Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

PROGRAM LAWATAN ILMIAH KE


KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA.
2023

TARIKH : 1-2 NOVEMBER 2023

HARI : RABU - KHAMIS

TEMPAT :
1. Pusat Sains Negara, Bukit Kiara.
2. Petrosains KLCC.
3. Kilang Beryl’s, Seri Kembangan, Serdang.
4. IOI City Mall.

ANJURAN : UNIT KOKURIKULUM SK KAMPONG RAJA

DENGAN KERJASAMA: PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU


( PIBG SK KAMPONG RAJA )
1.0 Pengenalan

Program lawatan ilmiah adalah merupakan satu aktiviti Sekolah Kebangsaan


Kampong Raja, Pagoh, Muar untuk semua pelajar Tahun 6 dan melibatkan juga murid
murid dari Tahun 4 dan Tahun 5. Lawatan ini bertujuan memberi pengalaman sebenar
kepada mereka untuk dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta
kehidupan mereka seharian kerana lawatan akan bermotifkan cabang-cabang
pengajaran matapelajaran berkaitan. Ia juga bertujuan untuk memberi motivasi kepada
pelajar untuk berjaya dalam akademik, peluang melanjutkan pelajaran dan kerjaya
setelah mereka menamatkan alam persekolahan.

2.0 Matlamat

Matlamat program ini adalah untuk memupuk sikap-sikap positif di kalangan


pelajar iaitu bekerjasama, berdisiplin, berkeyakinan, tolong-menolong serta belajar
melalui pengalaman yang dilaluinya di samping bertujuan mengenalkan kepada peserta
tempat-tempat bersejarah yang perlu dihargai di negara kita. Pada masa yang sama ia
bertujuan untuk memotivasikan diri pelajar agar mempunyai jati diri yang tinggi,
mampu menghadapi cabaran dan dugaan di luar alam persekolahan nanti melalui
pengalaman sepanjang perjalanan. Seterusnya menjadi seorang yang berjaya dalam
kehidupan mereka.

3.0 Objektif

3.1 Memberi peluang murid-murid merasai pengalaman sebenar berkaitan tempat-


tempat yang dilawat.
3.2 Meningkatkan jati diri para peserta lawatan dalam menimba ilmu melalui
pengalaman.
3.3 Menggalakkan ahli berdikari dan sentiasa bersedia dalam menghadapi ujian
sepanjang perjalanan.
3.4 Memupuk silaturrahim di antara guru dan peserta lawatan sekolah.
4.0 Sasaran

4.1 Murid murid Tahun 6 dan terbuka kepada tahun lain.

Jumlah : 40 orang murid dan 4 orang guru.

5.0 Aktiviti

1. Pusat Sains Negara, Bukit Kiara.


2. Petrosains KLCC.
3. Kilang Beryl’s, Seri Kembangan, Serdang.
4. IOI City Mall.

6.0 Jangkamasa

6.1 1 hari.

7.0 Kewangan
7.1 Pendapatan

a. Sumbangan PIBG RM 180.00


b. Bayaran tambang murid/guru RM 3784.00
( RM 86 x 44 orang )

Jumlah RM 3964.00

7.2 Perbelanjaan.

a. Pengangkutan ( bas ) RM 1400.00


b. Sarapan (RM 5.00 x 44 ) RM 220.00
c. Makan Tengahari (RM12.00 x 44 ) RM 528.00
d. Makan malam (RM12.00 x 44 ) RM 528.00
e. Minum petang (RM5.00 x 44 ) RM 220.00
f. Bayaran masuk tempat ( RM17 X 44 0rang ) RM 748.00
g. Air Mineral ( RM 16 x 5 kotak ) RM 80.00
h. Belanja runcit/kecemasan/logistik RM 240.00

Jumlah RM 3964.00

8.0 Jawatankuasa / Jadual Program


Sila lihat lampiran 1 dan 2
9.0 Penilaian Program
Murid dikehendaki menyediakan laporan lawatan secara berkumpulan dan menyerahkan
laporan kepada guru penyelaras untuk dibuat penilaian. Kumpulan yang menyediakan
laporan terbaik akan diberi hadiah saguhati dan sijil sebagai penghargaan.

10.0 Penutup

Adalah diharapkan agar program ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya serta dapat
memberi pengalaman yang berguna kepada semua murid murid tahap 2 yang terlibat di
dalam program lawatan ini. Jutaan terima kasih juga kepada Pn Hjh Sharifah Madinah bt
Wan Ahmad yang banyak memberi khidmat nasihat serta sokongan bagi menjayakan
program ini. Semoga lawatan ilmiah pelajar ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
memberi impak serta manfaat yang besar buat anak-anak pelajar Sk Kampong Raja.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh:

___________________ ___________________
(NORHAYATI BINTI MOEN) (NOR ILYANI BINTI AHMAD MUSTAFA)
Setiausaha Program, GPK KoKurikulum
Sekolah Kebangsaan Kampong Raja Sekolah Kebangsaan Kampong Raja
Pagoh Muar. Pagoh Muar.

Disahkan oleh,

_____________________
(HJH SHARIFAH MADINAH BINTI WAN AHMAD)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kampong Raja
Pagoh Muar.
LAMPIRAN 1

SENARAI JAWATANKUASA

PROGRAM
LAWATAN KE
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.
( 2 NOVEMBER 2023 )

Penasihat : Pn. Hjh Sharifah Madinah bt Wan Ahmad


(Guru Besar SKKR)

Pengerusi : Pn Nor Ilyani binti Ahmad Mustafa


(GPK Ko kurikulum)

Naib Pengerusi : Pn Hajah Azah binti Naman


(GPK Pentadbiran)
En Asyraf bin Ahmad Bajuri
(GPK Hal Ehwal Murid)

Penyelaras : Pn. Hajah Shahrizan binti Wahab

Setiausaha : Pn. Norhayati binti Moen

Bendahari : En. Abdul Razak bin Ismail

AJK :

A. Pengangkutan
En Abdul Razak bin Ismail

B. Keselamatan,Disiplin dan Pertolongan Cemas


Pn K. Sreedha Nair a/p Krishnan

C. Perakam Peristiwa dan Dokumentasi


Pn Rohana bt Mohamed Salleh
LAMPIRAN 2

PROGRAM
LAWATAN KE KUALA LUMPUR

( 2 NOVEMBER 2023 )

Tarikh / Masa Aktiviti Tindakan

2 NOVEMBER 2023
KHAMIS
6.30 a.m. Pendaftaran Peserta , Berkumpul di kantin dan AJK Pendaftaran
Taklimat Lawatan

06.50 a.m. Bacaan doa dan Bertolak ke Ipoh, Perak Ketua


Rombongan

8.30 a.m. Sarapan di R&R (Seremban), Semua peserta


rombongan
10.30 a.m. Tiba di Pusat Sains Negara.
1 jam 30 minit.

1.00 pm. - 02.30 p.m. Tiba di KLCC. Solat zohor (Jamak) di Masjid Guru pengiring
Asy Syakirin. Makan Tengah hari di masjid. dan semua
peserta
rombongan

3.00 p.m. Masuk Petrosains. Guru pengiring


dan semua
peserta
rombongan

06.00 p.m. Tiba di Kilang Beryl’s. Guru pengiring


dan semua
08.00 p.m. Tiba di IOI City Mall. Makan malam dan Solat peserta
Jamak Maghrib-Isyak rombongan

09.30 p.m. Bertolak balik Pagoh.

11.00 p.m. Sampai di Sekolah Kebangsaan Kampong Raja.

Anda mungkin juga menyukai