Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PAYONG

22010 JERTIH, BESUT, TERENGGANU

KERTAS CADANGAN

PROGRAM PEMBINAAN JATI DIRI MURID PENDIDIKAN KHAS MASALAH


PEMBELAJARAN KE PULAU LANGKAWI

PADA
24 Ogos 2019 – 26 Ogos 2019

DESTINASI

Pulau Langkawi,Kedah
PROGRAM PEMBINAAN JATI DIRI MURID PENDIDIKAN KHAS MASALAH
PEMBELAJARAN KE PULAU LANGKAWI

RASIONAL

Tujuan lawatan penanda aras adalah untuk perkongsian pintar, juga sebagai
penanda aras dan perolehan input-input yang berguna yang boleh dijadikan panduan dan
rujukan di sekolah oleh guru dan murid. Secara tidak langsung, program ini juga dapat
membina jaringan antara sekolah-sekolah lain. Program pembinaan jati diri bagi murid
pendidikan khas kali pertama pada tahun 2019 ini menghala ke SK Langkawi, Kuah,
Langkawi. Sekolah ini dipilih kerana kecemerlangan sekolah tersebut dalam pencapaian
kurikulum.

Oleh itu usaha-usaha serta sumbangan daripada berbagai pihak adalah perlu untuk
menjayakan program lawatan yang dicadangkan. Sokongan dari keluarga dan pihak-pihak
tertentu adalah amat perlu. Maka oleh sebab itu adalah dirasakan program lawatan ini perlu
diadakan.

2. OBJEKTIF

i. Memperkayakan pengetahuan dan pengalaman baru kepada murid


ii. Mempertingkatkan lagi motovasi murid-murid Pendidikan khas
iii. Mewujudkan sifat berdikari serta meningkatkan kendiri positif dalam kehidupan
murid
iv. Membantu murid untuk berinteraksi dengan alam sekeliling dan orang ramai
v. Memurnikan budaya kerja cemerlang dalam kalangan guru agar dapat memacu
kecemerlangan pelajaran dengan cara yang bersesuaian dengan minat dan
keperluan murid Pendidikan khas

3. KUMPULAN SASAR

Kumpulan sasaran yang terdiri daripada


1. 21 orang murid pendidikan khas masalah pembelajaran
2. 7 orang guru pengiring
3. 3 orang pembantu guru

Jumlah adalah seramai 31 orang

4. TARIKH
24 Ogos 2019 – 26 Ogos 2019 (Sabtu - Isnin)
5. TEMPAT LAWATAN

Sekolah kebangsaan Langkawi, Wildlife Park, Mardi Agrotechnology Park, Padang Mahsuri,
Beras Terbakar, Langkawi Cable car, Underwater World langkawi, pembuatan gamat asli dan
pekan kuah

6.TENTATIF PROGRAM

Tarikh Masa Perkara


24/8/2019 9.00 malam -Bertolak dari SKSP ke jeti Kuala Perlis
(Sabtu)

25/8/2019 5.00 pagi - Sampai di Kuala Perlis


(Ahad) - Solat subuh di masjid Kuala Perlis
7.00 pagi - Sarapan Pagi di Kuala Perlis
8.30 pagi - Menaiki feri ke Langkawi
10.00 pagi - Tiba di Pulau Langkawi dan ke SK Langkawi, Kuah, Langkawi
12.00 tghari - ke Underwater World Langkawi dan Solat
3.00 ptg - Daftar masuk ke rumah Penginapan
5.00 ptg - minum petang dan solat
7.00 ptg - persiapan solat maghrib dan makan malam
9.00 malam - berjalan sekitar pekan kuah

26/8/2019 6.30 pagi - solat subuh dan sarapan pagi


(Isnin) 8.00 pagi - ke mardi agrotechology park
10.00 pagi - ke wildlife park
12.30 tghari - ke langkawi cable car dan solat serta makan tengahari
3.30 ptg - ke muzium beras tebakar dan padang mahsuri
5.00 ptg - pulang ke rumah penginapan
8.00 malam - solat dan makan malam
10.00 malam - Istirehat

30/4/2019 6.30 pagi - Solat Subuh dan sarapan pagi


(Selasa) 8.00 pagi - ke pembuatan gamat
10.00 pagi - melawat sekitar pekan kuah
12.30 tghari - menaiki feri ke jeti Kuala Perlis
2.30 ptg - tiba di jeti Kuala Perlis
3.00 ptg - Bertolak balik ke SK Seri Payong, Besut, Terengganu
12.00 malam - tiba di sekolah SK Seri Payong
7. ANGGARAN PERBELANJAAN
Tambang bas RM 1200 x 3 RM 3600.00

RM 900.00
Pengangkutan di Langkawi RM 150 x 3 x 2
RM 720.00
Penginapan di Langkawi RM 180 x 2 x 2
RM 3348.00
Makan minum RM12 x 31 x 3 x 3
RM 1800.00
Bayaran tiket Feri P.Langkawi RM18 x 31x 2
RM 300.00
Bayaran tiket Kereta Kabel RM 12 x 25
RM 372.00
Bayaran tiker wildlife RM 12 x 31
RM 450.00
Bayaran tiket Underwater world RM 18 x 25
JUMLAH RM 11490.00

8. ANGGARAN PENDAPATAN
Yuran murid RM 300 x 21 RM 6300.00
Yuran Guru dan pembantu RM 300 x 10 RM 3000.00
Sumbangan PIBG sekolah RM 500.00
Sumbangan Kedai Sekolah RM 300.00
Tabung Penanda Aras RM 1000.00
Sumbangan Individu RM 390.00
Jumlah RM 11490.00

9.0 PENUTUP

Program pembinaan jati diri ke Langkawi ini merupakan program yang diikuti oleh
murid Pendidikan khas masalah pembelajaran yang mampu menarik minat murid terhadap
pembelajaran serta para guru mampu mengukur dan menilai kebolehan murid dalam
membentuk sifat kepimpinan, kendiri positif , berdikari serta kebertanggungjawaban
terhadap rakan sebaya. Sehubungan itu, harapan program ini mampu memberikan impak
positif serta pengalaman yang baru kepada murid dalam melihat dunia luar seterusnya
mampu di aplikasikan dalam kehidupan mereka seharian.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………… ………………………………............
(MOHAMAD HANIFF B ABDUL MURAD) (PN HASNAH BT IBRAHIM )
Setiausaha, Penolong Kanan Pendidikan Khas
Program Pembinaan Jati Diri Sekolah Kebangsaan Seri Payong
Sekolah Kebangsaan Seri Payong 22010 Jertih, Besut, Terengganu
22010 Jertih, Besut, Terengganu

Disahkan Oleh,

.............................................
( EN ZUHAIDI BIN OTHMAN)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Seri Payong
22010 Jertih, Besut, Terengganu

Anda mungkin juga menyukai