Anda di halaman 1dari 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SK GUNONG SENYUM
28050 KUALA KRAU
PAHANG DARUL MAKMUR
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Ruj.Tuan:
Ruj.Kami :CBA7026/04/11/jld5(28)
Tarikh : 29 Januari 2019
KEPADA,

YB Hj. Mohd Annuar bin Tahir


No. 52, Tingkat 1, Jalan Chengal 2, Taman Chengal,
28000 Temerloh,
Pahang.

Yang Berhormat,

MOHON BANTUAN UNTUK PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR TAHUN 6, 2019


SEKOLAH KEBANGSAAN GUNONG SENYUM

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk

2. Kami bagi pihak Persatuan Ibubapa dan Guru SK Gunong Senyum melalui
persetujuan dan muafakat AJK PIBG memohon jasa baik Yang Berhormat untuk membantu
kami dalam meningkatkan prestasi kecemerlangan UPSR murid-murid tahun 6 SK Gunong
Senyum bagi tahun 2019.

3. Untuk makluman pihak tuan, pelaksanaan program ini adalah penting bagi mencapai
keputusan peperiksaan yang cemerlang bagi tahun ini. Ia melibatkan seramai 23 orang
murid dari latar ekonomi yang rendah dan sederhana. Murid-murid kurang mampu untuk
mengikuti program seumpama ini yang dianjurkan oleh pihak swasta kerana bayaran yang
tinggi. Oleh yang demikian, pihak sekolah akan cuba sedaya upaya untuk merealisasikan
semua program yang telah dirancang demi kecemerlangan dan masa depan murid-murid.
Namun begitu, setiap program yang telah dirancang memerlukan bajet kewangan untuk
dilaksanakan.

4. Sehubungan itu semua warga sekolah dan ibu bapa amat mengharapkan kesudian
Yang Berhormat untuk membantu kami dari segi kewangan bagi melaksanakan semua
program yang telah dirancang.

5. Bersama ini disertakan lampiran anggaran kos program yang bakal dilaksanakan.
Segala kerjasama dan keprihatinan yang diberikan oleh pihak Yang Berhormat kami dahului
dengan jutaan terima kasih.

Sekian ,terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah.

...............................................
(SAIPUDIN BIN MD. PIAH)
Yang di Pertua,
PIBG SK Gunong Senyum
28050 Kuala Krau, Temerloh,
Pahang.

SK Fail PIBG SK Gunong Senyum


ANGGARAN PERBELANJAAN

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR TAHUN 6

SK GUNONG SENYUM 2019

ANGGARAN
BIL NAMA PROGRAM PERBELANJAAN
JUMLAH
1. Motivasi murid, ibu bapa,penjaga tahun 6 RM300 x 2 RM 600

2 Ceramah teknik menjawab Matematik RM400x2 RM 800


3 Ceramah teknik menjawab Sains RM400x2 RM 800

4 Ceramah teknik menjawab Bahasa Melayu RM400x2 RM 800

5 Ceramah teknik menjawab Bahasa Inggeris RM400x3 RM 1200

6 Perjumpaan ibubapa/penjaga tahun 6 RM100 x 4 RM 400

7 Kelas tambahan UPSR RM 200 RM 200

8 Solat hajat RM 400 RM 400

9 Program rehat minda dan lawatan RM 1500 RM 1500

10 Soalan-soalan ramalan RM50x22 RM 1100


(4 subjek)
11 Perkampungan UPSR ( 5 hari bersekolah x RM 2000
5 minggu –makan t/hari,malam & petang )
12 Program anjuran zon kuala krau RM200 (makanan RM200
(pengangkutan/makanan) / pengangkutan)

JUMLAH RM 10,000

Anda mungkin juga menyukai