Anda di halaman 1dari 7

SK CHENDERIANG

KERTAS KERJA

“LAWATAN SAMBIL BELAJAR


KE KUALA LUMPUR”

Tarikh
26 November 2022

Anjuran

UNIT KECEMERLANGAN TAHUN 6 ARIF


DENGAN KERJASAMA
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK CHENDEIANG

‘KEJAYAAN SEKOLAH, KOMITMEN BERSAMA’


KERTAS KERJA LAWATAN KE KUALA LUMPUR

1.0     PENDAHULUAN

   Berpegang kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandangan, banyak  pengalaman’, 


maka Program lawatan anjuran Unit Kemerlangan Tahun 6 dengan kerjasama Unit
Bimbingan dan Kaunseling SK Chenderiang telah bercadang untuk mengadakan lawatan
sambil belajar ke Kuala Lumpur. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga
merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan
dan pengalaman secara langsung kepada pelajar-pelajar Tahun 6. Melalui program ini
juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan
pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih
memberangsangkan minat pelajar.

2.0      RASIONAL
   
Selaras dengan hasrat Negara untuk menyeimbangkan murid di negara ini, maka
program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar-pelajar
Tahun 6. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan
masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu
aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada
pelajar untuk meneroka masa depan yang lebih baik.

3.0     OBJEKTIF
    
1. Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada 
           pelajar - pelajar Tahun 6 membina keyakinan diri melalui aktivti 
           sosial yang bersesuaian.
       2. Dapat membuka minda pelajar-pelajar dengan suasana dan pengalaman yang baru.
       3. Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan
           dengan dunia luar dan masyarakat.
       4. Memberikan inspirasi kepada pelajar dan guru dalam merancang
           pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang.

4.0       DESTINASI

            Zoo Negara, Petrosains, KLCC, Dataran Putrajaya dan IOI City Mall,
           
5.0       PERLAKSANAAN LAWATAN
       
            Tarikh           : 26 November 2022
            Hari                : Sabtu
            Masa               : 7.00 pagi – Bertolak ke Kuala Lumpur
11.00 malam – Tiba di SK Chenderiang

6.0       KUMPULAN SASARAN
             Program ini disasarkan kepada murid-murid Tahun 6 dan murid Tahap 2
yang ingin turut serta serta guru-guru yang mengajar Tahun 6.
Bilangan murid dan guru yang akan mengikuti lawatan ini adalah berikut :

Bilangan Murid : 36 orang


Bilangan Guru : 4 orang

7.0       ANGGARAN PERBELANJAAN

Bayaran yang dikenakan kepada setiap ahli rombongan = RM50/seorang


Bayaran daripada ahli rombongan menurut senarai ahli dalam borang:
RM ___50____ seorang X ___40__ orang murid dan guru = RM 2000
Lain-lain punca : Duit Bimbingan dan Kaunseling = RM 1500_
Jumlah RM 3500

Perbelanjaan:

d. Sewa Bas = RM 1500


e. Makan pagi (40 x RM 4.00) = RM 160
f. Makan tengahari (40 x RM 6.00) = RM 240
g. Minum petang (40 x RM 5.00 ) = RM 200
h. Makan Malam. (40 x RM 12.00 ) = RM 480
i. Air Mineral 3 kotak besar dan roti = RM 50
g. Bayaran tiket masuk ke Zoo ( 40 x RM 15.00 ) = RM 600
h. Bayaran ke Petrosains (40 x RM 6.00 ) = RM 240
i. Lain – lain ( Runcit ) = RM 30_
Jumlah RM 3500

7.1   AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : En. Mohamad Zamri B. Ishak PK


(Guru Besar SK Chendriang)

Naib Pengerusi : En. Mohd Yusrizal B. Basir


(PK HEM SK Chenderiang)
Penyelaras : Pn. Nisa Hairani Bt. Nek Man

Setiausaha : En. Mohamad Faiz B. Mohamad Rofie

Bendahari : Pn. Fauziah Bt. Abd Rahman


AJK Pengangkutan         : Pn. Rosnani Bt. Mahmud

AJK Dokumentari/Dokumentasi : Pn. Puteri Mastura Bt. Megat Din


Cik. Thariq Atun Najah Bt. Mohd Ali
AJK Makanan dan Minuman : En. Meor Azhary Bt Aminurashid

AJK Disiplin : Pn. Nadiah Bt. Mandor

7.2    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA


    
  1. Setiausaha       :
          Menyediakan surat menyurat, menghubungi pihak-pihak yang terlibat   
          dengan proram lawatan. Memaklumkan kepada Pengerusi/Naib
          Pengerusi tentang perkembangan terkini urusan program. Membuat
          follow up pada setiap AJK. Menyediakan semua tindakan AJK.
      2. Bendahari                     :
          Menerima wang pendapatan, kutipan dan sumbangan. Mengawasi
          perbelanjaan dan menyelaraskan wang keluar masuk.
      3. AJK Pengangkutan :
          Menghubungi pihak bas – sebuah bas, bayaran,  memastikan bas                
          mempunyai permit dan insurans serta memastikan kedudukan pelajar   
          semasa di dalam bas.
      4. AJK Makanan & Minuman :
          Menguruskan makan dan minum pelajar sepanjang lawatan.
      5. AJK Dokumentasi/dokumentari          :
          Menyediakan peralatan untuk dokumentari/dokumentasi (kamera, video-
          cam) dan mendokumentasikan aktiviti sepanjang program berlangsung.
      6. AJK Disiplin      :
          Memastikan disiplin pelajar sepanjang aktiviti dijalankan.
7.3    TENTATIF LAWATAN

MASA AKTIVITI
6.30 pagi Berkumpul di SK Chenderiang.
7.00 pagi Bertolak ke Kuala Lumpur
10.30 pagi Dijangka tiba di Zoo Negara
12.30 Tengahari Makan Tengahari
1.00 Tengahari Bertolak ke Petrosains KLCC
1.30 Petang Melawat Petrosains
3.00 Petang Berjalan dan bergambar di sekitar KLCC
4.00 Petang Bergerak ke Dataran Putrajaya
5.00 Petang Solat asar dan minum petang di Masjid Putrajaya
5.30 Petang Berjalan dan bergambar di Dataran Putrajaya
6.30 Petang Bergerak ke IOI City Mall
6.45 Petang Berjalan, solat dan makan malam di IOI
8.30 Malam Bertolak balik ke SK Chenderiang 7.4
11.30 Malam Tiba di Sekolah. PENU
TUP

Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru
kepada pelajar-pelajar Tahun 6 SK Chenderiang. Melalui program ini juga pelajar diberi
pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-
rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup
pada masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang
mengikuti lawatan ini.
Disediakan oleh :        Disemak oleh :

…………………………………….. ……………………………      
(MOHAMAD FAIZ B. MOHAMAD ROFIE) (MOHD YUSRIZAL B. BASIR)
Setiausaha Penolong Kanan HEM
Program Lawatan Sambil Belajar SK Chenderiang.
Tahun 6, SK Chenderiang.      

Disahkan oleh :

……………………………
(EN MOHAMAD ZAMRI B. ISHAK PK)
Guru Besar,
SK Chenderiang.

Anda mungkin juga menyukai