepang memohon kepada Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Sepang untuk meluluskan program tersebut.


Disediakan oleh, Disahkan oleh,


_____________________ _____________________
SEGAR A/L VALLAIZAN, SELLEDORAI A/L RETNAM,
GPK KOKURIKULUM, GURU BESAR,
SJKT LADANG KATUMBA, SJKT LADANG KATUMBA,
09300 KUALA KETIL, 09300 KUALA KETIL,
KEDAH DARUL AMAN. KEDAH DARUL AMAN.














Lampiran 1
ANGGARAN KASAR PERBELANJAAN SUKAN TAHUNAN 2013

Hadiah Sukaneka RM 692.00
Sewa Khemah RM 200.00
Jamuan Pegawai, guru dan PIBG RM 500.00
Minuman Murid RM 250.00
Lain-lain Peralatan RM 200.00
Cenderamata VIP RM 50.00
JUMLAH BESAR RM 1,892.00


PERINCIAN PERBELANJAAN
1. Hadiah Sukaneka

1.1 BILANGAN MEDAL
BIL ACARA EMAS PERAK GANGSA
JUMLAH
UNIT
HARGA
SEUNIT
JUMLAH
(RM)
1 MENGISI AIR DALAM BOTOL 8 8 16 RM 3.50 RM 56.00
2 TUJU TIN 8 8 16 RM 3.50 RM 56.00
3 LARI HALANGAN 8 8 16 RM 3.50 RM 56.00
4 MEMBALING PUNDI KACANG 8 8 16 RM 3.50 RM 56.00
5 TARIK TALI 8 8 16 RM 3.50 RM 56.00
6 LARIAN GELUNG 8 8 16 RM 3.50 RM 56.00
7 FRISBEE 5 5 10 RM 3.50 RM 35.00
8 ACARA BEKAS MURID (L) 1 1 1 3 RM 3.50 RM 10.50
9 ACARA BEKAS MURID (P) 1 1 1 3 RM 3.50 RM 10.50
JUMLAH 55 55 2 112 RM 3.50

RM 392.00


1.2 BILANGAN TROPHY
BIL ACARA EMAS PERAK GANGSA
JUMLAH
UNIT
HARGA
SEUNIT
JUMLAH
(RM)
1 75 METER (L) 1 1 2 RM 6.00 RM 12.00
2 75 METER (P) 1 1 2 RM 6.00 RM 12.00
3 100 METER (L) 1 1 2 RM 6.00 RM 12.00
4 100 METER (P) 1 1 2 RM 6.00 RM 12.00
5 200 METER (L) 1 1 2 RM 6.00 RM 12.00
6 200 METER (P) 1 1 2 RM 6.00 RM 12.00
7 4 X 100 METER 4 4 8 RM 6.00 RM 48.00
8 4 X 100 METER (L) JEMPUTAN 4 4 4 12 RM 6.00 RM 72.00
9 4 X 100 METER (P) JEMPUTAN 4 4 4 12 RM 6.00 RM 72.00
10 ACARA IBU 1 1 1 3 RM 6.00 RM 18.00
11 ACARA BAPA 1 1 1 3 RM 6.00 RM 18.00
JUMLAH 20 20 10 50 RM 6.00

RM 300.00



2. Sewa Khemah = 4 x RM 50.00 = RM 200.00
3. Makanan/Minuman Pegawai Guru dan PIBG = 50 orang x RM 5 = RM 250.00
= Jamuan VIP = RM 250.00

4. Makanan dan Minuman murid = RM 250.00
5. Cenderamata Perasmi = 2 x RM 25.00 = RM 50.00

6. Lain-lain/ Peralatan dll = RM 200.00
( Tali Pengukur,Talia Rapia, First Aids Kit,Cat, Berus,
Minyak Hitam, Kain ( Bendera Rumah), Kayu,Banner )

SUMBER PENDAPATAN

BANTUAN KOKURIKULUM SEKOLAH
1) PERUNTUKAN KOKURIKULUM = RM 320.00
2) PERUNTUKAN PEMANGUNAN SAHSIAH = RM 80.00
3) BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN = RM 200.00
SUMBANGAN PIBG = RM 1,292.00
JUMLAH BESAR = RM 1,892.00

Anda mungkin juga menyukai